Sunday, April 1, 2012

TERKINI ... Tindakan MAHATHIR TEPAT, Anwar MEMANG BARUA YAHUDI - Michel Camdessus Posted by Melayu Atas Pagar | Monday, April 2, 2012 Masih ingat lagikah dengan wajah angkuh dan sombong Michel Camdessus yang berpeluk tubuh melihat bekas Presiden Suharto terpaksa menandatangani Perjanjian Pakej Ekonomi IMF pada 15 Oktober 1998. Pakej Ekonomi yang memaksa Indonesia tunduk dan ikut kepada dasar-dasar kewangan ketat IMF dengan menaikkan kadar pinjaman asas BLR, polisi pinjaman bank yang cukup ketat, dasar kewangan yang ditentukan pasaran bebas yang sebenarnya ditentukan oleh para spekulator dan pelabur luar. Kononnya Indonesia akan keluar dari kemelut kancah kewangan lebih awal dari Malaysia dengan menandatangani Perjanjian Pakej Ekonomi IMF. Apa yang telah berlaku kepada Indonesia hari ini ... Rusuhan oleh pertubuhan pelajar dan kesatuan sekerja tercetus apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono merancang untuk menaikkan harga petrol sebanyak 33 (%) peratus berikutan dengan kenaikan BBM (BBM adalah akronim bagi kadar pinjaman asas BLR di Indonesia) Kerajaan Indonesia sudah tidak mampu lagi untuk memberi subsidi harga petrol terhadap rakyatnya walaupun Indonesia adalah pengeluar dan pengekspot minyak mentah terbesar di Asia Tenggara. Mengapa kerajaan Indonesia sudah tidak mampu lagi memberi subsidi harga petrol terhadap rakyatnya? JAKARTA—Pengamat Kebijakan Publik dan Ketua Koalisi Anti Utang, Dani Setiawan ada skenenario yang dijalankan oleh IMF & Bank Dunia (World Bank) beserta lembaga keuangan dunia lainnya dalam rencana kenaikan BBM. Dani mengatakan, kenaikan harga BBM merupakan kebijakan yang dibuat untuk mengurangi subsidi BBM dan menyerahkan harga BBM sesuai harga pasar. Hal tersebut sejalan dengan kepentingan pemodal internasional dalam mendorong agenda “liberaliasi sektor energi (Migas dan Listrik)” di Indonesia. Kebijakan ini ditujukan untuk mendominasi sektor energi nasional dari hulu ke hilir. “ Aktor internasional yang terlibat dalam kebijakan ini adalah IMF, Bank Dunia, Asian Development Bank, dan USAID melalui pemberian skema hibah dan utang. Para pemerhati ekonomi dan politik di Indonesia cukup yakin tekanan dari IMF dan World Bank memaksa kerajaan pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menaikkan kadar BBM untuk mengurangkan pemberian subsidi minyak dan membiarkan pasaran menentukan kadar BBM atau BLR ini. Kerajaan Indonesia sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa sekalipun kerana negara tersebut masih terikat dengan Perjanjian Pakej Ekonomi IMF dan masih lagi belum melunaskan sepenuhnya hutang hasil dari bantuan pakej ekonomi IMF. Para pemerhati ekonomi dan politik ini juga tahu IMF, Bank Dunia, Asian Development Bank, dan USAID terbabit menentukan dasar kewangan negara tersebut. Lihat sahaja hutang Indonesia yang belum dilunaskan kepada World Bank dan IMF sehingga kini ... Baki hutang negara Indonesia kepada World Bank berjumlah USD 11,361,689,885.98 (USD 11 Bilion). Indonesia telah menggunakan pakej ekonomi IMF sebanyak USD 11.1 Bilion dan masih lagi belum melunaskan sepenuhnya hutang pakej bantuan ekonomi ini. Perlu diingat, World Bank dan IMF mempunyai hak untuk menentukan dasar fiskal dan kewangan Indonesia setelah kerajaan negara tersebut bersetuju dan menandatangai Perjanjian Pakej Ekonomi. Berlainan pula dengan Malaysia, kerajaan masih lagi mengekalkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat dengan tinggi. Kerajaan terus menambah subsidi semasa kepada 93 sen bagi mengekang pertambahan kos sara hidup kerana harga barang akan melambung jika tidak dikekalkan subsidi ini. Rakyat perlu memahami tindakan awal kerajaan 14 tahun yang lalu pada 1 September 1998 memungkinkan subsidi masih kekal diberikan kepada rakyat sehingga ke hari ini. Dan tarikh tersebut juga Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat kejutan dengan membuat kawalan modal (currency control) dan mata wang terpilih yang dikenakan serta merta bagi mengelakkan negara terikut-ikut dengan dasar-dasar kewangan ketat yang ditiru dari IMF. Malaysia tidak terikat dengan Pakej Bantuan Ekonomi IMF. Malaysia tidak menandatangi Perjanjian Pakej Bantuan Ekonomi IMF seperti yang dilakukan oleh Indonesia. Bagaimana dengan hutang negara kepada World Bank dan IMF sehingga ke hari ini? Baki hutang negara kepada World Bank hanya sebanyak USD 33,333.34 sahaja (USD 33 Ribu). Negara tidak berhutang dengan IMF atau menerima sebarang 'pakej bantuan kewangan' dari IMF! Sekali lagi GWM ingatkan ... World Bank dan IMF mempunyai hak untuk menentukan dasar fiskal dan kewangan sesebuah negara setelah sesebuah kerajaan bersetuju dan menandatangai Perjanjian Pakej Ekonomi. Apa yang berlaku kepada Indonesia adalah hasil dari kesilapan negara tersebut yang menerima Pakej Bantuan Ekonomi dari IMF sehingga menyebabkan pihak pemerintah terpaksa mengikut polisi-polisi yang ditentukan. Ini telah diakui oleh pemerhati politik dan ekonomi Indonesia ... Bagaimana jika kerajaan 14 tahun yang lalu menerima, menggunapakai dan menandatangani Perjanjian Pakej Bantuan Ekonomi seperti yang Anwar Ibrahim selaku bekas Menteri Kewangan, mahu kerajaan mengikut telunjuk World Bank dan IMF ini? Perlukah rakyat menggadaikan kembali masa depan negara semata-mata mahu mengikut telunjuk Anwar Ibrahim, yang sememangnya mahu kerajaan mengikut telunjuk World Bank dan IMF? Rakyat perlu fikir semasak-masaknya ... Layak atau tidak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia! Mahu negara bangkrap gara-gara Anwar Ibrahim ... | FROM..http://mediawangsamaju.blogspot.com/2012/04/terkini-tindakan-mahathir-tepat-anwar.html

No comments:

Post a Comment