![CITYBLOGGER..PENAFIAN Laman ini tidak bertanggungjawab atas hasil penulisan yang dipetik dari sumbe](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdQjOqIQipGvKDvB2YpA-lRhYT9kauOo5mhgJrLiwM8g88USHoTtDsB8ohFKsWGhYYfTiFTpQkKs0vWLWIffm4ppaCvvPLUVETx5PUjZ0ZrdbekdjlzW4Zarbq3yLivwvBnlIV4NfJwIA/s1600-r/Shahadah.jpg)
PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, February 26, 2012
Terkini: PKR mungkin bubar, Anwar masuk PAS ?
Desas-desus yang menyebut terdapatnya usaha oleh Anwar Ibrahim sedang mengatur “saudagar-saudara mimpinya” yang lain untuk berada di dalam kepimpinan Pas menjelangnya muktamar agung parti itu Jun dilihat semakin jelas kini.
Oleh yang demikian, difahamkan ramai ahli PAS berharap kepimpinan Pas melakukan sesuatu untuk menghalang anasir yang boleh merosakkan parti itu demi kelangsungan perjuangan parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam.
Ramai pihak tidak terkejut dengan perkembangan itu kerana Anwar adalah makhluk yang akan menggunakan apa jua taktik untuk memastikan ‘orang-orangnya” berada di dalam Pas.
Tambahan pula dengan kedudukannya kini yang dikatakan menjadi liabiliti kepada pakatan pembangkang, sudah pasti Anwar mahukan mereka yang boleh mengawal Pas daripada dalaman untuk memastikan beliau terus berada di puncak kekuasaan di dalam rakan-rakan pembangkang.
Anwar mungkin sedar dan bimbang rakan-rakan sekutunya akan menolak kepimpinan beliau sebagai peneraju disebabkan oleh liabiliti tadi. Sebab itulah ramai ahli PAS sendiri tidak terkejut dengan desas-desus berkenaan. Dikhabarkan ramai ramai ahli PAS sudah memohon Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah susulan untuk menyekat kemaraan golongan saudagar mimpi Anwar ibrahim itu.
Golongan ‘Anwarinas’ yang ‘menyembah’ dan bertuankan Anwar Ibrahim terus merosakkan perjuangan asal Pas apabila bertanggungjawab mempengaruhi dan memanipulasi rakan-rakan di dalam Pas untuk lebih liberal.
Pengaruh dan peranan licik golongan ‘Anwarinas’ itu menyebabkan Pas sanggup bersikap liberal ‘menghalalkan’ lesen arak dan kegiatan judi dengan membuat Pas bersikap membisu.
Agenda golongan ini di dalam Pas begitu berkesan sehingga pemimpin Pas mengorbankan perjuangan Islam untuk menjayakan pakatan pembangkang.
Kini terdapat seruan, jika Pas parti yang bermaruah, mereka tidak boleh membiarkan anasir berkenaan daripada menghancurkan parti tersebut.
Sampai bila Pas harus menuruti kehendak Anwar dan menjadi pengikut yang setia di dalam pakatan pembangkang dan bukannya berpaksikan kepada teras perjuangan sendiri.
Jadilah parti yang bermaruah..kita tahu kepimpinan Pas menyedari perkara ini. Namun mungkin disebabkan tersepit antara kuasa dan perjuangan, mereka mendiamkan diri. Janganlah terlambat kerana risikonya cukup besar !!! Anwar bahaya untuk semua..
Anda mungkin juga meminati:
Anwar U-TURN: Sertai UMNO dan mohon semua lebih ...
Hadi: Hudud hanya 0.0001 % daripada hukum Islam ?
Demi Allah saya tak pernah meliwat sesiapa !!!
Isu Anwar: Zulkifli Nordin bikin panas lagi !!!
LinkWithin
No comments:
Post a Comment