Kisah Ketua Paderi
Seluruh Sabah Masuk islam. 24 Mei 2002 (
Rev.Thomas Laiden -- Ust.Tajuddin Othman Abdullah) Menjelang Perhimpunan Agung
UMNO Mei 11 - 13 dan dengan gejala murtad terus bergolak agak elok perwakilan
UMNO merenung kembali temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama
Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar
Gereja-Gereja Seluruh Sabah. BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN
ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan
Kristian berdasarkan pengkajian yang cukup mendalam lagi terperinci berasaskan
pengalaman menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Apa yang dihuraikan
beliau itu adalah iktibar buat mereka yang MURTAD DARI AGAMA ISLAM. Kristian
menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya, maka jawapan akhir
yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang
Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama
Islam. Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN
ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang dilahirkan sebagai
seorang Kristian dan menghabiskan sebahagian besar dalam hidupnya untuk belajar
menjadi paderi. Beliau yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia
sekali di Sabah kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang
dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah, contohnya orang yang paling
berpengaruh ketika itu, Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di
sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok belok agama termasuk
agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya
dengan memilih Islam sebagai jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama
Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH
AINI MOHD. RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN
ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim
(Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini. SEMASA KRISTIAN saya dikenali
sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok.
Agama asal saya ialah Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary
Kepaderian Vatican Itali, iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan di
dunia dengan dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamat pengajian pada
tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vatican. Seterusnya saya
memohon untuk kembali ke negeri asal saya, iaitu Sabah. Pada tahun 1988 saya
ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St.
Mary dan Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di
Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama Kristian. Itulah
sebabnya bapa menghantar saya ke Vatican, dengan harapan agar saya menjadi
seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai
adik-beradik tetapi kesemuanya perempuan. Saya adalah anak lelaki tunggal dalam
keluarga. Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama
Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang
keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke
situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat mengamalkan
agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung
kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir
apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah
mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak Terbendung, ianya
ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab
yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di fikiran saya
bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain
sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup
mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula
serius membuat kajian mengenai Islam. Apabila saya diberi tanggungjawab
mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan
seolah-olah agama ini sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun
1989 saya kembali ke Vatican untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama
tiga tahun. Dialog Dengan Pope John Paul Di sana saya telah berjumpa dengan
ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog
dengannya dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya
menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu
dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa yang
kamu ragukan?" Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita
ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap
malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang
datang mengaku buat dosa. Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka
sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya." Beliau berkata,
"Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu
ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa," Saya katakan
yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung,
"Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa.
Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah
dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai
paderi ini tidak mempunyai dosa." Di situlah saya mula tidak percaya pada
agama Kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.
Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu
berkata, "Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk
menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu
kata agama Kristian pembohong". Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu
Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." "Saya
bertanya kembali, Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa
Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."
Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan. Saya menyoal kembali, "Apa matlamat
utama Jesus Christ diutus ke dunia?" Beliau menjawab, "Untuk menebus
dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama." Jadi saya katakan padanya
kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa
semua manusia. Di situ dia mula pening dan terpinga sambil berkata,
"Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani
mempertikaikan Kristian." Saya katakan padanya,"Kita seorang paderi
yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?" Saya juga katakan padanya saya
mempunyai ibu-bapa dan adik-beradik, apabila ibu-bapa saya membuat dosa mereka
mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang
paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa
ibu-bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya. 7 Rukun
Kristian Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai
seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di
dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:- i). Ekaristi Pembaptisan -
seseorang yang ingin memeluk Kristian, mereka mesti dibaptiskan air suci. ii).
Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi iii) Ekaristi Maha Kudus -
memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus) iv) Ekaristi Minyak Suci - air suci v).
Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima Krisma vi) Kristi
Imaman - menjadi paderi vii). Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam
(Paderi tidak menerima ekaristi ini) Air Suci (Holy Water) Dalam Kristian air
suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali.
Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan
iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum
menjadi paderi. Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh
rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas
seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak
boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin
lagi dengan agama lain kecuali Kristian sahaja kerana melalui Kristian beliau
boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam. Itulah permainan iblis.
Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja
doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi
menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama
yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan. Apabila saya tunjukkan air itu
kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang
pernah meminumnya semasa beliau belajar di Indonesia; apabila pergi ke gereja
beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan
hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di
samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah
ama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah permainan sihir sebenarnya. Tidak
siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan
menghapuskan permainan sihir. Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan
terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan
taktik Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup
mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila
minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam
barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya
hanya pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi
diedarkan di Malaysia kerana orang yang pembuatnya di biara Vatican telah
memeluk Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air
ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan. Ekaristi Maha Kudus
Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan.
Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya katakan padanya
sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula
kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?. Saya jelaskan kepadanya,
apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas
dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata
beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan
lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai
rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain.
Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat. Bayi-bayi yang baru
dilahirkan pun dibaptiskan. Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi
walaupun bayi tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru
lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang
ditinggalkan datuk-moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam meletakkan
bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih). Sebenarnya agama
Kristian ini salah. Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian.
Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman
Julius kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama
Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita
meneliti didalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya
semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam
tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi
Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab
tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w Ketika itu saya
masih belajar di Vantikan, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat
mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga
sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja untuk menjaga kitab-kitab di
situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya,Thomas, kamu perlu menjaga kesemua
kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau
menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau
melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada
saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika
itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab
yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya
simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke
dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk
berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama
Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang
ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam
nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan
tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya
mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari
yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang
dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa
dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri
kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya
dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan
dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk
tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.
Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai
pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah,
disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran
(yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang
hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi
tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika
kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya?
Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas
itu. Hidayah Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah
tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu malam Ahad
pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian di hadapan tuhan-tuhan
saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika
itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya
menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya
meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya
Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku
baringkan dan letak sesuka hatiku? Turunnya Hidayah Malam itu, selesai
sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan,
diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku telah mengetahui semua
agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama
ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana
mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang
lain macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya tertidur.
Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi
menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan hidayah kepada saya. Di dalam
tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat
lain sehingga tingkat tujuh, ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di
hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya
kepada seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu
tinggi. Jarak diantara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya
kepadanya, Negeri apakah ini?" Beliau berkata kepada saya, "Awak
tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."
Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak
membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya
titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian
Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan
kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah
sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu berkata lagi,
"Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka
yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)." Alangkah terkejutnya saya
apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api
umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang
benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran.
Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah
bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya
saya ingin pergi ke satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya
memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka
sedang berjemaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai
menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang
bertugas ketika itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari
itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah
Pairin Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan
pula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan padanya," Awak
jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan.
Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu peluk Islam." Peluk Islam
Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam
sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah
dahulu, baru awak boleh masuk Islam." Dengan agak kasar saya katakan
kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang
masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi
Kristian. Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini
saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati,
maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?"
Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada
pagi Ahad itu saya telah sah sebagai Islam. Dengan Kekuatan Diri setelah
selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya melalui kawasan
gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara pengampunan. Mereka
melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu
seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat
pengumuman di hadapan mereka. Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika
sembahyang pun berdosa, kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya
meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan
perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia
menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil
semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau belum.
Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum
dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun tidak mengapa kerana di kedai
banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata
sambil memandang ke arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu
perkara. Saya belajar di Vatican selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak
menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama
yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah
Islam." Diperangi Keluarga Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di
wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung
kembali, "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh
saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam." Bapa
saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"
Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika
itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang panjang dan
cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu
terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas dengan berkaki ayam.
Tuhan masih mahu memanjangkan umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan
rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua
ibu-bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak
murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak. Selepas itu saya pergi
ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai
di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya
saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah
Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri
sehingga tahun 1995. Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali.
Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya
diterima bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan
juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan. Di sini
(Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu
banyak banyak prosedur yang perlu dijalani. Kini setelah hampir sembilan tahun
saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun
saya tidak khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal
maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya
bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa
saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu
tahun setengah. Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi
perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa
indahnya perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT). Di
Vatican, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut,
mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap kotor dan
mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang
Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang pemerintah dan
majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahnya. Saya membuat kajian
hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi
nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah
mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka yang murtad,
jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad
ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan hingga ke peringkat tertinggi dan
mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan. Pernah saya katakan
kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji
bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan
rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor,
kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor
sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?" Saya
memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad.
Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga sanggup
menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu
mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kesatuan gereja Kita
lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat. Semasa saya
menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah
saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di seluruh dunia bersatu
padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk
menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat,
penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap
Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad
diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi
menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu peruntukan
untuk di sana sudah tidak ada lagi. Sebagai alternatifnya mereka akan
mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke
Indonesia dan Malaysia. Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi
mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab
untuk mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan
orang Islam. Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk
bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan
dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan semua
orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya
menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin. Pernah terjadi di
Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mereka mengambil wang
tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui
mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya. Setelah saya periksa
rupa-rupanya mereka ini masih Islam walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk
memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya
mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.
Masalah Kelemahan Pendakwah Islam Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat
menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang
pemerintahnya Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah
sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan
pendakwah Kristian. Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama
belajar dengan saya semasa di Vatican dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada
saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran dan
Hadis. Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya
dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam
salah sebuah ayatnya yang bermaksud; "Tidak akan masuk syurga melainkan
orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara." Sekarang kami pendakwah
Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan hadis. Kami mempunyai
kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah
dikatakan oleh Tuhan mu itu." Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang
awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukanseperti apa yang awak faham. Memang
benar awak membaca ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir
separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh
ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa
sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana
hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan lagi
padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat
tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi dan Nasara),
tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu
hanyalah merupakan angan-angan kamu yang kosong." Itu bukan firman Allah,
kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri. Paderi
tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong
itu?" Saya katakan,"Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila
kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan
kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa
walaupun mukanya telah merah padam. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak
boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?"
Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa
yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang
tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya? Siapakah Sasaran Kristian? Program
mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di
kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar. Mereka akan
katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik
bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ
ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai
namanya terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama
sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama tersebut, maka akan
murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh
berbuat apa-apa kerana mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan
apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama. Apa ikhtiar
kita? Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau
memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini.
Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.
Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya,
"Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam
tudung kamu itu". Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya.
Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan
beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang
saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil
rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan
dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak remaja kita.
Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik
orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah
untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan
memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya dan
memurtadkan isterinya itu. Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat 'Sesungguhnya
orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah,
turun kepada mereka malaikat Allah berkata : jangan kamu takut dan jangan berdukacita,
dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.' * Untuk mengikuti
kisah seorang bekas Pastor (paderi) memeluk islam, sila ikuti youtube di bawah
: Bhg 1 : Klik Sini Bhg 2 : Sila lihat dibawah! * sila lihat pada minit ke 3.22
hingga ke minit 3.30 diatas, nama Ustaz Tajuddin Othman yang pernah menjadi
seorang paderi dan pernah belajar hingga ke Gereja Vatican City di Rome seperti
yang diceritakan dalam artikel pilihan 1 diatas disebut dengan jelas oleh Ustaz
ini ! Bhg 3 : Klik Sini
Posted by CITY at
8:28 PM 0 comments
Yahudi Laknatullah
Akan Menyerang Kaabah .. Oleh qamarul naim b. mohd,2003-01-19 01:59:46 Yahudi
merancang untuk merobohkan Kaabah Islam Online pada 1 oktober melaporkan bahawa
seorang penulis Israel yang berbangsa Amerika yang bernama Roven Koret membuat
satu cadangan supaya Ka'abah yang merupakan tempat dan pusat bagi umat Islam
menunaikan solat lima waktu diroboh dan dimusnah. Katanya itulah tempat
lahirnya para 'ekstrimist', 'fundamnetalist' dan 'terrorist'. Dalam artikel yang
bertajuk "Time to Face Mecca" yang disiarkan dalam sebuah majalah
Israel, penulis Roven Koret menggesa dimusnahkan segera simbol umat Islam ini.
Katanya, ".. biarkan mereka kehilangan arah untuk beribadat dan biarkan
mereka tunduk kepada Tuhan mereka di atas timbunan tempat yang musnah."
Asbu' akhbar mingguan Mesir menyatakan, "Ini adalah satu pandangan bahaya
serta ancaman serius yang amat perlu diperhatikan malah semua perlu bersedia
menghadapi suatu kemungkinan yang amat buruk dikhuatiri berlaku". Menurut
Roven Koret, Barat perlu mencari strategi yang dapat membendung kegiatan
'ganas' orang Islam di samping berusaha bersungguh-sungguh memusnahkan sistem
nilai umat Islam, . "Jika perlu mengebom mereka, bomlah mereka dan tidak
ada sebab untuk kita menghalangnya. Begitu juga usaha untuk menjatuhkan Saddam
Hussien mesti diteruskan segera. Kerana beliau masih menjadi masalah kepada
kita". Kerja-kerja ini katanya gagal disempurnakan dengan baik oleh George
Bush senior dan sudah sampai masanya pula untuk giliran George Bush junior
untuk meneruskan misi ini. Katanya, .. "Di Mekah terdapat dua menara
tinggi yang menjadi benteng yang merintangi sebuah kotak hitam yang menjadi
tumpuan umat Islam beribadat dan objek serta simbol utama umat Islam untuk
bersembahyang.." Katanya; "Seseorang pun tak akan merasa ragu-ragu
untuk menyatakan bahawa dengan kemusnahan simbol umat islam ini pasti akan
membangkitkan keresahan yang berpanjangan di kalangan umat Islam.." Dengan
runtuhnya Mekah katanya, 'kerja-kerja seterusnya' akan menjadi lebih mudah.
Malah katanya Barat perlu berrbuat demikian dari sekarang dengan pelbagai gaya
dan bahasa yang boleh diterima umum. Terjemahan Analisis Oleh: Lajnah
Penyelidikan PUM Gambar ini diambil dari 'Jewish Sites' - Tranung Kite Mereka
memang berhasrat untuk memusnahkan umat Islam. Yahudi daripada mula-mula
kejadiannya lagi telah membunuh Nabi-nabi dan Rasul-rasul a.s. Mereka adalah di
antara umat paling jahat. Tidak hairan jika kejadian 11 September baru-bari ini
adalah rancangan jahat Yahudi untuk menfitnah umat Islam, memberi kebebasan
untuk mekotak-katikkan umat Islam. Bagi mereka bangsa Yahudi aje manusia yang
lain semua binatang. Oleh itu jangan kita sekali-kali lalai tentang
amaran-amaran Allah dalam Al Quran berkaitan bangsa Yahudi ini. Kita pula
jangan sekali-kali menjadi tali barut kepada proganda Yahudi demi untuk sedikit
habuan di dunia. Kita juga jangan sekali-kali meninggal Jihad, kerana pesanan
Saidina Umar barang siapa yang meninggalkan Jihad nescaya ia dan bangsanya akan
terhina.
Posted by CITY at
7:54 PM 0 comments
No comments:
Post a Comment