PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, January 30, 2012
Inilah Anwar Ibrahim, pelopor kepada ketuanan rakyat! Bagi memberi tekanan kepada UMNO dengan menolak Ketuanan Melayu, Anwar memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Impactnya amat besar semasa PRU ke-12 yang lalu! Apakah yang dimaksudkan dengan ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.
Adakah kita melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu. Mungkin ini yang sebenar Anwar mahukan! Malah Anwar anak beranak termasuk Nurul Izzah juga pernah persoalkan tentang Perlembagaan Malaysia! Dikatakan Pakatan Rakyat sudah bersedia membuat satu deraf baru perlembagaan jika mereka menang dalam PRU nanti bagi menggantikan Perlembagaan yang sedia ada!
Jadi apakah yang ingin diruntuhkan oleh Anwar melalui slogan ketuanan rakyat beliau? Mungkin apa yang kita akan nampak tentang ketuanan rakyat ini adalah, Anwar akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.
Sekarang ini pun kita sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kesucian Khalimah Allah di pertaruhkan untuk digunakan bersama oleh ugama lain! Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.
Berita Selanjutnya,klik sini
LOGO BERSATU
Letakkan logo ini di blog anda
Fitnah penyokong Pakatan ke atas Najib kembali !
Klik disini untuk cerita selanjutnya
Mana lagi menarik? imej diatas atau imej dibawah?
Pautan Pilihan
Ketuanan Melayu : Siapa Yang Untung??
DAP akan semakin kuat dengan kenyataan BAJ ini walhal mereka hanya menjalankan peranan secara belakang tadbir. Inilah yang tidak PKR dan PAS sedari yang DAP mendapatkan pengaruh mereka dengan menggunakan PKR dan PAS di dalam PR. Mereka akan menjadikan alasan perpecahan di antara orang melayu sebagai asas utama mendapatkan sokongan orang Cina dan perpecahan ini akan menunjukkan bahawa orang Cina lebih layak memerintah kerana perpaduan dikalangan mereka adalah kuat dan dalam masa yang sama mereka sudah berjaya menjadi kuasa besar ekonomi di Malaysia..Setiap kenyataan daripada rakan sekutu di dalam PR akan memberi "mileage" yang besar kepada DAP. Fikirkan Bersama!!
selanjutnya, klik sini
Blog saya Twitter saya Facebook saya Windows Live Messenger saya Yahoo messenger saya Skype: ultraman5984 Laman Facebook Dato Sri Najib Tun Abdul Razak
No comments:
Post a Comment