Sunday, December 18, 2011

Anwar Puppet Global : Rampasan Kuasa CIA Di Asia Terbongkar Posted: 21 Jul 2011 12:01 PM PDT Oleh Tony Cartalucci, Penulis 'Activist Post' Bangkok, Thailand, 2 Julai 2011 – Segelintir pengikut ideologi Marxisme, penipu dan individu-individu yang berpura-pura hari ini bertumpu ke Bandaraya Bangkok dalam apa yang hanya dianggap sebagai berita nota kaki sahaja. Secara realiti, apa yang berlaku di Bangkok seperti seekor jerung yang merayap di arena politik Asia Tenggara. Walaupun tidak dinafikan Bangkok sedang bergelut dalam kancah masalah yang ditaja oleh kuasa asing, protes hari ini dialihkan ke Kedutaan Malaysia sebagai membantah apa yang mereka anggap sebagai penahanan "tawanan politik" oleh kerajaan Malaysia. Logo gengaman tangan @ 'Otpor' Namun satu pekara yang menimbulkan syak wasangka dalam sesi protes itu adalah 'logo kecil genggaman tangan' tertera pada baju dan sepanduk yang dibawa. Kumpulan propaganda 'Prachatai', media yang dibiayai organisasi Amerika, National Endowment for Democracy (NED) seolah-olah merancang segalanya sejak awal lagi. Dengan pantas, mereka mengeluarkan satu rencana bertajuk "Protes Perpaduan untuk Pilihan Raya Adil dan Bersih serta Pembebasan Segera Para Aktivis BERSIH" yang antara lain menyebut pada 1 Julai, "sekumpulan pelajar, aktivis dan media berkumpul di luar Kedutaan Malaysia, Bangkok, sebagai reaksi kepada tindakan kerajaan Malaysia menahan lebih seratus orang, ahli BERSIH 2.0 yang dianggotai oleh beberapa organisasi hak asasi manusia yang mahukan reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia. Terpampang di bahagian belakang baju T , seorang penunjuk perasaan dan sepanduk merah logo parti PSM Malaysia yang menggunakan logo genggaman tangan 'Otpor!' yang pernah digunakan sebagai lambang pergerakan belia di Serbia untuk menggulingkan Slobodan Milosevic. Pergerakan Otpor! kemudian bertukar menjadi CANVAS yang berusaha memberi latihan kepada pejuang revolusioner dengan sokongan Amerika Syarikat di seluruh dunia. Oleh itu, apa yang jelas sekarang kesemua pergerakan tersebut bergabung tenaga tanpa mengira kewarganegaraan dalam usaha menjatuhkan dan menggantikan kerajaan-kerajaan dengan pemerintahan yang dibiayai dan dikuasai satu rangkaian masyarakat sivil.

No comments:

Post a Comment