PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, October 31, 2011
Hadith Berkenaan Dajjal Al-Masih
Tinggalkan komenGo to comments
Assalamualaikum,
Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun kecuali dia telah memperingatkan kaumnya tentang si buta yang pendusta, ingatlah Dajjal itu buta satu matanya sedangkan Tuhan kamu tidak buta, tertulis di antara kedua matanya kafir.” Riwayat Muslim.
Apabila kita menyebut tentang kisah Dajjal Al-Masih, maka antara hadith yang mesti dikaitkan ialah cerita yang dibawa Tamin Ad-Dary yang diceritakan semula oleh Rasulullah s.a.w tanpa menambah atau berkurang sedikit pun.
Tatkala Rasulullah s.a.w menyelesaikan solatnya, beliau duduk diatas mimbar sambil tertawa, kemudian beliau bersabda, “Hendaklah masing-masing orang tetap di tempat solatnya, lalu melanjutkan kata-katanya: Apakah kamu tahu kenapa saya menghimpunkan kamu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasulnya lebih tahu”, kemudian beliau melanjutkan kata-katanya. “Demi Allah saya tidak menghimpunkan kamu untuk memberikan semangat, bukan untuk menakut-nakutkan kerana Tamim Ad-Dary dulunya seorang nasrani, kemudian dia datang berbaiat dan masuk Islam.” dia menceritakan kepadaku sebuah kisah yang seperti dengan kisah yang saya kisahkan kepada kamu tentang Dajjal.
Ia bercerita bahawa dia pernah mengharungi laut dengan kapal laut bersama 30 orang dari suku Lakham dan Juzam, kemudian mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut, lalu mereka berlabuh di sebuah pulau ditengah laut di mana matahari akan terbenam kemudian mereka duduk di perahu-perahu kapal dan masuk ke pulau itu. Lalu sesuatu yang berambut lebat dan tebal menemui mereka, mereka tidak mengetahui mana depan dan mana belakangnya kerana banyaknya rambutnya. Mereka bertanya,”Siapakah anda?” dia menjawab, “Saya Al-Jassasah, mereka bertanya,”Apa itu Al-Jassasah?” dia menjawab lagi, “Wahai kaum, pergilah ke lelaki yang berada di gua itu, dia ingin sekali mendengar khabar dari kamu.” Tamim berkata, “Tatkala lelaki tadi menyebutkan seorang lelaki kepada kami, kami pun takut kalau sekiranya lelaki tersebut syaitan.” Kemudian kami bergegas pergi, sehingga memasuki gua itu, ternyata di dalamnya ada seorang lelaki yang sangat besar. Kami melihatnya berambut kerinting, lagi dibelenggu dengan kuat dan erat. Kedua tangannya sampai lehernya, di antara kedua lututnya sampai kedua mata kakinya dibelenggu dengan besi.
Lalu kami bertanya kepadanya, “Siapakah anda?” ia pun menjawab, “Kamu telah mengetahui tentang aku, maka beritahukan kepadaku siapakah kamu?” kami menjawab, kami adalah orang-orang dari bangsa Arab, sewaktu kami menaiki sebuah kapal laut, kami dikejutkan oleh laut yang mengamuk, lalu kami dipermainkan ombak selama sebulan, selanjutnya kami masuk ke pulau anda ini, lalu kami pun duduk di perahu kapal dan masuk ke pulau, kemudian binatang berambut lebat dan tebal menemui kami, kami tidak tahu mana depan dan belakangnya kerana banyaknya rambutnya.” Kami bertanya, “Siapakah anda?” dia lalu menjawab, “Saya adalah al-Jassasah”. lalu berkata, “Pergilah ke lelaki yang berada di gua itu kerana dia ingin sekali mendengar khabar dari kamu.” Lalu kami pun bergegas menuju anda, dan dia meninggalkannyasedang kami belum menjamin bahawa dia adalah syaitan.
Selanjutnya lelaki itu bertanya,”Ceritakan kepadaku tentang pokok kurma Baitsan” kami balik bertanya, “Khabar mana yang ingin anda ketahui?” ia menjawab “Saya bertanya kepada kamu apakah pokok kurma tersebut sedang berbuah?” Kami menjawab, “Ya” dia berkata, “Tidakkah dia hampir tidak berbuah” Dia berkata, “Ceritakanlah kepadaku danau Ath-thabarayyah?” kami menjawab “Khabar mana yang ingin anda tahu?” Dia bertanya, “Apakah di dalamnya ada air?” mereka menjawab, “Airnya banyak.” Dia berkata, “Airnya hampir lenyap.” Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar.” Mereka menjawabnya, “Khabar mana yang ingin anda tahu?” Dia berkata, “Apakah ada air di dalamnya dan apakah penduduk sekitarnya bercucuk tanam dengan airnya?” Kami menjawab, “Ya, airnya banyak dan penduduk bercucuk tanam dengan airnya.” Ia berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Nabi yang ummi itu apakah yang dia telah lakukan?” Mereka menjawab, “Ia keluar dari Mekah dan tinggal di Yastrib.” dia bertanya lagi, “Apakah orang arab memeranginya?” Kami menjawab, “Ya”, dia berkata lagi, “Bagaimana dia memperlakukan mereka atau yang dia lakukan terhadap mereka?” Kami menjawab, “Ia telah menundukkan orang-orang Arab yang mendatanginya dan mereka mentaatinya,” lalu dia berkata, “Nabi itu berkata kepada mereka, apakah hal itu telah berlaku?” Kami pun menjawab, “Ya.”
Dia berkata lagi, “Ingatlah bahawa baik bagi mereka untuk mematuhinya, dan saya beritahukan kepada kamu tentang diri saya, sesungguhnya saya adalah Al-Masih Dajjal dan saya hampir diperbolehkan untuk keluar (muncul). Saya akan muncul dan berjalan di bumi. Saya tidak membiarkan sebuah kampung kecuali saya menetap di dalamnya selama 40 malam kecuali Mekah dan Madinah, kerana keduanya diharamkan bagiku. Setiap kali saya akan memasuki salah satunya, seorang malaikat akan menyambutku dengan pedang terhunus, dia menghalangi saya dan pada tiap celah jalan-jalannya terdapat malaikat yang menjaganya.” Tamim berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda, Thayibah maksudnya Al-Madinah mahukah kamu saya ceritakan hal itu?” Para sabahat menjawab, “Ya” Beliau melanjutkan, cerita Tamim telah mencengangkan saya, ceritanya sama dengan kisah yang saya ceritakan kepada kamu dan tentang Madinah dan Mekah ingatlah sesungguhnya Dajjal itu berada di laut Syam atau laut Yaman, tidak, tetapi dari arah timur dan beliau mengisytiharkan tangannya ke arah timur.” Fatimah berkata, “Aku hafaz hadith ini dari Rasulullah s.a.w. Riwayat Muslim.
No comments:
Post a Comment