PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, May 2, 2012
Bershit 4.0: Mat Sabu Mahu Polis Belasah Lagi Penyokongnya
May 1, 2012 · 13 Comments
mat sabun
Mungkin merasakan bahawa Bershir 3.0 gagal secara objektif dan sasaran untuk memburuk-burukkan kerajaan, Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu bertindak mengugut untuk menganjurkan Bershit 4.0 sekiranya Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tidak meletak jawatan.
Mat Sabu yang mungkin malu dengan kegagalan tersebut turut memberikan tempoh selama 30 hari untuk Abdul Aziz dan Wan Ahmad untuk meletak jawatan masing-masing atau ibu negara bakal berdepan dengan satu lagi siri huru-hara selepas ini.
Paksaan PAS terhadap kedua individu yang dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Agung itu dibuat melalui satu memorandum yang diserahkannya semalam kepada SPR.
Persoalannya, siapa Mat Sabu dan siapa PAS untuk menggesa kedua individu tersebut? Apakah paksaan itu dibuat atas dasar rasional akal yang waras atau sekadar satu lagi babak mainan politik jijik pembangkang untuk mengalih isu “dewa” mereka yang dikaitkan dengan skandal video seks terlarang dengan ‘isteri orang kanan’nya?
Sebagaimana kita maklum, Bershit 3.0 tidak relevan untuk diadakan. Segala tuntutan yang diminta oleh Bershit sebelum ini telah dibincangkan dan diputuskan. Sebahagiannya telah terlaksana (seperti penggunaan dakwat kekal), manakala sebahagian yang lain di dalam proses perlaksanaan.
Namun, ada juga tuntutan itu yang tidak dapat dilaksanakan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan dan agak mustahil untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat. Penjelasan telah dibuat dan Pengerusi Bershit, Ambiga bersetuju untuk terus berbincang dengan SPR mengenainya.
Jelas sekali isu-isu tuntutan Bershit itu sebenarnya sudah selesai dan ia disahkakan sendiri oleh Ambiga yang mahu bekerjasama dengan SPR dan ahli-ahli parlimen untuk duduk semeja bagi tujuan membaiki bersama sistem pilihanraya di negara ini.
Jadi, apa isunya Mat Sabu mahu mengadakan himpunan Bershit 4.0?
Sebenarnya, jika Mat Sabu dan PAS benar-benar ikhlas mahu SPR memperbaiki sistem pilihanraya negara ini, Pengerusi SPR dan Timbalannya yang sedia ada tidak perlu pun disuruh meletak jawatan.
Sepatutnya, Mat Sabu dan PAS mengikut langkah Ambiga untuk bertemu dengan SPR untuk tujuan tersebut. Apa jaminan Mat Sabu bahawa pilihanraya di negara ini hanya akan adil jika Abdul Aziz dan Wan Ahmad meletak jawatan?
Apakah keadilan dan kebersihan sistem pilihanraya di negara ini bergantung kepada perletakan jawatan kedua individu itu?
Kita rujuk kembali PRU12 di mana pembangkang berjaya menguasai 4 buah negeri dan Wilayah Persekutuan. Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan tumbang kepada Pakatan Haram dan Nik Aziz berjaya mengekalkan Kelantan di bawah kemunduran pentadbirannya.
Ketika Pakatan Haram memenangi semua kerajaan negeri di bawah BN itu, siapakah yang menjadi Pengerusi SPR dan Timbalan badan bebas itu? Bukankah PRU12 berlangsung dibawah hasil kerja Abdul Aziz dan Wan Ahmad?
Jika mereka berdua merupaka faktor penentu kebersihan pilihanraya, apakah Pakatan Haram menang di kesemua negeri itu kerana kekotoran mereka terhadap BN? Mereka berkonspirasi memenangkan Pakatan Haram dan memberikan kekalahan terbesar BN dalam sejarah PRU?
Selain itu, menurut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Abdul Aziz dan Wan Ahmad dilantik oleh DYMM Yang DiPertuan Agung. Jadi, apakah Mat Sabu dan PAS mencabar keputusan Baginda Tuanku melantik kedua individu terbabit?
Beginilah bila politik menguasai pemikiran mereka-mereka yang memanipulasi segalanya demi kuasa yang dikejar.Dalam fikiran mereka, hilang rasional dan kewarasan yang sepatutnya digunakan dengan bijak untuk memperbaiki sesuatu ke arah yang lebih baik.
Menurut tinjauan dan kajian, rakyat sudah muak dengan permainan politik keji ini. Mereka jelik dengan sikap pihak pembangkang yang mengada-adakan cerita, menganjurkan keganasan dan huru-hara sehingga hampir meragut nyawa mereka.
Mat Sabu boleh mengarahkan Bershit 4.0. Tapi siapakah yang akan dipukul polis kerana provokasi golongan pelampau mereka? Apakah Mat Sabu dihenyak dengan cota pada himpunan Bershit sebelum ini? Kalau benar pun Mat Sabu tercedera, dia bukan dipukul polis, tapi dia sendiri yang lari dari sekatan polis!
Yang bengkak, lebam dan berdarah adalah “keldai-keldai”nya yang dihasut untuk merempuh FRU. Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang lain selamat saya kerana mendapat kawalan dari ‘bodyguard’ masing-masing.
Apakah “Keldai”mereka ada pengawal peribadi untuk lindungi mereka dari ideo bodoh Mat Sabu itu? “Keldai – keldai” pembangkang juga yang jadi mangsa, kan?
Share this:
Share
Email
Print
By dukeofmontecristo
from..http://www.mykmu.net/?p=19119
No comments:
Post a Comment