PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, April 2, 2012
Tags: pas sesat
PAS Seleweng Akidah Umat Islam
Posted on 28 March 2012 by BO Crewz
1. PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS
PAS mendakwa ianya memperjuangkan Islam, justeru itu menetang PAS adalah menentang Islam. Di dalam ceramah-ceramah PAS sering disamakan perjuangan PAS dengan perjuangan Nabi-nabi, khasnya nabi Muhammad s.a.w dan ayat-ayat Al-Quran berkenaan dengan golongan yang mengikut nabi dipakai untuk orang-orang PAS. UMNO dilabelkan sebagai penentang Islam, penentang Nabi-nabi, kerana UMNO menentang PAS.
2. HARAM HALAL JADI POLITIK PAS
Oleh kerana PAS kononnya berjuang menegakkan Islam dan UMNO mengikut kepercayaan PAS adalah penentang Islam, maka menyokong PAS adalah wajib dan menyokong UMNO adalah haram dan menyokong PAS membawa seseorang itu ke syurga dan menyokong UMNO membawa seseorang itu ke neraka.
Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata, “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram“. (Harakah, 23 April 1994).
3. SYURGA, NERAKA TARUHAN PAS
Ada lagi alasan lain bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka dan kerajaan yang diterajui oleh UMNO dikatakan sebagai zalim. Kerana itu cenderung hati kepada UMNO pun akan membawa seseorang itu ke neraka. Apa lagi menyokong, mengundi dan menjadi ahli UMNO.
4. AJARAN KARUT DAN KHURAFAT
PAS menyebarkan kurafat di kalangan ahli-ahlinya dan orang-orang awam untuk mengukuhkan keyakinan kepada PAS dan pemimpinnya, kononnya parti itu mendapat restu dan pertolongan Allah. Nik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 1990 adalah dengan pertolongan para malaikat. Kebetulan pohon durian pada tahun itu di Kelantan menghasilkan buah yang lebat. Orang PAS menyebarkan dakyah bahawa hasil durian yang lebat itu adalah berkat kemenangan PAS. Pada hal durian juga lebat di Kedah dan di Perak, pada tahun yang sama.
5. KEPERCAYAAN SESAT
Mempercayai bahawa sesuatu tragedi yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN sebagai bala Allah yang menimpa penentang-penentang Allah s.w.t yang anehnya, mereka mendiamkan diri apabila banjir besar melanda negeri Kelantan yang memusnahkan tanaman dan harta benda.
6. FATWA HADI DAN KAFIR MENGKAFIR
Di dalam Amanat Haji Hadi yang disebutnya di Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981, adalah jelas pemimpin PAS itu mengkafirkan UMNO dan mengeluarkan kaedah usuluddin yang bertentangan dengan pegangan ahla Sunnnah Wal al-Jamaah. Beliau berkata: “Kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku”. Pada hal tidak semestinya orang yang berkata politk suku, agama suku itu menjadi kafir kerana perkataannya itu tertakluk kepada takwil.
Menurut kaedah usuluddin : Tidak boleh dihukum kafir ke atas seseorang selagi kata-katanya boleh di takwil sebagai tidak bermaksud kekufuran.
Comments (0)
IMBASAN PAS SESAT: 12 pengkhianatan PAS terhadap Islam !!
Tags: pas sesat
IMBASAN PAS SESAT: 12 pengkhianatan PAS terhadap Islam !!
Posted on 26 March 2012 by BO Crewz
1. HUKUM MENGIKUT RASA
PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan Parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam (Utusan Malaysia 22 April 1999). Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negara Islam (Berita Harian 12 Mei 1999).
Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu semasa berucap di Kampung Gong Duek, Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, “orang munafik ialah orang yang mengambil orang kafir buat kawan baik … siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik”. (Disambut beramai-ramai “UMNO”)…Ha…UMNO… Apa hukum orang ni?…..(Pendengar jawab “Munafiq”) dan disambung dengan “Munafiq”
Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata di Kampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti polilik, termasuk DAP dalam pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.
2. PERPECAHAN UMMAH
Mendirikan pusat sembahyang Jumaat berasingan di dalam kariah yang sama (2 Jumaat sekampung), kerana PAS mengeluarkan fatwa bahawa sembahyang berimamkan orang UMNO tidak sah. Perbuatan ini menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam, memutuskan silaturrahim dan putus hubungan karabat atau adik-beradik. Tegasnya PAS telah meragukan ibadat sembahyang bagi ahli PAS sendiri.
3. MEROSAKKAN AMAL IBADAT
Orang-orang PAS yang belum dapat mendirikan pusat Jumaat sendiri, mengambil tindakan sembahyang jemaah berasingan di dalam sebuah masjid seperti Di Gong Pasir, Besut dan Alor Limbat, Marang, Terengganu. Di dalam satu kariah, didirikan dua Jumaat, satu di masjid kariah dan satu lagi di Markas PAS yang dijadikan masjid. Jika tiada markas PAS di sesuatu kariah, ahli PAS di kariah itu akan berjumaat di kariah lain dimana terdapat markas PAS atau masjid yang dikuasai oleh orang PAS.
4. MENENTANG PERLAKSANAAN PROGRAM ISLAM
Program-program Islam bagi melaksanakan Instituis Islam dicemuh oleh PAS, seperti penubuhan Bank Islam, Universiti Islam dan Institusi Islam yang yang lain. Ini dilakukan untuk tidak menampakkan imej Islam pada UMNO dan kerajaan. Mereka menentang perlaksanaan program Islam. Anehnya antaranya pemimpin PAS itu, ada yang merayu supaya anaknya dapat memasuki Universiti Islam dan universiti-universiti lain.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Hadi Awang mensifatkan penubuhan Bank Islam dan pajak gadai Islam yang sedang diusahakan oleh kerajaan tidak kerajaan tidak memberi apa-apa ertipun kepada umat Islam di negara ini.
“Perkara ini hanya sebagai kulit yang berlambangkan Islam sedangkan pemerintahan negara tidak dijalankan mengikut cara Islam”. (Harakah – 26 Januari 1983).
5. AMANAT HADI MEMBAWA KESESATAN
Di dalam Fatwa Haji Hadi pada 7 April 1981 (ada rakaman kaset) dinyatakan bahawa sesiapa dikalangan pengikut PAS yang mati kerana melawan UMNO adalah mati syahid, mati Islam, kerana UMNO mempertahankan perlembagaan Malaysia yang dikatakan sebagai peraturan kafir dan perlembagaan penjajah. Pada hal PAS juga menggunakan Perlembagaan yang sama (Undang-undang Tubuh PAS Fasal 6 (II). PAS juga mempertahankan Perlembagaan Malaysia dalam manifesto Barisan Alternatif (1999).
6. PENYELEWENGAN ZAKAT
PAS melawan pihak berkuasa di dalam urusan kutipan zakat dan mengutip zakat di kalangan ahli-ahli dan penyokongnya bagi kepentingan parti itu. PAS juga mengeluarkan fatwa bahawa membayar zakat kepada PAS sah, kerana PAS berjuang Fi Sabilillah. Kutipan itu dibuat tanpa peraturan dan rekod yang kemas. Hak-hak asnaf yang lain tidak dipedulikan.
7. DERMA JIHAD YANG JAHAT
PAS banyak mengutip derma di setiap ceramah-ceramah yang diadakan, tetapi pengurusannya tidak telus. Amanah tidak terpelihara. Ia bukan sahaja salah dari segi undang-undang, tetapi lebih salah dari segi syariat. Amanat Hadi menyebut “Derma kita adalah Jihad”.
8. PULAU MEMULAU
Pemulauan sembahyang jenazah, kenduri dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh orang-orang PAS terhadap orang-orang UMNO, tanpa menghiraukah hukum-hukum kejiranan dan persaudaraan Islam. Berlakunya perceraian suami isteri kerana berlainan parti dan kubur juga berasingan (di Gong Medang, Tembila, Besut dan di Kampung Cik Long, Setiu).
9. PEMBOHONGAN PAS
PAS mendakwa hendak menegakkan negara Islam. Sebenarnya PAS berbohong kerana dalam Perlembagaan PAS tidak menyebut penubuhan negara Islam Cuma cakap-cakap dalam kempen PAS sahaja.
10. BERGADUH SURUHAN ALLAH
Sebenarnya perjuangan PAS mengharuskan pergaduhan. Haji Abd Hadi Awang selaku Timbalan Presiden PAS telah menyalahtafsirkan ayat 251, surah al-Baqarah dengan kata:
“Kalau Tidak menjadikan manusia ini bergaduh nescaya akan rosaklah muka bumi ini “. Ucapan ini dibuat beliau di Kampung Bukit Kulim, Marang, Terengganu pada 24 September 1980 (Ada rakaman kaset).
11. MEMPERSENDAKAN HUKUM HUDUD ALLAH
PAS telah mempersednakan hudud Allah. Buktinya setelah Hadi Awang menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau berkata “Perlaksanaan hukum hudud melalui proses panjang”. Apakah ertinya proses panjang sedangkan hudud PAS diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 3 November 1993, dengan nama Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993. Mengapakah tidak memilih jalan pendek dengan menggunakan hudud PAS Kelantan, sedangkan larangan terhadap qariah menyertai tilawah mengikut keputusan Kelantan?
Haji Hadi juga berkata :” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. Ini bermakna apabila memerintah sendiri hudud yang dibesarkan selama ini diperkecilkan sehingga 1/10,000. (Utusan Malaysia 7 Mac 2000).
Apa yang menghairankan penggubalan Hudud Kelantan dahulu di pengerusikan oleh Haji Hadi sendiri.
12. PAS HINA WANITA
PAS menghina kedudukan wanita dengan mendolak dalihkan hukum terhadap mereka serta tidak menggalakkan mereka bekerja. Mereka tidak dibenarkan menjadi calon tetapi membenarkan pengundi PAS mengundi calon wanita daripada parti lain dalam gabungan Barisan Alternatif. Suara wanita adalah aurat apabila membaca Al-Quran, sebaliknya suara-suara Muslimat PAS dibenarkan berkempen memaki dan mencaci dan bersuara di Dewan Negara. Lebih tidak berakhlak lagi Nik Aziz menyamakan tilawah Al-Quran dengan nyanyian.
“Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga,” kata Nik Aziz pada 16 Mac 1999 di Kota Bharu.
Pada 20 Julai 1999 Nik Aziz berkata, cadangan kerajaan negeri memberi pekerjaan kepada wanita “kurang rupawan” kerana wanita rupawan biasanya mempunyai suami kaya. Jika wanita rupawan tidak bekerja ia tidak menimbulkan sebarang masalah kepada mereka.
Comments (0)
PAS Menyesatkan Umat Islam
Tags: hasan ali, himpunan sejuta umat, pas sesat
PAS Menyesatkan Umat Islam
Posted on 27 February 2012 by BO Crewz
Tidak hairanlah Ahmad Said mengatakan PAS sebagai Parti Ajaran Sesat apabila bekas Pesuruhjaya PAS sendiri bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu itu.
PAS yang selama ini memperjuangkan Islam terus dibelenggu permainan politik Pakatan Rakyat terutama DAP hingga sanggup menyuruh perbuatan Mungkar dan melarang perbuatan Makruf. Perkara ini dijelaskan sendiri bekas Pesuruhjaya PAS, Hasan Ali ketika di Kuala Terengganu.
Beliau berkata dalam ucapan tersebut bahawa PAS sanggup menyokong penganjuran demonstrasi yang kononnya memprotes system pilihanraya namun melarang para penyokong mereka daripada menyertai Himpunan Sejuta Umat dalam usaha menyelamatkan akidah Umat Islam.
Mengapa PAS mula berlembut soal murtad dan akidah umat Islam. Apabila JAIS menyiasat kehadiran 12 orang Islam yang dipercayai sedang dimurtadkan, para pemimpin atasan PAS sekadar mengambil langkah “menyiasat sendiri” laporan bekas Pesuruhjaya PASnya di Selangor, Hasan Ali. Sama ada mereka tidak percaya lagi kepada cakap Hasan Ali atau sebaliknya.
Dalam satu kenyataan Hadi Awang mengatakan bahawa, ” UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.”
Nasarudin Mat Isa pernah mendesak agar pucuk pimpinan parti itu membuat pendirian rasmi mengenai isu akidah berkenaan melepasi batas sempadan politik. Beliau berkata, akidah adalah soal masa depan ummah yang akan dihisab diakhirat kelak dan perlu ditangani oleh seluruh umat Islam dinegara ini, khususnya yang diamanahkan menjadi pemimpin!
PAS lebih rela Umat Islam sesat asalkan matlamat mereka menakluk Putrajaya tercapai……..
Comments (0)
PARTI AJARAN SESAT(PAS)- Bahagian 1:
Tags: amanat haji hadi, PAS, PAS gelabah, pas sesat, pas tipu, pemuda PAS
PARTI AJARAN SESAT(PAS)- Bahagian 1:
Posted on 13 February 2012 by WartawanBuletinOnlines
Mengapa tiba-tiba Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dato’ Abu Bakar Chik melenting bila Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu menyatakan Pas parti ajaran sesat.
Mengapa tidak sesatnya:
“Menentang Pas adalah haram mengikut al-Quran”- ini kata-kata Mursyidul Am sendiri dalam satu kenyataan akhbar pda 24 April 1994.
Tidak berniat untuk mengulas panjang, tetapi bila menentang Pas itu haram bermakna berdosa.
Sesuailah pula dengan kenyataan bekas Presiden Pas, Allahyarham Fadzil Noor dalam akhbar milik parti itu, Harakah pada 3 Oktober 1997 bahawa: “Umat Islam wajib sertai Pas”.
Sekali lagi penulis tidak berniat hendak mengupas kenyataan ini, tetapi apabila wajib maka berdosalah orang Islam tidak menyertai Pas atau menyertai parti lain, jadi bagaimana pula umat Islam di negara lain yang tidak ada Pas?Bahkan orang yang hendak mengambil tindakan undang-undang kepada Menteri Besar Terengganu itu sendiri pernah menyatakan “Pas Parti Allah”. Tidakkah sesat itu?Presiden Pas sendiri, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengkafirkan orang-orang Umno melalui ucapannya di Banggol Peradong pada 7 April 1981. Antara lain menurut Haji Hadi orang Umno menjadi kafir kerana telah menyokong perlembagaan negara (mengekalkan perlembagaan penjajah, peraturan kafir, peraturan jahiliyyah” yang bukan merupakan perlembagaan Islam.Ucapan iti tidak ditarik balik hingga sekarang. Kesan dari ucapan itulah menyebabkan pengikut Pas dari Kedah, Ustaz Ibrahim Libya didakwa oleh Haji Hadi ‘mati syahid” dan ditanam tanpa dikafankan.
Fatwa mati syahid melawan puak-puak Umno yang dikafirkan itu tidakkah ajaran sesat?
Peliknya dalam buku jingga , Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia, yang turut ditandatangani bersama oleh Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, muka surat 23 Dasar Bersama Mereka ialah MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.
Perlembagaan yang difatwakan tidak Islam itu dan menjadi kafir orang Umno kerana mendokong perlembagaan itu serta mati syahid kalau mati menentang orang-orang Umno yang mengekalkan perlembagaan itu, TETAPI KINI HAJI HADI SENDIRI MAHU PERTAHANKAN???
Dan banyak lagilah fakta-fakta kesesatan Pas akan penulis bongkarkan.
FROM..http://buletinonlines.net/tag/pas-sesat
No comments:
Post a Comment