PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, February 29, 2012
Zulkifli Noordin : PAS Terus Berketuakan Tokoh Pro Israel ?
Published by AIDC on February 29, 2012 | 5 Comments
Salam 2 all.
Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan – Anwar Ibrahim:
“samada menarik balik kenyataan “menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel” saperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!
Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan “semuanya dah selesai”.
Datuk Nik Aziz, yang memberi “katadua” itu membuat komen, “Anwar sudah memahami pendirian PAS”. Itu sahaja? Takkan kot yop? Macam tu sahaja dah setel semua?
Pada teman ini satu penghinaan besar kepada PAS. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan “Israel” ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi!
Sampai kalau ada penceramah tersalah sebut “malaikat Israel” pun kena maki!
Tapi PAS hari ni dah tak macam dulu! Sampai slogan “PAS 4 ALL” bunyi sama macam slogan pelancongan “ISRAEL 4 ALL” pun dema tak kisah dah. Sampai lambang slogan “PAS 4 ALL” tu pun nampak macam lebih kureng aje dengan “ISRAEL 4 ALL” pun tidak memfobiakan PAS lagi!
Cuma satu persoalan teman nak lontarkan kepada para parasitus kalkatus rakus? Apa kata mike terbalikkan senario. Apa kata YAB Dato’ Sri Najib yang kata:
“UMNO dan BN menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara Israel!”.
Teman cukup yakin mike akan tengok tak cukup kertas dan dakwat nak tulis maki hamun yang akan dihamburkan oleh para parasitus kalkatus rakus. Teman takkan terkejut kalau ada yang sampai mengisytiharkan kapior kepada PM, UMNO & BN!
Alangkan PM baru pakai baju kurta semasa perayaan Thaipusam baru-baru ni pun ada parasitus yang memaki hamun, caci maki dan pelbagai macam lagi sumpah seranah! Toghut, munapek, kapior! Apa yang dema tak sebut?
Sedangkan para parisitus ni lupa kawan-kawan kita dalam jemaah Tabligh banyak yang pakai kurta yop! Eh, sedara kita di Bangladesh & Pakistan boleh kata ramai yang berkurta yop! Takkan dema semua tu kapior, toghut & munapek yop?
Tapi ni namanya “Politik Dualam” – cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap! Bila kena batang hidung sendiri, semuanya halal belaka! Kalau kena orang lain, maki sehabis maki, kutuk sehabis kutuk, caci sehabis caci!
Lambang pertubuhan JATI yang melambangkan perpaduan Tiga Unsur “Islam-Melayu & Raja-Raja” pun dema kata lambang setan!
Sedangkan lambang “PAS 4 ALL” kelihatan sama dengan “ISRAEL 4 ALL” kaum parasit kelu habis. Lambang PKR “Mata Satu” saperti Dajjal Mata-Satu dan lambang kumpulan Yahudi Zionis “Illuminati” kaum parasit jadi bisu tak terkata apa-apa!
Para parasitus kalkatus rakus ini sudah menjadi “Syaitan Bisu”, sebijik kaum yang ALLAH sebut dalam Surah Al Baqarah: 6-18, “golongan PBB-Pekak, Bisu & Buta”!!!
Pada teman, keengganan Anwar mematuhi kata-dua Majlis Syura PAS itu jelas bahawa dia bukan sahaja tidak menghormati PAS, malah ianya satu penghinaan besar kepada seluruh parti PAS! Kerana Majlis Syura adalah badan tertinggi didalam PAS, bertanggungjawab memastikan PAS terus berada dilandasan Islam!
Bagaimana PAS mahu mendabik dada terus menyatakan ia parti yang memperjuangkan Islam kalau rakan sekongkol sekatil sebantal PAS pun menyokong semua usaha menjaga keselamatan rejim zionis Israel! Kaum yang dila’nat oleh ALLAH & Rasulullah saw!
Ketuk kepala tanya otak mike sendirilah yop!
Kalau para parasitus kalkatus rakus ini menggunakan sedikit sahaja otak yang ALLAH beri, tentu mereka akan bertanya satu soalan yang cukup mudah:
MENGAPA ANWAR IBRAHIM LIAT SANGAT SUSAH NAK TARIK BALIK KENYATAAN MENYOKONG ISRAEL YANG DISIARKAN OLEH WSJ ITU?
Apa yang susah sangat? Tarik aje balik, dan desak WSJ siarkan kenyataan penuh dan jelas yang dia menarik balik kenyataan menyokong Israel itu! Apa yang susah sangat.
Jelas sudah tentu ada “belalai sebalik China-DOLL” dengan keengganan dan sikap keras kepala yang Anwar tunjukkan tetap mempertahankan kenyataan menyokong Israel itu! Mesti ada sebab yop! Tak perlu jadi pakar nuklear nak paham benda mudah macam tu.
Tapi apa nak kata, kenyataan pakar nuklear pun para parasit tolak. Bila pakar nuklear negara yang juga Ahli Parlimen PAS (Ulu Langat) YB Dr. Rosli Che Mat menegaskan bahawa kilang Lynas sebenarnya selamat, dema perlekehkan! Dema lebih percaya dan taqsub kepada kenyataan parasit putar-alam yang memfitnah kilang itu merbahaya!
Bak kata pepatah, Dr. Rosli berhujah dengan fakta para parasit perlekehkan, kaki-putar punya auta mereka bertakbeer sakan! Sohih ni kerja giler babi yop, babi giler tak buat kerja macam ni!
Jadi keengganan Anwar menarik balik kenyataan menyokong zionis Israel itu tentu ada sebab muslihatnya. Walaupun rakan sekatil sebantal memberi kata dua suruh tarik balik langsung manusia yang diisytihar setaraf Imam Mahdi ni tak peduli!
Takkan sekadar manusia anugerah tuhan ni tunjuk gambar bersama dengan pemimpin Hamas untuk menopengkan pendirian pun sampai ada parasit yang pitam terpegun! Bertakebeer sampai naik urat kerongkong!
Takkan sampai rendah tu IQ mike yop!
Takkan baru kena putar konon cerita kapal Israel berlabuh di pelabuhan Kelang maka kisah sokongan Anwar kepada keselamatan negara Israel terus dipadam. Teruk bebenor IQ mike yop.
Cuba mike tanya satu soalan, siapa Menteri Kabinet yang meluluskan kebenaran untuk kapal Israel berlabuh tu. Kalau mike jumpa jawapan tu yop (yang jawapan tu mike takkan jumpa dalam Harakah), pasti mike akan kata, kena kecing lagi kita nampaknya!!!
Dan kalau mike tanya semua soalan berikut dibawah, dan menggunakan kewarasan aqal yang telah ALLAH berikan (yang sudah makin terhakis daripada para parasitus ini), tentu jawapannya cukup jelas:
ANWAR MEMANG TAK LAYAK MENJADI PEMIMPN, APATAH CALON PM BAGI NEGARA UMAT ISLAM MALAYSIA INI!
Mengapa Anwar liat sangat nak memberi sampel darah untuk ujian DNA yang boleh menyelesaikan segala pertuduhan dia meliwat Saiful?
Mengapa Anwar liat sangat nak membuat sumpah mubahalah yang akan menyelesaikan segala isu perbuatan liwat dia terhadap Saiful;
Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Saiful yang mengadu dia diliwat Anwar kalau benar ianya fitnah?
Mengapa Anwar liat sangat nak menunjukkan jam Omega yang akan merungkai segala soalan serius mengenai videoklip China-DOLL?
Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman rakanbaik dia Datuk Eskay yang mendedahkan videoklip “China-DOLL” tu?
Mengapa Anwar liat sangat nak menarik balik kenyataan menyokong usaha menjaga keselamatan negara zionis Israel?
Mengapa Anwar liat sangat nak menyaman Wall Street Journal kalau benar mereka telah salah membuat lapuran itu?
Soalan-soalan diatas hanyalah secebis sahaja daripada terlalu banyak persoalan yang boleh ditanya mengenai Anwar Ibrahim! Tu belum mike tanya:
1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH?
2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy?
3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk?
4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT?
5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama?
6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud?
7. Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam?
Isyk-isyk..isyk..terlalu banyak “Mengapa” dan “Kenapa” yang mike boleh tanya yang rumusannya satu sahaja:
ANWAR WAJIB DITOLAK!
ANWAR WAJIB DIBUANG!
Kepada ahli akar umbi, pendakwah, ustad dan para ulama yang masih ada sedikit keimanan, teman nasihatkan diri teman dan mike semua, yang sudah tu sudah-sudahlah! Tidak ada manusia yang maksum langsung tidak membuat kesilapan.
PAS sudah membuat kesilapan siasah bersekongkol dengan Anwar dan parti cauvinis BiaDAP!
PAS sudah membuat kesilapan membiarkan kaum Anwarinas menguasai parti!
Jangalah sampai mike “mempertuhankan siasah” dan membuat kesilapan aqidah!
Sebagaimana kita diajar didalam solat jemaah, apabila Imam membuat kesalahan rukun, maka wajiblah kita bermufaraqah! Apabila ada jemaah satu saf dengan kita membawa najis, wajib dia dimufaraqahkan!
Maka wajiblah bagi PAS hari ini bermufaraqah daripada Anwar dan BiaDAP! Berjuanglah bersendirian atas bendera Islam! Berjuanglah dengan keyakinan ALLAH akan membantu kita jika kita membantu Islam!
Ternyata segelintir pimpinan PAS sudah tidak mampu berbuat sedemikian! Ternyata kaum parasit dan Anwarinas yang bersarang dalam PAS begitu dayus untuk mengambil tindakan!
TAPI MIKE AHLI AKAR UMBI BOLEH!
YAKINLAH MIKE BOLEH!
DAN ALLAH AKAN MEMPERBOLEHKAN MIKE!
BANGKITLAH WAHAI HAMBA ALLAH!
BANGKITLAH WAHAI UMAT MUHAMMAD!
Ingatlah! ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu berusaha mengubah nasib mereka sendiri! Janganlah kerana siasah, maka tergadai aqidah! Lakukanlah perubahan! Lakukanlah islah!
Intan surullah hayyan surkum, wayusabbit aqdaamakumm – bantulah agama ALLAH, maka ALLAH akan membantu kamu!
Adios amigos, grasias senor!
Wallahua’lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
07 Rabi’ul Akhir 1433
29 Februari 2012
No comments:
Post a Comment