Monday, February 27, 2012

Getik rasanya bila mendengar raja putar alam cakap pasal politik kotor atau ‘dirty politics’ ini. Mana tidaknya, selama hari ini Anwar yang paling handal dalam bab bab politik kotor ini tapi bila video membabitkan perlakuan seks yang ada mukanya didedahkan, dia mula bercakap tentang ‘dirty politics’ pulak. Bukanlah satu keasingan kepada kita bila Anwar menjadi dalang permainan politik kotor apabila mengaitkan sesuatu kejadian dengan kerajaan dan pemimpin BN. Tidakkah ini pada fikiran Anwar permainan politik kotor? Nah, sekarang bila kawan baik kau sendiri berpaling dari kau, macam mana rasanya? Masih politik kotor lagikah? Kalau nak kita imbas permainan politik kotor Anwar, terlalu banyak. Antaranya kes kematian TBH, kes kematian model wanita Mongolia, kes kematian pelajar, kes kematian Kugan, tuduhan rogol ke atas DS Rais dan pelbagai lagi. Semua ini adalah hasil permainan politik kotor Anwar. Alih, sekarang dia nak marahkan orang kerana main politik kotor ke atas dia pulak? Padan muka, apa rasa? Yang disebut di atas itu dengan jelas menunjukkan Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya sebagai dalang seperti dibuktikan dengan pembabitan begitu ramai para peguam dan pemimpin dalam parti pembangkang di dalam kes tersebut. Sedangkan yang berlaku ke atasnya sekarang (video panas) bukan konspirasi mana-mana parti politik pun. Sebaliknya lahir atas kesedaran seorang kawan lama yang tidak lagi ingin bersengkongkol dengan tabiat buruk Anwar. Sehingga artikel ini ditulis, Anwar masih belum menyaman individu yang dengan berani mendedahkan penglibatan di dalam penayangan video tersebut. Kenapa? Siasatan polis lebih menjurus kepada penyebaran bahan lucah, sedangkan dalam kes Anwar, maruahnya yang jadi taruhan. Pendek kata 2 perkara berbeza. Oleh itu kenapa Anwar ‘segan’ untuk mengemukakan saman, masih menjadi tanda tanya. Inilah akibatnya bila selalu sangat menyaman, konon nak buktikan diri tak bersalah, bila ada kes yang tidak disaman, dengan laju orang boleh mengatakan Anwar bersalah!! Penulis dapat rasakan, apa pun hasil daripada siasatan kes ini, sama ada lelaki dalam video tersebut benar-benar Anwar ataupun lelaki buncit mana yang menyerupai Anwar, imej Anwar sebagai pesalah jenayah seks, tidak dapat dielakkan. Tak tahulah kalau ada mana-mana orang yang agak-agak menyerupai Anwar nak menjatuhkan martabat sendiri dengan mengaku sebagai lelaki dalam rakaman panas tersebut. Setakat kelentong bolehlah tapi nak berkorban sampai jatuh maruah diri dan keluarga, tak ada rasanya. Share this: Share Email Print By Adamyan

No comments:

Post a Comment