PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, May 2, 2012
Demokrasi VS Syura
Facebook Twitter Email
Demokrasi. Orang cakap ianya dah wujud sejak dulu-dulu-dulu lagi. Tapi in this ‘modern age’, demokrasi punya umur tak sampai pun lagi satu abad. Malahan menariknya Ikhwanul Muslimin punya umur pun lebih ‘tua’ daripada demokrasi.
Dulu… Sistem demokrasi ni sangat dikutuk oleh ramai ulama dan ilmuwan Islam. Of course termasuklah antaranya tokoh ikhwan, Syed Qutb. Di dalam penulisan-penulisannya sangat banyak dia kutuk dan kritik dua sistem ciptaan manusia, iaitu komunis dan demokrasi. Tapi sampai sekarang aku jujurnya masih tak pasti…. Apa yang dikutukkan berkaitan demokrasi ekk?
Demokrasi. Kalau disuruh untuk menjelaskan demokrasi dalam satu ayat yang simple, demokrasi ini adalah sistem di mana suara majoritilah yang akan menjadi penentu dalam membuat keputusan. Zaman demi zaman berlalu, demokrasi ni semakin diterima di seluruh dunia, termasuk juga oleh muslims… Tak kurang juga Ikhwanul Muslimin yang mana dahulu tokohnya mengutuk demokrasi, kini juga sangat ramai di dalamnya yang menyokong demokrasi…. Kenapa? Kerana mereka merasakan demokrasi itu sangat hampir dan dekat dengan syura yang ada disebutkan di dalam Al-Quran dan diamalkan oleh Rasulullah….
Namun sampai kini…. Aku jujurnya meragui…. Adakah memang sistem demokrasi itulah yang terbaik? Dan adakah memang sistem syura yang diamalkan Rasulullah dan disebut di dalam Al-Quran itu, adalah selari dengan demokrasi?
Kononnya…. Sistem demokrasi itu akan melantik orang yang terbaik…. Tapi sape yang tak setuju kalau aku mengatakan, bahawa sistem demokrasi ini jugalah yang menggalakkan politik wang…. Sistem demokrasi ini jugalah yang menjadikan satu-satu pemimpin tidak akan dapat 100% membuat polisi yang memanfaatkan negara, sebab diorang perlu ambil kira samada polisi tersebut disukai rakyat ataupun tidak…. Sehinggakan akhirnya… Kemungkinan besar orang yang dipilih itu bukanlah orang yang terbaik…. dan keputusan yang diambil itu bukanlah keputusan yang terbaik….
Malahan dah sangat banyak kali…. aku melihat dan mendengar, syura belakang dibuat sebelum syura yang utama…. Sehinggakan aku mula jadi keliru, konfius, tak faham…. Apakah yang dimaksudkan apabila dikatakan tidak boleh ada syura sebelum dan selepas syura? Malahan adakah benda itu sendiri satu kemestian? Wujudkah dalil berkaitan perkara tersebut? Bagaimana pula dengan perbincangan sebelum dan selepas syura berkaitan isu tersebut? Adakah perkara sebegitu akan dikira melakukan syura belakang?
Dan adakah syura itu sentiasa mengikut majoriti?
Aku tidak dapat terima jika mengatakan demokrasi itu ada di dalam Islam…. Kerana aku melihat Talut itu dipilih oleh Allah untuk menjadi tentera walaupun kaumnya tidak menyukai keputusan tersebut…. Nabi Sulaiman itu menjadi pemimpin seluruh alam kerana mewarisi takhta daripada Nabi Daud…. Saidina Omar itu dilantik secara terus oleh Saidina Abu Bakar…. Dan Saidina Khalid Al-Walid pula dibuang daripada jawatan general oleh Saidina Omar walaupun dibangkang para sahabat
Bagiku syura itu adalah medan untuk membuat keputusan yang terbaik…. Dan ahli syura itu adalah dibuat oleh orang-orang yang layak dalam nak membuat keputusa tersebut…. Sistem demokrasi yang mana keputusan berdasarkan majoriti itu macam boleh kata kaedah yang terakhir sangat-sangat dalam membuat keputusan… Sebab siapa kata majoriti itu sentiasa yang terbaik? Sedangkan di dunia ini golongan yang diberikan ulul albab oleh Allah adalah minoriti. Dan bukan sedikit golongan yang sesat itu adalah golongan yang majoriti….
Namun…. Tetap demokrasi itu menjadi satu kepercayaan dan keyakinan di dalam masyarakat Islam sekarang… Sehinggakan majoriti jemaah Islam zaman sekarang pun menggunakan demokrasi…. Maka nak tak nak…. Syura belakang untuk mengaut undi dibuat…. Kadang kala pula demi mengamalkan demokrasi, ‘syura lakonan’ dibuat… Sedangkan keputusan dah ada…. Dan apabila keputusan lain daripada yang di’set’…. Maka tiba-tiba ‘general-general’ bersuara…. Menggunakan kuasa veto menggagalkan hasil ‘syura’ yang dibuat…. Dan menghalakan ke arah apa yang dirancangkan…. Apakah….
Sehingga tahap itu kita terpaksa membuat demokrasi…. Sedangkan deep inside our heart, we know that there are people who knows the situation the best…. Who are qualified to make the decision… And yet here we are, trapped into believing democracy is the best system….
Syura itu adalah perbincangan. Demokrasi itu adalah membuat keputusan berdasarkan majoriti. It is a two different thing.
The essence of syura is to make the best decision. While the essence of democracy of to give equal right to everyone. Again, it is a two different thing.
Democracy is useless if it will ended up with the decision made was not the best decision. And it is an unnecessary burden if it is done, while we already know what is the best decision
Sebab tu Abu Bakar boleh melantik Omar secara terus. He was the best candidate, without a doubt.
p/s: sistem komen wordpress aku diserang spam… So sila jangan komen kat situ kalo nk komen, sbb ada kemungkinan takkan diapprove… sekian
April 11, 2012
0 Comments
FROM..http://izzuddinyussof.com/
No comments:
Post a Comment