PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, December 17, 2011
Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al-Quran, sunnah rasul dan perkara yang dibawa oleh para sahabat serta menentang perkara bida'ah.(sesat).
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hati-hatilah kalian dari perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama ini), karena sesungguhnya perkara-perkara yang diada-adakan adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat” [HR. Ahmad]
Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya."
Surah An-Nisa’ [4:59]
Prinsip Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Berpegang teguh dengan al-quran dan as-sunnah
Jika terdapat perselisihan pandangan, mereka merujuk kepada al-quran dan as-sunnah
Mereka tidak mencela dan mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka
Mereka tidak menghukum kecuali terdapat bukti yang sahih
Pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
Al-quran bukan makhluk- Mereka yakin al-quran adalah kalam Allah yang bersifat qadim dan bukan makhluk iaitu bersifat baru.
Melihat allah- Menurut ahli sunnah wal jamaah orang mukmin dapat melihat Allah di syurga pada hari qiamat sebagaimana yang disebutkan dalam al-quran dan hadis sahih.
Pelaku dosa besar- Orang yang melakukan dosa besar tetap dikira sebagai mukmin kerena imannya masih ada tetapi dikira fasik kerana telah melakukan dosa besar.
Iman
Ahli sunnah berpendapat bahawa iman seseorang boleh bertambah dan berkurang.
Ia bertambah dengan amalan seperti solat dan zikir.
Ia boleh berkurang apabila seseorang melakukan maksiat atau kejahatan seperti mencuri dan menipu.
Contoh Ahli Sunnah Wal Jamaah
Ahli salafussoleh (mengikut hadis sahih dan Al-Quran)
Mazhab Syafie
Mazhab Hambali
Mazhab Hanafi
Mazhab Maliki
Mazhab yang tertera di atas, semuanya membuat hukum berdasarkan pendapat mereka mengikut hadis dan al-quran yang sahih. Tujuan mereka mewujudkan mazhab adalah untuk membantu dan memudahkan umat manusia memahami hadis dan al-quran.
”Jika wujud sahaja di dalam fatwaku yang tidak mengikut as-sunnah dan al-quran, silakan buang fatwaku dari dunia ini”
-Imam Ahmad bin Hanbal
Firman Allah:
”Bahawasanya orang-orang yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan perselisihan-perselisihan yang berdasarkan hawa nafsu) dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka (pada hari kiamat kelak), apa yang telah mereka lakukan (dan membalasnya).”
Surah Al-An’am [6:159]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment