PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, March 31, 2012
Ahli PAS Mati Pasang Bendera DAP, Tapi Kenapa TNB Yang Dipersalahkan?
Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.
Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.
Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.
Sumber Sg Rapat Online
"Tak Masuk Syurga Pun Pasang Bendera Parti Tu"
Gomo dah biasa dengar berita mengenai orang yang terkena renjatan elektrik. Selalu lah juga baca di suratkhabar dan berita mengenai insiden sedemikian yang melibatkan pelbagai kejadian sama ada pencuri curi kabel, peladang terkena renjatan, dan sebagainya. Tetapi kes ini adalah kes yang lain dari yang lain kerana mangsa mati akibat sedang memasang bendera PAS dan DAP.
Yang tak seronok dalam pekara ini bila jentera PAS melalui facebook, Twiiter dan juga Blogg menyalahkan Tenaga Nasional Berhad punca kepada kematian kedua dua mangsa itu. Kata mereka TNB yang salah dan perlu bertanggungjawap dan perlu berhadapan dengan keluarga mangsa.
Kenapa TNB yang dipersalahkan sedangkan yang mengupah mangsa memasang bendera adalah dari parti PAS dan TNB hanya menyalurkan elektrik sahaja. Apa kena mengena TNB untuk disalahkan dengan kematian ahli PAS?
Ini lah satu pekara yang sejak dulu Gomo lihat yang mana bila berlaku sebarang musibat kepada parti Pembangkang maka yang akan disalahkan adalah pihak lain. Selalunya UMNO yang disalahkan tetapi kali ini TNB pula yang menjadi mangsa.
Apa lagi lepas ini yang mereka akan putar? Suruh keluarga mangsa menyaman TNB kerana kematian mangsa yang memasang bendera PAS dan DAP? Demo dijalanan membantah sikap TNB yang lepas tangan pada mangsa kematian? Apa lagi mereka nak buat?
Mangsa diupah oleh parti PAS untuk memasang bendera dan adalah satu tanggungjawap buat PAS bagi memenuhi tuntutan keluarga si mati dalam pekara ini. Pampasan perlu diberikan oleh parti dan adalah tidak boleh sama sekali PAS menyalahkan Tenaga Nasional Berhad atas kematian dua mangsa yang terkena renjatan elektrik TNB.
"Jangan Jadi Bodoh Mati Kerana Pasang Bendera Parti"
Sudah sudahlah menyalahkan pihak lain bila diri sendiri yang salah. Rakyat dah muak dengan pekara sebegini yang seolah olah Pakatan Pembangkang itu adalah malaikat sampai tak pernah buat satu pun kesilapan. Kami dah bosan lah!
Gomo sarankan keluarga mangsa agar menyaman PAS kerana kematian tersebut memandangkan yang mati itu telah dikerah oleh PAS untuk memasang bendera. Sudah menjadi tanggungjawap buat yang mengupah itu untuk bertanggungjawap dan keluarga mangsa perlu bertindak tegas dalam pekara ini dan jangan menyalahkan TNB, Kerajaan ataupun UMNO yang tidak ada kena mengena.
PAS perlu tahu yang mereka mesti bertanggungjawap diatas kematian mangsa.
Psssttt... Muak lah dengan pakatan ni, salah depa tapi pihak lain yang dipersalahkan. Bengong
from..http://www.papagomo.com/2012/04/ahli-pas-mati-pasang-bendera-dap-tapi.html
No comments:
Post a Comment