![CITYBLOGGER..PENAFIAN Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumbe](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdQjOqIQipGvKDvB2YpA-lRhYT9kauOo5mhgJrLiwM8g88USHoTtDsB8ohFKsWGhYYfTiFTpQkKs0vWLWIffm4ppaCvvPLUVETx5PUjZ0ZrdbekdjlzW4Zarbq3yLivwvBnlIV4NfJwIA/s1600-r/Shahadah.jpg)
PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, January 28, 2012
Pas pro liberal yang sayangkan DAP mengistiharkan perang terhadap PAS yang memperjuangkan prinsip dan perlembagaan parti yang asal.Dalam bahasa jawa geng jahat
lawan geng baik lah.
Pro erdorgan terkenal dengan liberalisme dan penyokong kepada pluralisme fahaman Anwar,Manakala pro ulama konsisten memperjuangkan agama Islam dan bangsa
melayu.
Pro erdorgan bukan saja menjadi balacai Anwar malah mereka juga menjadi proksi kepada parti DAP. Yang menariknya Pro erdorgan bagaikan berpatah arang akan
menyerang habis habisan pihak pro ulama yang mempertahankan akidah Islam.
Hassan Ali,Nasharudin Hassan,Nasharuddin Mat Isa,Nik Abduh dan ramai lagi yang pro kepada ulama dilihat sebagai liabiliti didalam PAS.Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali,Mahfuz,Khalid Samad,Saari Sungip ,Dr Rani dan ramai pro erdorgan mempersiapkan kekuatan atas hasil kemenangan besar semasa muktamar baru baru ini akan
memberi titik noktah kepada golongan yang pro ulama yang menjadi penghalang kepada cita cita PAS yang mahukan status tunggangan DAP kekal.
Adakah akan berlaku gag order atau perintah senyap diantara mereka atau makin bertambah panas.Selama ini kita dapat melihat pro liberal proksi kepada Anwar dan DAP
begitu vokal dalam pelbagai isu.Pro ulama dilihat tenggelam kerana mengambil pendekatan yang lebih kurang popular dari kalangan penyokong pakatan memandangkan
mereka dilabelkan sebagai ekstrim dan tidak terbuka.
Menurut sumber daripada PAS,pemimpin yang dilihat pro kepada perpaduan pasti akan dibunuh karier politik mereka.Ini kerana mereka berpendapat saranan Mursyidul Am
PAS Nik Aziz harus diambil kira memandangkan PAS tidak harus semasa sekali berbaik baik dengan parti Umno kerana mereka bukanlah parti Islam.Nasionalis menurut Nik
Aziz adalah assoybiah dan tidak menolak Islam.
Sumber PAS turut berkata,Hassan Ali harus diambl tindakan memandangkan beliau tidak menjaga sensitiviti agama dan perasaan rakan pakatan yang lain.Hassan Ali
telah banyak kali membelakangkan prinsip perjuangan pakatan rakyat yang mementingkan hak sama rata tanpa mengira bangsa atau agama.
Source: Berita Nasional
No comments:
Post a Comment