PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, May 1, 2012
Khalid Mohd Ismath, Mohd Ismath, RM200 ribu Dan KOHILAL
Khalid Mohd Ismath, nama seorang mahasiswa yang tiba-tiba menjadi sebutan setelah menumpang populariti Adam Adli. Sedang Adam Adli semakin dibenci oleh kebanyakkan rakyat, Khalid Ismath keluar dari kepompong itu untuk menyelamatkan dirinya, dengan membawa isu seperti pemansuhan PTPTN.
Gerakan “Occupy Dataran” yang dipelopori oleh Khalid dan sekutunya kononnya mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN yang disifatkan zalim, walaupun jutaan pelajar telah mendapat manfaat dari skim PTPTN itu.
Apa yang lebih menarik ialah Khalid Ismath dikhabarkan cukup condong ke arah Syiah. Apatah lagi, satu pendedahan di laman FB milik Khalid sendiri yang mengaku bahawa dia Syiah, dan Khalid berkata bahawa Nik Aziz pun tahu yang dia adalah berfahaman Syiah.
Bahaya Syiah telah penulis nukilkan pada artikel malam tadi, dan method Khalid Ismath menggunakan cara demonstrasi jalanan dalam mencapai matlamatnya sememangnya menepati apa yang pengikut Syiah lakukan di Timur Tengah.
Penulis sendiri terkejut sewaktu hadir ke ceramah Khalid Ismath baru-baru ini. Khalid dengan bersahaja dan tanpa bersalah berkata bahawa pemimpin UMNO dan BN adalah seperti babi dan anjing! Pastinya jika Khalid berfahaman ahli sunnah wal jamaah, perkataan keji itu tidak akan terpacul dari mulutnya. Apa yang menarik, di akhir ucapannya, Khalid mengucapkan terima kasih kepada Mat Sabu kerana membantu gerakan mahasiswanya.
Dan kita semua tahu hubungan Mat Sabu dan Syiah!
Sedang Khalid sibuk menjaja isu ciptaan dengan melabelkan PTPTN sebagai zalim, satu berita gempar telahpun sampai ke meja Selangor Daily.
Difahamkan, bapa Khalid, iaitu Mohd Ismath dikaitkan dengan KOHILAL, salah satu kegagalan PAS dalam mentadbir kononnya kebajikan kepada ahli mereka. Dan penulis juga dimaklumkan, nilai sebanyak RM200 ribu dikaitkan dengan Mohd Ismath atas kegagalan KOHILAL.
Seandainya maklumat ini benar, maka Khalid seharusnya membuat demonstrasi meminta ayahnya memberi penjelasan lanjut kerana kezaliman yang berlaku ke atas ahli PAS yang bergantung harap kepada KOHILAL.
Ia lebih zalim, berikutan wang rakyat yang dikutip akhirnya hilang dalam terang. Ia persis seperti derma kebajikan tabung mangsa Memali yang dikunci rapat oleh PAS dari pengetahuan umum. Sedangkan, PTPTN pula memberi nikmat kepada rakyat yang memerlukan, tanpa paksaan untuk meminjamnya.
Lebih baik Khalid Ismath perjuangkan mangsa KOHILAL dari PTPTN. Dan kebetulan pula nama ayahnya disebut-sebut terlibat dengan KOHILAL. Lebih mudah untuk membuat sedikit study dan kemudian bertindak selayaknya.
FROM..http://www.selangordaily.com/?p=4341
No comments:
Post a Comment