PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 26, 2012
PAS dan Bini Orang – PR Fobia dengan 1 Malaysia
December 26, 2010 by admin
Filed under News1
Share |
Leave a Comment
Tak habis lagi nampaknya laman laman web dan blog menekan agar Nik Aziz dan ADUN Selinsing tampil membuat penafian mengenai isu tangkapan yang dibuat terhadap ADUN Selinsing dalam “Coach” keretapi VIP . Tangkapan yang dibuat oleh suami wanita seorang peniaga nasi kerabu yang dikatakan berada dalam “Coach” berkenaan yang hanya memakai towel ketika itu dan ADUN berkenaan hanya memakai seluar dalam.
PAS nampaknya tidak habis-habis dengan bini orang. Dari Normah Sabu bilik 121 tahun 1997 dulu sampai lah ke ADUN Selising dengan KTM Koc VIP 1nya. Kalau dihalusi betul-betul, pemimpin PAS sering diwarnai dengan kes bawa lari anak dara orang, poligami tanpa izin, berbini ramai dan yang seumpama denganya.PAS ini bernafsu buas. Yang paling buruk mereka ini suka bini orang , bini kawan sendiri , bini pengawal.
Sama seperti kes Mat Sabu dan juga kes calon Galas , Mat Sabu cuba nak sapu bawah karpet dan menghalal kan perbuatan ini, namun rakyat tetap akan bertanya kerana kes ini ada bukti dan dengar khabar PAS kini menjadi bertambah hebat apabila cuba menghapus kan bukti dengan mengugut penceramah yang mendedahkan isu ini. Baca ini
PAS bukanlah pejuang Islam sejati seperti yang mereka war-warkan. PAS hanya mempergunakan agama sebagai alat untuk mereka mencapai kuasa pemerintahan. Pemimpin-pemimpin PAS hanya tahu berselindung di sebalik topeng agama ini semata-mata kerana nafsu mereka untuk berkuasa.
Sebenarnya tidak ada bezanya antara Nik Aziz dengan Ayah Pin dan juga rasul melayu Kahar? Hanya PAS bertopengkan parti politik dan organisasi PAS jika tidak pasti ia akan sama sahaja seperti ajaran-ajaran sesat yang pernah menggemparkan negara.
Bencinya Pembangkang dengan Slogan 1 Malaysia.
Cubaan demi cubaan mereka lakukan untuk gagalkan slogan 1 Malaysia dan cubaan yang mereka rasakan berjaya adalah apabila Anwar menyamakan 1 Malaysia dengan Yahudi. Sakit betul hati Anwar dengan 1 Malaysia kerana merasakan 1 Malaysia boleh mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia yang mana ianya tidak disukai oleh Anwar dan DAP.
Jelas 1 Malaysia kini mula difahami dan 1 Malaysia mula dirasai oleh rakyat Malaysia. Mereka kembali mengeratkan perpaduan antara kaum dengan 1 Malaysia. Pembohongan Anwar kini didedahkan. Anwar menipu dalam menuduh 1 Malaysia sebagai 1 produk Israel. Anwar digantung dari Parlimen. Anwar pula enggan mengulas mengenai penipuan ini.
Anwar sememangnya penipu nombor satu. Selepas penipuan terbesar Anwar mengenai 16 Sept gagal untuk menguasai Putrajaya. Anwar sebenarnya mahu menutup hubungan baik beliau dengan Yahudi dengan menuduh 1 Malaysia sebagai produk Yahudi.
Hubungan Anwar dengan Yahudi sememang sudah diketahui umum khususnya apabila beliau memohon maaf kepada mereka apabila bersama sama dengan rakyat Malaysia mengutuk Yahudi dalam satu rally menentang kezaliman Yahudi sebelum ini.
Kini di Selangor DAP , terang terang melalui exconya Ronnie Liew mengarahkan mana saja ada lambang 1 Malaysia perlu diturunkan. Apakah salahnya 1 Malaysia dan apakah salahnya penggalakan agar perpaduan dipupuk sesama rakyat di Malaysia
Tags:
No comments:
Post a Comment