Sunday, December 18, 2011

'Catwalk' Dalam Surau : DAP Bersalah, PAS Bila Lagi Nak Minta Maaf ? 8 komentar Labels: DAP Selangor, Parti Pas Pasemboq Selepas seminggu lebih kena balun kiri kanan atas bawah, parti Pakatan Rakyat mengaku mereka dah buat salah pasal si minah DAP dok buat 'catwalk' dan dedah aurat dia di dalam surau Al-Huda, Kajang. klik sini Tak payah nak buat press statement ka atau deomostrasi ka. Foto-foto di bawah dah terang-benderang menunjukkan tranformasi minah DAP ni daripada memakai kebaya sendat ala-pramugari, tak menutup rambut and posing sebelah pakcik ketayap totok PAS kepada baju kurung yang tidak menampakkan susuk badan dan berselendang. Tempat pun dah ditukar ke perkarangan surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota. Siap cover line dengan banner yang menulis "Tempat : Perkarangan Surau Al-Muhajirin". Transformasi yang secara tidak langsung mengakui bahawa hujah-hujah DAP dan PAS yang mempertahan kesalahan Teo DAP dan kariah totok PAS adalah sekadar menegakkan benang yang basah dan pembohongan yang jelas! klik sini Teo DAP dah insaf dan meminta maaf. Aku dok tunggu bila la totok PAS Surau Al-Huda dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain nak minta maaf?

No comments:

Post a Comment