PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, December 12, 2011
Ungkapan Dhuha
April 27, 2011
Ya Tuhan… jika rezekiku terbenam dibumi, keluarkanlah ia
Jika rezekiku terkambus di langit, turunkanlah ke bumi ini dan hamparkan di hadapanku ini
Jika rezekiku hanya seciput, banyakkanlah ia, make it abundance
Jika rezekiku sempit, luaskanlah ia
Jika rezekiku terlarang, halalkanlah ia
Jika rezekiku terjauh, dekatkanlah ia
Jika rezekiku terlingkup, bangkitkanlah ia
Jika rezekiku terkais-kais kesukaran, mudahkanlah ia
Jika rezekiku tersembunyi, munculkanlah ia
Jika rezekiku sugul dan muram, ceriakanlah ia
Jika rezekiku terbeku cairkanlah ia
Jika rezekiku tertumpah atau bocor, selamatkanlah ia
Ya Tuhan yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, padaMu aku bermohon …
Jadikanlah rezekiku penuh berkat dan penuh rahmatMu.
Leave a Comment » | Inspirasi dari Alam Semulajadi, Inspirasi dari Kehidupan | Permalink
Posted by Ayda
Hakikatnya…
April 21, 2011
Manusia…
bermacam keadaan dan dugaannya
Tiada siapa yang tiada masalah
suka dan duka ibarat hujan dan panas
adakala hujan, terus banjir
tapi banjir dan hujan bukanlah setiap hari
Tidak kira apapun yang pernah dialami
berapa terukpun kesengsaraan yang pernah ditanggung
berapa remukpun harapan yang pernah menggunung
betapa jatuh terjelepuk, terperosok
betapa beratnya bebanan yang terpaksa dipikul
betapa berkecainya mahligai impian
betapa siksanya terdera tanpa pembelaan
betapa hampanya segala usaha menjadi debu berterbangan…
Demikian adalah pengalaman berharga dalam hidup seseorang
pengalaman adalah guru yang paling berkesan
Yang penting bukan apa yang pernah kita alami
tetapi bagaimana cara kita menerima semua pengalaman itu
Jika kita menerima secara positif, maka pengalaman itu memberi kesan yang baik dan bermanfaat untuk kita
Jika kita menerimanya secara negatif (menolak, menyalahkan pihak lain, marah, komplen…), maka pengalaman itu akan membuatkan kita lebih sakit dan sengsara
Jika pernah jatuh, bangunlah
Jika pernah menangis, hapuslah airmata
Jika pernah kecewa, belajarlah untuk senyum
Jika pernah gagal, belajarlah untuk jadi berjaya
Belajar menerima sesuatu seadanya
Belajar mengizinkan semua itu berlalu ditelan masa
Yang penting bukan masa yang telah berlalu
Tapi masa KINI dan ESOK (akan datang)
Senyumlah untuk hari ini
Susunlah untuk hari esok
Usah dikira usia ataupun masa
Rahmat Tuhan itu seluas-luasnya
Carilah dimanapun ia
Pasti akan bertemu
Semoga gembira dan bahagia
akhirnya…
Leave a Comment » | Inspirasi dari Kehidupan | Permalink
Posted by Ayda
Peringkat Usia
April 19, 2011
Awal 20-an… mencari haluan
25-30… mencari & mendapat tapak (tempat cari rezeki)
31-40… masa kerja kuat
41-45… memperkukuhkan kedudukan
46-55… maintain apa yang telah diusahakan selama ini, mengembangkan sayap untuk legacy
56… menuai hasilnya. Jika masih bekerja, ia kerana passion, bukan kerana teruk bertungkus lumus cari wang.
1 Comment | Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Kejayaan | Permalink
Posted by Ayda
Menggarap Impian
February 6, 2011
Setiap insan mempunyai impian masing-masing sama ada kecil atau besar, dekat ataupun jauh. Memiliki impian sama pentingnya dengan memiliki kebijaksanaan sepertimana kata-kata Albert Einstein yang bermaksud memiliki impian lebih penting daripada hanya memiliki pengetahuan semata. Sememangnya ilmu penting namun pasti ada sebab mengapa beliau berkata demikian.
Terdapat empat resepi bagaimana sesuatu impian boleh diterjemahkan menjadi kenyataan:
Fikirkannya
Katakannya
Rasainya
Lakukannya
Kelihatan amat mudah namun anda boleh mencubanya untuk menguji mana satukah yang mudah dan mana satu yang sukar untuk dilaksanakan. Jika sesuatu impian masih di peringkat difikirkan, ia boleh juga disamakan dengan angan-angan. Contohnya seseorang berfikir untuk menjadi kaya tetapi tiada apa-apa tindakan dan usaha yang dilakukannya untuk menjadikannya seorang yang kaya. Maka ia boleh dikategorikan sebagai berangan-angan. Walau bagaimanapun jika ia cuba meluahkan hasratnya untuk menambah pendapatan, maka sekurang-kurangnya ia telah berkongsi dengan seseorang atau mungkin juga ia meluahkannya di dalam doa kepada Tuhan. Yang demikian itu sudah dianggap sebagai harapan. Sekurang-kurangnya terserlah sedikit impian yang sebelumnya hanya terkurung dalam kotak pemikirannya sahaja. Pakar-pakar motivasi menamakannya sebagai ‘affirmation’ atau kata-kata yang meneguhkan azam.
Seterusnya seorang yang mahu menjadi kaya tadi cuba merasai bagaimana agaknya menjadi orang yang kaya. Terdapat pelbagai cara untuk memperolehi ‘feel’ atau getaran perasaan tersebut. Ada yang masuk ke rumah mewah kawan dan cuba merasai betapa nikmatnya berada di situ. Ada pula yang bergambar di sisi sebuah kereta besar, mewah dan terkini sambil tersenyum ceria, seolah-olah itu kereta kepunyaannya. Berada di dalam kereta tersebut sambil memegang stereng kereta seolah-olah sedang memandunya juga boleh menimbulkan ‘feel’ untuk memiliki kereta tersebut. Yang demikian itu merupakan sebahagian daripada gambaran secara spesifik apa yang seseorang mahukan dalam konteks menjadi kaya dan berjaya iaitu cuba menimbulkan perasaan terhadap sesuatu yang ingin dimilikinya.
Walau bagaimanapun, resepi terakhir iaitu melakukannya atau ‘mengambil tindakan’ merupakan suatu yang lebih mencabar. Ia juga dikenali sebagai ‘kuasa tindakan’. Ramai orang mengimpikan sesuatu, memperkatakannya dan cuba merasainya namun tidak ramai yang mampu bergerak atau bertindak menuju ke arah mencapai impiannya. Begitupun, sebenarnya bukan mudah untuk bergerak dan bertindak kerana ia bukan sekadar menggerakkan anggota begitu sahaja namun ada langkah-langkah tertentu untuk memastikan tindakan itu betul, tepat dan kena pada masanya. Ini semua untuk menjamin usahanya berhasil dan tidak sia-sia seterusnya impian dapat dicapai akhirnya. Antara kebijaksanaan dalam bertindak ialah dapatkan ilmu atau maklumat dalam bidang yang ingin diceburi, belajar dari orang yang tahu, susun perancangan, minimakan modal, sistematikkan operasi dan bertindak sekarang juga.
Kesimpulannya, apa yang kita fikirkan, luahkan, resapkan dalam jiwa dan apa yang kita lakukan akan menghasilkan suatu natijah untuk diri kita sendiri. Namun tindakan kita yang akan memutuskan apakah hasil yang kita perolehi sama ada sejajar dengan impian ataupun tidak.
Apabila berazam hendaklah bertawakkal.
Leave a Comment » | Inspirasi dari Buku, Inspirasi dari Kehidupan, Inspirasi dari Kisah Kejayaan | Permalink
Posted by Ayda
Kenali Diri
January 15, 2011
Masih keliru apa kekuatan anda?
Masih terperangkap dalam kelemahan sendiri?
Masih meraba-raba mencari sesuatu yang boleh dibangunkan pada diri sendiri?
Masih merangkak mencari tapak yang sesuai untuk berdikari?
Masih tidak tahu arah tuju?
Masih tidak yakin dengan potensi diri?
Masih sangsi dengan keupayaan sendiri?
Masih dibayangi halangan dalam mencapai kajayaan?
Anda tidak salah kerana anda masih mencari. Tetapi anda bersalah jika membiarkan diri anda terkapai-kapai kelemasan dalam dunia penerokaan.
Barangkali sebahagian jawapannya ada di sini. Cubalah…
http://www.richworks.com.my/index.php?affcode=AFD6472381CC
Leave a Comment » | Inspirasi dari Kisah Kejayaan | Permalink
Posted by Ayda
No comments:
Post a Comment