Sifat 20
Adalah sifat-sifat
yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib
diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
1.
Wujud : Ertinya Ada |
Iaitu
tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada
disebabkan dengan sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) –
disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud
, maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati
antara ada dengan tiada) .
Tetapi
pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain
Al-maujud , kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan
wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa wujudnya
Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua
kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan
itu ada.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang
menjadikan langit dan bumi nescaya berkata mereka itu Allah
yang menjadikan……………"
( Surah Luqman : Ayat 25 )
|
2.
Qidam : Ertinya Sedia |
Pada
hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana
Allah s.w.t. menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian
tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap
sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu
daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil
dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam
maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan
yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama
menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya
iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu
khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali
tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak
boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama
terbahagi kepada empat bahagian :
1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti
terdahulu bapa nisbah kepada anak )
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya
satu tahun )
Maka
Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus
dikatakan lain daripada Allah Ta'ala.
|
3.
Baqa' : Ertinya Kekal |
Sentiasa
ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya
ialah menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun
yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak
binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang
hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang
mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh,
Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
Perkara
–perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia
bertakluq dengan Sifat dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala
pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkan
'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya
di tungking manusia, itulah benih anak Adam ketika bangkit
daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad
orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya
adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan
permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian
:
1)
Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat
Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash
, Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk
yang lain daripada perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
|
4.
Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah
Ta'ala dengan segala yang baharu. |
Pada
zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang
telah
ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan
Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu pada zatnya ,
sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan
aradh Dan tiada sesekali zatnya berdarah , berdaging , bertulang
dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiada berpihak
,tiada ber-
tempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah
Ta'ala itu tiada bersamaan dengan sifat yang baharu kerana
sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi ta'aluqnya.
Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq
ia pada segala maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk
hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraan
dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t.
, maka perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit (
tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha
Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala sifat yang baharu.
|
5.
Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan
sendirinya . |
Tidak
berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak
berkehendak kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak
kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.
Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu
sama ada
pada perbuatannya atau hukumannya.
Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan
undang-
undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada
sekalian makhluk .
Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah
kerana
kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.
Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat
di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi
mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan
kemung-
karan hamba-hambanya.
Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya
adalah
perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-
nya jua.
Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka
pahalanya
itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka
bala-
sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua
".
( Surah Fussilat : Ayat 46 )
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat
itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya
,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu
).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat
yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada
zat
iaitu sifat Allah Ta'ala.
|
6.
Al – Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. |
Maka
hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat
, pada
sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil
( yang ber-
hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam
Muttasil pada
Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti
tiada zat
Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat
dan lain-lain.
Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan
yang ber-
cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain
menyamai zat
Allah Ta'ala.
Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil
pada
Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya
) iaitu tidak
sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya
dua qudrat
dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan
–
bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat
yang lain
menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.
Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam
Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai
–cerai pada
perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai
seperti
perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam
alam semua-
nya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya
dan
hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada
pada hakikat-nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan
dirinya atau
perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan
tidak
sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya
pada
usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.
Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan
ternafi bagi
Kam yang lima itu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan
yang lain
menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa
kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan
serta merosakkan iman.
|
7.
Al – Qudrah :
Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu. |
Pada
hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan
tiap-tiap yang
ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan
iradah.
Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi
bekas pada mengadakan atau meniadakan , hanya usaha dan
ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .
Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
Fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan
dan iktiqad.
1) Iktiqad Qadariah :
Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya
orang yang beriktiqad akan segala perbuatan yang dilakukan
manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atau
berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri
dan sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan kuasa Allah
s.w.t.
2) Iktiqad Jabariah :
Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah )
dan maksudnya orang yang beriktiqad manusia dan makhluk
bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata ( tiada
usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad
Ahli Sunnah Wal – Jamaah :
Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut
perjalanan Nabi dan perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad
bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dan tidak memberi
bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan
yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan
ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengaja hamba
itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk
ada usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin
dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat pergantungan
taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan
( ada pahala dan dosa ).
|
8.
Al – Iradah :
Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala. |
Maksudnya
menentukan segala mumkin tentang adanya atau
tiadanya.
Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri
pada
Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus
atau setengah yang harus atas mumkin . Maka Allah Ta'ala
yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya.
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku
dan yang akan berlaku adalah dengan mendapat ketentuan daripada
Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya
, miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia
ada mempunyai nasib ( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia " .
( Surah Al – Qasash : Ayat 77 )
Kesimpulannya
ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh
untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah
perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan
tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.
|
9.
Al – Ilmu :
Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala . |
Maksudnya
nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang
Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ).
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim
lagi azali
berdiri pada zat Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada
perkara
Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.
Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu
di
Alam yang fana' ini.
|
10.
Al – Hayat .
Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.
|
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada
zat
Allah Ta’ala .
Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak
( pendapat )
Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama’ Bashar
dan Kalam.
|
|
|
11.
Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala. |
Hakikatnya
ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri
pada
Zat Allah Ta’ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada
tiap-tiap yang maujud sama ada yang maujud itu qadim seperti
ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau
telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding
) seperti dengan sebab jauh , bising , bersuara , tidak
bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan
segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman
Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )
|
12.
Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala . |
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri
pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha
Melihat sama ada yang dapat dilihat oleh manusia atau tidak
, jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi
dan sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan
".
( Surah Ali Imran - Ayat 163 )
|
13
. Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala. |
Hakikatnya
ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali
,
berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui
oleh ilmu daripada yang wajib, maka ia menunjukkan atas
yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang bermaksud
:
" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".
( Surah Taha - Ayat 14 )
Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala
yang
bermaksud :
" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah
Ta'ala
yang ketiga daripada tiga..........".
( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 )
Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala
yang
bermaksud :
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda
yang
kamu perbuat itu".
( Surah Ash. Shaffaat – Ayat 96 )
Kalam
Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.
Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang
dikatakan
iaitu :
1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-
solat dan lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri
dan lain-lain larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah
Firaun
dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan
taat
dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti
orang
yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab
seksa yang amat berat.
|
14.
Kaunuhu Qadiran :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan
Mentiadakan. |
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Qudrat.
|
15.Kaunuhu
Muridan :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan
tiap-tiap sesuatu. |
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Iradat.
|
16.Kaunuhu
'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan
Tiap-tiap sesuatu. |
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada
ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat
Al-Ilmu.
|
17.Kaunuhu
Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.
|
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada
ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat
Hayat.
|
18.Kaunuhu
Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan
tiap-tiap yang Maujud. |
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada
ia maujud dan tiada ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat
Sama'.
|
19.Kaunuhu
Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan
tiap-tiap yang Maujudat ( Benda yang ada ). |
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada
ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat
Bashar.
|
20.Kaunuhu
Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.
|
Hakikatnya
iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada
ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat
Qudrat.
|
|
No comments:
Post a Comment