PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, January 29, 2012
Perpaduang Dah Bagi Signal Nik Aziz Bila Nak Blah
Filed Under ( PAS ) by pisau on 28.1.12
Sebelum ini Hj Hadi pernah menyuarakan beliau tidak berminat untuk menjadi Perdana Menteri,maka punahlah harapan PAS untuk menjadi pemimpin nombor satu negara. Acuh tak cuh terpaksalah mengaku Anwarlah yang paling layak untuk memimpin negara walau pun jauh disudut hati betapa rendahnya martabat PAS terpaksa tuduk kepada manusia yang terkenal dengan masaalah moral.
Kemudian kita perhatikan dengan Nik Aziz,beliau telah mengambil pendirian tidak akan melepaskan kerusi empuk menteri besar selagi nyawa dikandung badan,Kelantan katanya masih memerlukan kepimpinan Ulama. Maka Nik Aziz tidak harus bersara daripada politik.
Apa yang tak kena dengan kenyataan Hadi kali ini?Beliau berkata sudah terlalu lama menjadi YB. Alasan beliau kerana sudah lebih 30 tahun menjadi wakil rakyat.Katanya jika tidak bertanding ia memberi peluang untuk dirinya berkempen diseluruh negara untuk PAS.
Bukankah sebelum ini ada cadangan mendesak agar Nik Aziz mengundur diri daripada bertanding PRU dan berpendapat Nik Aziz boleh keseluruh negara untuk berkempen.
Apa yang Pisau nampak Hadi seolah memberi signal kepada Nik Aziz,sudah sudahlah tu bagi orang lain pulak .Masakan tidak seorang Presiden parti sanggup mengundur diri untuk tidak bertanding didalam pilihanraya dan menyerahkan nasib dirinya kepada parti menentukan sama ada beliau boleh bertanding atau tidka,sedangkan seperti yang kita sedia maklum segala keputusan parti ditangan beliau sendiri.
Jika korang nak tahu,Nik Aziz ibarat fosil purba yang cuma layak dipamerkan di muzium sahaja,apa kan daya dia mau lagi tahta selagi nyawa dikandung badan.
Hadi Tawar Diri Tidak Bertanding
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul hadi Awang mungkin tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13), yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai Yang Berhormat.
“Sudah lebih 30 tahun saya bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) iaitu bermula pada 1982 dan sudah berbelas tahun sebagai Ahli Parlimen,” katanya.
Abdul Hadi berkata, sekiranya tidak bertanding mana-mana kerusi, beliau boleh bergerak ke seluruh negara untuk memantapkan parti.
Bagaimanapun, Adun Rhu dan Ahli Parlimen Marang ini menawarkan bertanding satu kerusi sahaja sekiranya dipilih sebagai calon dalam PRU13 nanti.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian dalam satu temu bual eksklusif ketika ditemui di rumahnya selepas menyampaikan ceramah di Masjid Rusila, Marang, di sini.
“Terpulang kepada parti untuk menilai kerusi mana yang sesuai untuk saya sama ada Dun atau Parlimen,” katanya yang menyerahkan kepada keputusan parti untuk menentukan sama ada beliau bertanding atau sebaliknya.
Beliau menganggap ramai pemimpin pelapis dalam parti itu yang boleh membantu membawa hala tuju parti pada masa depan.
Katanya, pembabitannya dalam politik sezaman dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya kebetulan mengikuti parti sejak zaman Tun, zaman generasi kedua (Pak Lah) sampailah kini.
“Saya diberi amanah kepimpinan dan kerusi pada usia terlalu muda, saya menjadi Naib Presiden dalam usia 30-an, sudah terlalu lama,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menolak desas-desus anaknya Mohammad Khalil Abdul Hadi, 30an, bakal dicalonkan dalam PRU13.
“Biar dia jadi ahli biasa buat masa ini,” katanya -sinar
Pisau kata " orang lama bahasanya berkias tapi tajam"
Related Posts : PAS
Perpaduang Dah Bagi Signal Nik Aziz Bila Nak Blah
Live!update Gambar Sekitar Himpun.
Read more: http://www.pisau.net/2012/01/perpaduang-dah-bagi-signal-nik-aziz.html#ixzz1nYnvUTxN
No comments:
Post a Comment