PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, November 30, 2011
Bacalah Jika Ingin Menguasai Dunia
Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca. Dan daripada sedikit yang membaca itu sedikit pula yang memahaminya. Daripada sedikit yang memahaminya, sedikit pula yang menguasainya. Dan daripada sedikit yang menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya.
Realiti yang menyedihkan! Sebab itu umat ini tidak bangun! Komen seorang tokoh Yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat Islam, dia berkata: "Kita tidak takut dengan Orang Islam. Sebab Orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca!"
Membaca bukan satu hobi tapi satu tuntutan dan keperluan umpama nafas menuju kejayaan. Kerana itu, wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W adalah "Iqra'" atau Bacalah! Membacalah kerana membaca itu anak kunci kepada ilmu, dan ilmu adalah imam kepada segala amalan. Amalan membawa kepada taqwa dan itulah sumber kekuatan kita di dunia dan akhirat.
Dalam 5 ayat surah al-Alaq itu mengandungi 2 syarat, agar membaca mencapai matlamatnya:
Pertama: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan"
- Ertinya, bacalah sesuatu yang diredhai dan disukai oleh Allah s.w.t. Membaca mesti didasari dengan niat kerana Allah untuk memberi kebaikan kepada alam dan seluruh penghuninya.
Kedua: "Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan pena. Dialah yang mengajar manusia dengan pena. Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya."
- Ertinya jangan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu itu datang daripada Allah. Dan jangan sombong kepada sesama manusia kerana ilmu itu bertujuan memberi khidmat kepada manusia bukan untuk dibanggakan.
-Sedikit petikan dari editor Majalah Solusi
Anda mungkin juga meminati:
Fikirlah Cara Positif
Cara Ibu Boost Motivasi Diri
Kita adalah Manusia Hebat!
Nak Mencuba?
LinkWithin
Tinta Wan Anie
2 care to say something:
temp. housewife said...
takutnya bila baca org Yahudi cakap "kita tak takut dgn orang islam sbb org islam kurang membaca". ni lg semangat nak ajak anak2, adik2 dan sedara mara spy rajin2kan membaca.
April 27, 2010 11:20 AM
Wan Anie said...
membacakan jambatan ilmu.... jika tidak membaca, mana nak dapatkan ilmu...
ramai yg lebih suka membaca majalah hiburan dan mendengar berita hiburan.
April 30, 2010 11:22 PM
Post a Comment
Wednesday, November 3, 2010
Kita Malas Membaca
Posted by Ghaddafi el-Ghifary
KITA MALAS MEMBACA
(http://muntalaq.wordpress.com/2007/06/15/kita-malas-membaca/)
Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).
Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.
Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).
Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.
(Dr. Yusof Qaradawi)
Kehidupan di dunia..
1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?
Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:
PERTAMA beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" Orang tua, guru, kawan dan sahabat". Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah 'mati'. Sila rujuk surah Ali 'Imran ayat 185.
KEDUA beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang". Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke amasa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.
KETIGA beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahannam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179
KEEMPAT beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :" Besi, gajah". Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.
KELIMA beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan". Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan solat' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan solat disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.
KEENAM beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab :' Pedang". Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.
p/s: Semoga persoalan ni dapat kita jawab dengan sebaiknya..dunia hanya tempat persinggahan yang sementara cuma dan kepadaNya jua kita kembali..
sumber: shafaalia
sebutir air mata yang jatuh kerana keinsafan adalah lebih baik daripada sejuta mutiara di dasar lautan, sejernih wajah kerana wudhu yang sempurna adalah lebih bercahaya daripada kilauan segunung emas permata, sesuci hati kerana cinta ILAHI itulah hakikat cinta yang abadi..
Jihad
April 5, 2009 in Perjuangan Hidup | by minmaarof | Leave a comment
Semasa program Multaqa’ Ilmu pada minggu lepas, Ustaz Sayuti memperingatkan kami tentang Jihad. Sebulan sekali, Ustaz Sayuti akan turun ke Kulim dalam program multaqa’ ilmu JIM Kulim. Saya kagumi kegigihan ustaz yang jauh dari Jitra ke Kulim dan kembali semula ke Jitra pada malam yang sama untuk menyampaikan pengisian kepada kami. Ustaz sudah sudah berada dalam usia emas tapi masih sanggup keluar jauh untuk berdakwah.
Dan pada malam itu, saya mungkin tahu kenapa ustaz sanggup datang dari jauh.
Dalam multaqa kali ini, Ustaz Sayuti mengupas Risalah Ta’lim oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna bagi tajuk Jihad. Berikut adalah nota kupasan dan perbuncanga yang saya dapat ambil pada malam itu.
————————————————————————————————————
Orang yang mendukung risalah jihad sudah meletakkan CARA dia ingin MATI iaitu MATI SYAHID.
Jihad ini adalah satu kefardhuan sehingga berlakunya kiamat. Fardhu bermaksud wajib dilakukan. Dalam perjuangan dakwah, perlu ada jihad di jalan Allah SWT. Jika kita tidak sibuk berjihad di jalan Allah, maka kita akan sibuk berperang sesama sendiri
Maka tentukan: CARA kita ingin mati, Hidup mulia atau mati syahid….
Jihad ini seharusnya dilakukan terus menerus tanpa merasa bosan. Misalnya, jika kita adalah salah seorang jiran dalam satu kawasan, kita seharusnya tidak lelah untuk menasihati jiran yang kita berukhuwwah dengannya kerana Allah. Teruskan memberi nasihat walaupun jiran kita tidak mahu endahkan kata-kata kita. Mungkin kita boleh ubah cara menasihati tapi jangan pernah berhenti nasihat. Sekirabya kita membiarkan jiran kita, maka akan timbul ketidaksefahaman dan pelbagai aliran pemikiran yang berupaya memecah belahkan kita. Jadi, sentiasa jaga tepi kain orang kerana Allah ;)
Setiap hamba seharusnya mempunyai niat untuk mati sebagai syuhada’. Sabda Rasulullah SAW:
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah.”
Ulama’ mengatakan bahawa ‘niat’ adalah 1/3 daripada deen.
Awal maratib untuk menghapuskan rasa mati syahid adalah hati yang engkar pada Allah. Bila kita ada saki-baki jahiliah dalam diri, dan kita duduk di susasana jahiliah, maka besar kemungkinan , kita akan lakukan jahiliah yang lebih besar.
Ada pelbagai jenis jihad…jihad penulisan, lisan, kalimah yang benar pada penguasa yang zalim dan lain-lain lagi
Dakwah takkan hidup tanpa jihad. Maka, tentera perlu jaga dakwah. Siapakah jundullah (tentera Allah)? Kita hendaklah jadi tentera yang mewakafkan seluruh harta, masa dan jiwa di jalan Allah SWT.
Hidupkan dalam jiwa kita semangat jihad. “Para mujahidin Palestin sering mengucapkan salam perpisahan dengan mengatakan, “kami tidak tahu bila lagi boleh berjumpa dengan anda kerana bila-bila masa kami bersedia untuk mati syahid”.
Jihad adalah kebanggaan kita.
Meluap-luap keinginan kepada kecermelangan Islam, rindu pada kegemilangan Islam, dan menangis dengna keadaan umat islam hari ini.
Maka berilah sumbagan masa, beri sebahagiaan harta, beri sebahagian tuntutan islam….
Kita hendaklah jadi tentera Allah yang mewakafkan jiwa, masa dan harta kita. Seafdal jihad ialah berkata benar di sisi penguasa yang zalim.
Jika kita tak mampu buat semua itu (berjihad), hendaklah kita mencintai mereka: berdoa untuk mereka dan keluarga mereka kerana doa seorang saudara yang tidak diketahui saudaranya adalah mustajab.
Manusia terbahagi kepada enam kumpulan:
1. Muslim yang berjihad.
2. Muslim yang berdiam diri.
3. Muslim yang melakukan dosa.
4. Ahli zimmi yang membuat perjanjian.
5. Manusia yang berkecuali.
6. Manusia yang memusuhi.
Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca Islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan.
Nabi s.a.w bersabda maksudnya :
"Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)
Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Surah ar-Rahman ayat 70-77)
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Allah s.w.t. telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata." "Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t. dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka." "Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."
Sahabat yang dikasihi, Kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. adalah sebagai motivasi kepada orang-orang Mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia ini. Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah s.w.t. Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah dengan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya disana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang masih berada didunia lagi. Bidadari-bidadari yang berada di Syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri yang di dunia ini adalah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di Syurga adalah isteri-isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.
Terdapat satu kisah mengenai bidadari menanti untuk menjadi isteri orang yang bertaqwa. Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya. "Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman "Saya dari Iraq" jawabnya "Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?" "Boleh." Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah. Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum. Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sibuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda soleh itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman. Namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya. "Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demikian ?" tanya Abu Sulaiman. "Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya. Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku. Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku."
Setelah itu aku pun terjaga. Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat. Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi. Sahabatku, Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insya Allah!
wallahua'lam
♣ Foto dan Kisah Madain Soleh Jan 8, '09 6:37 AM
for everyone
thamud1.jpg “Madain” adalah kata majemuk dari Madinah yang artinya dalam bahasa Arab “Kota”. Adapun Soleh diambil dari nama nabi Saleh a.s. (صالح) merupakan salah seorang nabi dan rasul dalam Islam yang telah diutus kepada kaum Thamud. Dan Tsamud adalah suku bangsa Arab yang bertempat tinggal di suatu kota bernama “Al-Hijr” terletak antara Hijaz dan Syam. Mereka dari keturunan Sam bin Nuh as. Al-Hijr adalah sebuah perkampungan kaum Stamud yang dahulunya sangat subur dan makmur dengan semua kekayaan alam yang dimiliki mereka.
thamud2.jpgDari kehebatan mereka Allah telah turunkan dalam al-Quran surat tersendiri namanya surat Al-Hijr. Rumah-rumah mereka didirikan di atas tanah yang rata dan dipahatnya dari gunung. Allah telah berfirman dalam surat Al-Hijir “Dan mereka memahat rumah-rumah dari gunung-gunung batu (yang didiami) dengan aman”. Mereka diberikan Allah kenikmatan yang luar biasa, hidup mereka tenteram, sejahtera, dan bahagia, mereka merasa aman dari segala gangguan alam dan mengaku bahwa kemewahan hidup mereka akan kekal bagi mereka dan anak keturunan mereka.
thamud17.jpgKaum Tsamud tidak mengenal Tuhan. Tuhan mereka adalah berhala-berhala yang mereka sembah dan puja, kepadanya mereka berkorban, tempat mereka meminta perlindungan dari segala bala dan musibah dan mengharapkan kebaikan serta kebahagiaan.
thamud14.jpgAllah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidak akan membiarkan hamba-hamba-Nya berada dalam kegelapan terus-menerus tanpa diutusnya pesuruh atau nabi untuk memberi penerangan dan memimpin kepada mereka agar keluar dari jalan yang sesat ke jalan yang benar. Demikian pula Allah tidak akan menurunkan azab dan siksaan kepada suatu umat sebelum mereka diberi peringatan kepada mereka dan diutus kepada mereka seorang nabi yang dipilih untuk menjadi utusan dan rasulNya.
thamud11.jpgSunnatullah ini berlaku pula kepada kaum Tsamud, yang kepada mereka telah diutuskan nabi Saleh as seorang yang telah dipilihNya dari suku mereka sendiri, dari keluarga mereka sendiri, dari golongan mereka sendiri yang terpandang dan dihormati oleh kaumnya. Beliau terkenal tangkas, cerdik, pandai, rendah hati dan ramah-tamah dalam pergaulan.
thamud6.jpgNabi Soleh as mengajak kaumnya siang dan malam kepada jalan yang benar. Beliau berseru dan menganjurkan agar mereka segera meninggalkan penyembahan berhala dan percaya serta beriman kepada Allah Yang Maha Esa seraya bertaubat dan mohon ampunan kepadaNya atas dosa dan perbuatan syirik yang selama ini telah mereka lakukan.
thamud5.jpgAkan tetapi kaum Stamud menolak ajakan dan seruan beliau hanya sebahagian kecil dari kaum Tsamud yang kebanyakannya terdiri dari orang-orang yang berkedudukan sosial lemah menerima dakwah nabi Saleh as dan beriman kepadanya sedangkan sebahagian besar terutamanya mereka yang tergolong orang-orang kaya dan berkedudukan tetap berkeras kepala dan membangkang serta menolak ajakan nabi Saleh as bahkan mengingkari kenabiannya
thamud4.jpgKaum stamud telah berusahan sekuat tenaga menghentikan usaha da’wah nabi Soleh as akan tetapi gagal dan tidak berhasil bahkan dilihatnya beliau semakin giat menarik mengikut pengikutnya yang telah berpihak kepadanya. Para pemuka kaum Tsamud berusaha hendak membendung arus dakwahnya yang makin lama makin mendapat perhatian terutama dari kalangan bawahan menengah dalam masyarakat. Mereka menentang Nabi Saleh dan meminta kepada nabi Soleh bukti mukjizat kebenaran kenabiannya dalam bentuk benda atau kejadian luar biasa yang berada di luar kekuasaan manusia.
kuburan-nabi-saleh-suria.jpgMaka, berdoalah Nabi Saleh memohon kepada Allah agar memberinya suatu mukjizat untuk membuktikan kebenaran risalahnya dan sekaligus mematahkan perlawanan dan tentangan kaumnya yang masih berkeras kepala itu. Ia memohon dari Allah dengan kekuasaan-Nya menciptakan seekor unta betina yang keluar dari sebuah batu karang besar yang terdapat di sisi sebuah bukit yang mereka tunjuk.
tempat-peras-susu-onta-nabi-soleh-di-madain-soleh.jpgDengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu berkatalah Nabi Saleh kepada mereka:
” Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah dia mencari makanannya sendiri di atas bumi Allah, dia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan minuman bagimu dan bagi ternakanmu juga dan ketahuilah bahwa Allah akan menurunkan azab-Nya apabila kamu mengganggu binatang ini.”
madain-saleh-1.jpgUnta itu pun berjalan di ladang-ladang memakan rumput sesuka hatinya tanpa mendapat gangguan. Dan pada hari-hari giliran unta itu datang minum, tiada seekor binatang lain berani menghampirinya. Hal ini menimbulkan rasa tidak senang pada yang lain dan merasakan bahwa adanya unta nabi Saleh di tengah-tengah mereka itu merupakan gangguan bagi mereka. Maka timbulah niat busuk mereka untuk membunuh unta nabi Soleh.
madain-saleh-saudi.jpgKaum Tsamud mulai mengatur rancangan pembunuhan unta Nabi Saleh dan melenyapkan binatang itu dari atas bumi mereka. Dan bertambah semangatnya mereka untuk membunuhnya setelah muncul seorang janda bangsawan yang akan menyerah dirinya kepada siapa yang dapat membunuh unta Saleh. Di samping janda itu ada seorang wanita lain yang mempunyai beberapa puteri cantik-cantik menawarkan akan menghadiahkan salah seorang dari puteri-puterinya kepada orang yang berhasil membunuh unta itu. Hadiah hadiah ini mengundang dua orang lekali Mushadda’ bin Muharrij dan Gudar bin Salif dengan bantuan tujuh orang lelaki lainnya membunuh unta nabi Soleh dalam perjalanannya ke tempat minum. Musadda’ memanah betis unta dan disusul oleh Gudar dengan menikamkan pedangnya di perutnya.
madain-saleh.jpgNabi Saleh as sangat marah dan memberitahu kaumnya bahwa azab Allah yang akan menimpa di atas mereka akan didahului dengan tanda-tanda, yaitu pada hari pertama bila mereka terbangun dari tidur, wajah mereka menjadi kuning dan akan berubah menjadi merah pada hari kedua dan hitam pada hari ketiga dan pada hari keempat turunlah azab Allah yang pedih.
madain-soleh.jpgSehari sebelum turunnya azab yang telah ditentukan, nabi Saleh as berangkat bersama para pengikutnya menuju Ramlah, sebuah tempat di Palestina, meninggalkan kota Al-Hijr. Kaum Tsamud habis binasa, ditimpa halilintar yang dahsyat beriringan dengan gempa bumi yang mengerikan.
Dari kisah di atas kita bisa memetik pelajaran yang menonjol bahwa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat dapat membinasakan masyarakat itu seluruhnya. Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur, bahkan tersapu bersih di atas bumi kerana dosa dosa beberapa gelintir manusia yang telah pembunuh unta nabi Saleh as.
Wallahua’lam
Tags: artikel moslem
Prev: Foto Gua Ashhabul Kahfi
Next: ♣ Foto Foto Haram Ibrahimi