PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, January 31, 2012
Mudahnya DAP menipu 2 orang Melayu supaya sertai partinya !
DAP, penang bangkit
on Friday, January 27, 2012 by Pejuang Bangsa
- 1 Comment
Dari dulu saya mengidamkan parti yang memperjuangkan satu impian di mana rakyat Malaysia semua boleh bersatu, hidup aman damai, bebas daripada perkauman atau pun ketakutan. Saya berjumpa perjuangan tersebut dalam DAP.
Memang DAP bukan sesuatu yang sempurna. Namun tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini. Yang mungkin ada adalah yang terbaik di antara yang serba kekurangan. Di situ saya nampak peranan DAP. Dasar demokrasi sosialnya mengutamakan rakyat dan menjaga kebajikan mereka.
Lihatlah di Pulau Pinang sebagai model untuk masa depan Malaysia yang lebih baik. Dengan urus tadbir CAT, ia merupakan negeri yang paling banyak menerima pelaburan atas jaminan dan pujian Transparency International serta laporan Ketua Audit Negara.
Melalui urus tadbir CAT yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng selaku pemimpin Pakatan Rakyat Pulau Pinang, orang Melayu paling banyak mendapat kontrak kerajaan secara tender terbuka dan telus.
Dengan pentadbiran CAT, hutang negeri sewaktu Pulau Pinang ditadbir oleh BN, iaitu RM630 juta hanya menjadi RM30 juta (berkurangan 95%) dalam tiga tahun sahaja. Dan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri dengan penjimatan sedemikian? Kemakmuran yang datangnya daripada ketelusan ini disalurkan terus kepada rakyat berpendapatan rendah di mana ia telah menjadi negeri pertama di Malaysia yang membasmi kemiskinan tegar secara 100%! ROKET KINI
Ini lah sebab utama Fairuz Azhan Amiruddin, 26, dan peguam Dyana Sofya sertai DAP kerana hebatnya pentadbiran CAT hingga dapat mengurangkan hutang kerajaan negeri dari RM 630 juta ke RM 30 juta dalam masa 3 tahun .
Sedangkan cerita & fakta sebenar yang Fairuz Azhan & peguam Dyna tak tahu ialah Guan Eng tidak pun membayar hutang tersebut dan ianya dialihkan kembali kepada Kerajaan Pusat.
Hutang sebanyak RM630 juta itu telah diambil alih Kerajaan Pusat ekoran satu perjanjian berhubung penyusunan semula sistem bekalan air di negeri itu yang dibuat sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Pulau Pinang pada Mac 2008.Penyusunan semula itu menetapkan kerajaan negeri perlu membayar faedah sewaan bekalan air sebanyak RM14.6 juta setahun bagi tempoh 45 tahun.
Kalau ikut logik akal , dalam masa 3 tahun boleh ke Guan Eng mampu menjana pendapatan sebegitu tinggi untuk membayar hutang yang besar dalam tempoh yang singkat !
Bodohnya juga 2 orang Melayu yang masuk DAP ini gara2 diperdaya bahawa parti chauvinis ini telah berjaya mengurangkan hutang kerajaannya .
Anda mungkin juga meminati:
CUKAI MBI NAIK !! lagi hadiah Nizar untuk rakyat Perak
Bila sudah bebas , puak Komunis semakin besar kepala !
Akibat darah & nyawa ditaruhkan , Nasrudin dikecam geng PAS ...
LinkWithin
No comments:
Post a Comment