PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, December 17, 2011
APA ITU SIFAT TAKABBUR?
Salam sahabat dan pembaca blog ini. Hari ini saya ingin mengambil kesempatan untuk menulis mengenai sifat takabbur yang sering kali orang rasa kononya dia tidak ada tapi diperhatikan oleh ramai orang ianya wujud pada diri tersebut.
Takabbur sebenarnya adalah hak mutlak dan eksklusif Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabarNya. Orang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi. Daripada Abu Sa'Id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: 'Kesombongan adalah selendang Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti kulemparkan ia ke dalam jahanam." - (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibn Majah no. 4147)
Jelas di sini, takabbur ialah ibu segala sifat mazmumah. daripada sombong lahirnya marah, hasad, ujub, riyak, sum'ah, tamak, bakhil dan sebagainya.
Dipendekkan cerita takabbur sering menyerang individu yang mempunyai potensi. lebih banyak potensi yang dimiliki oleh seseorang maka lebih terdedahlah dia kepada sifat takabbur. Semuanya gara-gara merasakan diri "lebih" dan orang lain "kurang". Kononnya berasa diri mulia, orang lain hina. (Maaf sekiranya ada yang termakan cabai terasa pedasnya). Rasulullah s.a.w. memberi definisi yang tepat dan padat tentang takabbur menerusi sabdanya yang bermaksud: "..sombong itu adalah menolok kebenaran dan menghina makhluk." (Riwayat Muslim no. 275)
Para ulama menjelaskan ada tiga ciri utama individu yang takabbur. Iaitu:
Merasa diri lebih baik ...(etc...Kira semua orang salah dia saja betoi le tu..kononnye)
Menghina orang lain ...(etc...Kononnya dia sahaja ada agama orang lain tak de)
Menolak kebenaran ...(etc...Dah tahu salah tapi nak tunjuk dia betul jugak le tu)
Malah ketiga-tiga sifat itu menyerang manusia dalam bentuk pakej. Serentak saling berkait antara satu sama lain. Apabila merasakan diri lebih baik, mulia dan tinggi, seseorang itu cenderung memandang orang lain buruk, hina dan rendah. Apabila dua sifat itu mendominasi seseorang maka dia akan jadi terlalu obses terhadap dirinya sendiri. Ketika itu dia akan menolak apa sahaja pandangan, saranan dan teguran daripada orang lain walaupun benar. malah lebih teruk pada dirinya semua yang dia buat adalah benar belaka dan mengakui dirinya raja bersuara namun hakikatnya seorang yang hanya tahu menuduh tanpa asas.
Kesian bukan orang sebegini sebab dia hendaklah membezakan antara takabbur yang terkeji dengan harga diri yang terpuji. Malah sepatutnya mempunyai harga diri (izzah dan maruah) memandang dirinya tinggi kerana Islam, bukan atas sebab-sebab kehebatan diri sendiri. Orang yang sebegini iaitu individu yang mempunyai harga diri yang tinggi merasakan dirinya berkemampuan, berkeyakinan dan berhak untuk berjaya dalam hidup hasil keyakinanya kepada Allah.
Tanda Takabbur
Tidak suka berdoa
Mudah terluka dan melukakan hati orang lain
Sukar memberi dan meminta maaf
Memotong cakap orang lain
Cara berjalan yang angkuh
Bencana yang menimpa pesaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya
Tidak suka berziarah
Contoh sikap 2 (Mudah melukakan hati orang lain)
Orang ini bersifat ego selalunya melukakan hati orang lain menerusi percakapan dan sikapnya. Percakapannya penuh dengan perlecehan, membangga diri dan kebanggaan. Sikapnya menjengkelkan. Peliknye, orang macam ni juga mudah rasa tersindir, rasa diperkecil dan dipinggirkan oleh orang lain. Bak kata orang sensitif dan mudah terasa (emosional). Pantang dicabar, pasti mencabar (lepas tu gebang kuat-kuat kononye dia seorang yang vokal). Orang ego mudah marah dan melenting kerana hal-hal yang remeh (contoh : saja cari kesalahan orang lain kononye dia yang betul semua dan yang best part suka cakap belakang sahaja tak berani depan -depan). Orang macam ni adalah "toxic people" yang meracuni persaudaraan, meletakkan persahabatan dan membubarkan kerharmonian semua orang demi untuk mencapai keinginannya.
Contoh 4 (Memotong Cakap Orang Lain)
Orang ego suka didengar tapi benci mendengar. Suka pandangan dia didengar tapi tak reti nak beri cara terhormat.
Contoh 5 (Berjalan yang Angkuh)
cara jalan mendabik dada..umpama dada kehadapan dan sering seluk saku. Ibarat aku lah yang hebat bila bercakap.
Contoh 6 (bencana yang nenimpa persaingnya dianggap hasil kelebihan dirinya)
Kira dia berhak menjatuhkan orang lain disebabkan orang lain bodoh dan tidak faham akan samaada perkerjaan, peraturan dan sebagainya...macam ku kenal character ini dimana ye?
Menurut Imam al-Ghazali: sifat takabbur itu akan terzahir pada cara dia memaling muka, memandang dan mengerling, menundukkan kepala, duduk bersila atau bertekan ke lantai. Dan kelihatan juga pada perkataan, intonasi suara dan cara berjalan, berdiri, duduk, gerak dan tenangnya...rasa kenal dak orang macam sedemikian dalam hidup anda?
Kalau ada tu berubah-ubah le...jangan rasa diri tu perfect sangat....moha Allah memberi kita pengajaran dan belajarlah daripada kesilapan.
Sekian.
Posted by Rozaidi Razali at 1:0
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment