Tuesday, February 14, 2012

Gereja DUMC - PEMIMPIN PAS KANTOI ALL TIME... BEB !! Labels: DAP. PAS MiM setuju. Isu gereja DUMC telah menyerlahkan sikap buruk dan double standard kepimpinan PAS. Semuanya kerana menjaga politik dan rakan tidur, parti DAP! Adalah amat memalukan apabila PAS tetiba 'prihatin' dan mahu mendengar penjelasan daripada 2 pihak iaitu JAIS dan gereja DUMC tetapi di dalam isu-isu lain, mereka tidak pula berbuat demikian. Adakah PAS pernah mahu mendengar penjelasan daripada Saiful Bukhari atau pun Datuk T sebelum membuat penilaian terhadap isu moral Anwar Ibrahim? TIDAK PERNAH! Mat Sabu paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim 'al-juburi' tetapi hari ini berpeluk cium kononnya tiada apa-apa yang berlaku sebelum itu. Pemimpin PAS jelas hipokrit dan mesti ditolak sebelum mereka menjual segala maruah dan agama demi kuasa serta jawatan! Mereka sudah lupa tuntutan akhirat dan takut mempertahankan kesucian agama sendiri. Sangat menyedihkan! Yang terpaksa menanggung malu dek kerakusan pemimpin PAS mengejar duniawi ialah ahli-ahli dan penyokong PAS itu sendiri. Mereka berasa tertipu, diperbodoh-bodohkan dan dipermain-mainkan seperti anak jalang oleh Hadi Awang dan lain-lain. Segala harapan menggunung mereka berkecai begitu sahaja bukan disebabkan oleh parti lawan tetapi dek mentaliti kepimpinan PAS yang jauh menyimpang dari perjuangan asal parti! Baca juga artikel di bawah:- Yang teman pelik tu, kenapa Haji Hadi beriya-iya sangat nak dengar penjelasan daripada gereja? Tidak salah dengar daripada pihak gereja, tetapi sikap ini mestilah konsisten, dan samarata samarasa. Tapi kenapa hanya bila timbul isu membabitkan kafir harbi ini beriya-iya nak dengar dari pihak kristian, walaupun Dr. Hasan Ali, AJK PAS pusat sendiri dah berikan penjelasan. Ini sudah jelas sikap double standard, talam banyak muka! Kerana dalam isu Anwar dituduh meliwat Saiful, Haji Hadi langsung tidak berminat nak dengar penjelasan Saiful. Sedangkan Saiful seorang Muslim, yang sudah membuat sumpah muhabalah lagi. Mengapa Haji Hadi hanya mendengar dari Mat CD sebelah pihak sahaja, sedangkan Saiful dimaki hamun dengan tuduhan qazaf dan lain-lain? Mengapa pulak Haji Hadi langsung tidak mahu mendengar penjelasan daripada Datuk Eskay? Kenapa hanya mendengar daripada Mat CD sahaja? Sedangkan Datuk Eskay, rakan baik Mat CD itu bukan sahaja ada bukti dalam bentuk videoklip, malah sudah membuat sumpah mubahalah. Dan Datuk Eskay seorang Muslim, sedangkan gereja Damansara yang cuba mendakyah agama kristian kepada umat Islam itu terang-terang kafir, bukan kafir biasa, tapi kafir harbi. Bukan sahaja penjelasan Datuk Eskay tidak mahu didengar, malah beliau dimaki hamun dan disumpah seranah dengan pelbagai label daripada fasik kepada munafik, malah ada kaum anwarinas dan Koonyet:2 mengkafirkan Datuk Eskay!!! Dan Haji Hadi hanya mampu kata "tak jumpa negara Islam dalam Quran!". Dengan kafir harbi Haji Hadi beriya-iya nak dapatkan penjelasan, daripada sesama Muslim bukan sahaja beliau tidak mahu mendengar penjelasan, malah Haji Hadi mengeluarkan pelbagai patwa dan ayat untuk mengelak daripada mendengar penjelasan Saiful dan Datuk Eskay, malah siap menjatuhkan pelbagai rupa hukuman keatas mereka. Adakah Haji Hadi juga takut kepada kebenaran sebagaimana Mat CD takut kepada kebenaran, sehingga sumpah mubahalah tidak berani buat, sehingga sampel DNA tidak mahu beri, sehingga jam Omega tetap kononnya dikunci rapi. Dan caci maki, sumpah seranah, dan maki hamun yang dihamput terhadap mereka oleh kaum Anwarinas dan Koonyet:2 langsung tidak diambil peduli oleh Haji Hadi dan yang sewaktu dengannya!!! - YB Zulkifli Noordin Related Posts : DAP. PAS Anda mungkin juga meminati: TERKINI ! Bersih 2.0 Lumpuh ! Kuala Lumpur Jadi Kawasan ... MESTI BACA ! Muslihat, Tekanan & Cerita Di Sebalik Isu ... Terima Kasih Kerajaan... 'Pinocchio' Di dalam Anwar Ibrahim TERBARU ! UMNO Nafikan Desas-desus Tentang Dr Hasan Ali.

No comments:

Post a Comment