PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Wednesday, December 14, 2011
Cengkaman ZIONIS - rencana huru hara di Malaysia
Penjajah British
BERDASARKAN dokumen-dokumen politik ketika zaman era revolusi industri di Eropah, beberapa tanah dan gugusan kepulauan di Asia Tenggara telah mula dimasuki puak Mason ketika itu. Namun, dokumen-dokumen itu tidak pula menyebut Mason dalam butir yang jelas. Puak-puak Mason masuk ke wilayah ini dengan pelbagai tugasan sulit. Mereka datang dalam banyak kumpulan dan berlainan pula tugasan.
Puak dari Sepanyol dan Portugis datang dengan misi pencerobohan untuk membuka jalan bagi mendapat habuan daripada puak-puak lain, Britain dan Belanda pula datang dengan beberapa puak mereka lagi.
asas bendera Malaya/Malaysia
Puak-puak dari London membawa politik penjajahan dan agenda ekonomi komanwel, manakala puak-puak dari Syarikat Hindia Timur Inggeris datang bersama tentera-tentera bantuan untuk memperkuat tampuk politik Inggeris di Tanah Melayu dan Singapura, puak-puak Inggeris dari sekitar jajahan mereka dari sekitar Tanah Arab pula datang bersama agenda missionary.
Masing-masing puak datang bersama tugasan masing-masing.Orang putih (orang Inggeris) yang tiba di gugusan ini membuat rencana yang hebat untuk kelangsungan budaya dan tatacara pemikiran mereka yang mereka bawa kepada generasi kita yang sebelum ini.
Sejak kemasukan puak-puak Mason melalui penjajahan orang putih, pelbagai cara dilakukan bagi menyekat kemarahan orang Melayu. Ia termasuklah dengan melantik proksi-proksi dari kalangan orang Melayu sendiri untuk mengawal orang Melayu. Proksi yang dilantik itu pula bukan seperti kempeitai yang dilantik oleh Jepun di kalangan orang Melayu.
Proksi-proksi yang dilantik Inggeris itu ada yang dilantik secara rasmi dan ada pula yang dilantik secara tidak rasmi oleh Residen-residen Inggeris. Namun, kebanyakan mereka adalah dari kalangan pembesar Melayu yang berpengaruh. Nama-nama mereka pula tidak penting untuk disebutkan dalam konteks ini.
Setelah lebih 300 tahun dalam kelambu penjajahan Inggeris, pemikiran orang Melayu berada pada tahap kebergantungan yang tinggi terhadap Inggeris. Malah, ada orang Melayu pada waktu itu yang mempercayai bahawa hanya orang Inggeris sahaja yang mampu menjaga mereka.
Melayu pada ketika itu tidak ambil kisah dengan kehadiran imigran asing dari tanah besar China dan benua kecil India ke negeri mereka, ia kerana orang Melayu ketika itu berasa cukup selesa dalam ‘jagaan’ orang Inggeris.
Semasa zaman pendudukan Jepun, ada juga sebilangan besar orang Melayu yang sangat berharap supaya Inggeris segera kembali ke Malaya untuk menyelamatkan mereka daripada kekejaman Jepun. Dalam minda orang Melayu ketika itu hanya berkisar mengenai orang Inggeris itu lebih baik daripada orang Jepun. Juga berfikiran bahawa hanya orang Inggeris yang tahu bagaimana cara untuk menjaga mereka dengan baik. Kalau tidak percaya, tanyalah kepada datuk-nenek dan moyang anda yang masih hidup.
Jika mengikut kepada perjanjian beberapa negeri Melayu Bersekutu dengan Inggeris sebelum kemasukan Jepun, ia mensyaratkan bahawa Inggeris akan menjalankan urusan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan menjaganya selagi ada bulan dan matahari.
Namun, selepas kemasukan Jepun yang berjaya mengusir Inggeris, perjanjian itu secara termanya sudah terbatal dengan sendiri kerana Inggeris tidak menjaga negeri-negeri Melayu sebagaimana yang dipersetujui dalam perjanjiannya dengan raja-raja Melayu di negeri-negeri Bersekutu. Perjanjian terbatal kerana Inggeris gagal menjaga negeri-negeri Melayu daripada ancaman Jepun.
Disebabkan ada proksi-proksi yang dilantik Inggeris di kalangan orang Melayu, maka sentiment kebergantungan terhadap Inggeris berjalan rapi meskipun Jepun sedang menjajah Malaya ketika itu. Ia ibarat bernikah dengan orang lain (Jepun) tetapi hati mencintai orang lain (Inggeris), itulah yang dialami sebilangan orang Melayu semasa Jepun menduduki Malaya.
Inggeris sedar secara teknikal bahawa perjanjian itu telah terbatal dengan sendirinya sebaik sahaja mereka gagal mempertahankan Malaya daripada kemasukan Jepun. Pelbagai taktik digunakan untuk menjadikan orang Melayu kembali bergantung harap secara serius terhadap Inggeris termasuk berusaha membuat perjanjian yang baru dan mencipta ancaman-ancaman baru kepada orang Melayu.
Perjanjian yang baru itu ialah Malayan Union bagi memastikan seluruh Malaya berada di bawah kekuasaan Buckingham secara total melainkan hanya Melayu dan Islam sahaja yang berada di bawah subjek raja-raja Melayu.
Selain itu, ideologi komunis tiba-tiba mengganas di Malaya sehingga orang Melayu buntu memikirkan bagaiman acara untuk mengekang kekejaman komunis. Mahu tidak mahu, Melayu perlu bergantung harap kepada Inggeris untuk memerangi komunis.
Pengganas Komunis Malaya
Adakah komunis itu ditaja Inggeris bagi memastikan orang Melayu terus bergantung harap kepada Inggeris dan demi menjayakan Malayan Union? Kebarangkalian itu sangat hampir kerana communist internationale
juga lahir dari idea seorang Mason. Komunis digunakan untuk mencapai cita-cita demokrasi dunia. Apabila komunisme ditolak, maka kapitalisme dan demokrasi akan dipilih. Mereka menawarkan ubat kepada Melayu. Ubat itu adalah demokrasi.
Kita sibuk menentang Malayan Union dan juga sibuk memerangi komunis, di sebalik kesibukan itu, negara haram Zionis dibina di Palestin tatkala kita sedang sibuk memerdekakan tanah air. Ketika itu jugalah, proksi-proksi baru ramai dilantik di kalangan komunis dan di kalangan orang Melayu. Malaysia juga terus sibuk menyelesaikan ancaman komunis sehingga 1989.
Penentangan Malayan Union
Proksi-proksi itu terus dilantik dan dijaga oleh Mason sehingga hari ini, dan berhubungan rapat pula dengan entiti-entiti Mason seperti National Endowment for Democracy dan sebagainya yang dipantau oleh pertubuhan-pertubuhan Masonic.
Demikian adalah rentetan ringkas bagaimana Mason merencanakan huru hara di Malaya dan sehingga Malaysia kini. Mereka mahu kita bergantung kepada mereka melalui proksi-proksi mereka. Proksi komunis masih ada di Malaysia, begitu juga dengan proksi Mason. Andai komunis sekali lagi mencetus huru hara, kita mungkin akan jatuh ke kancah kebergantungan mengharapkan bantuan seperti separuh abad yang lalu.
Kini, Masons berbangga kerana mempunyai seorang proksi terbaik di Malaysia. Proksi yang memiliki jumlah pengikut yang sangat taksub terhadapnya sehingga menolak segala kewarasan demi perjuangan yang dinamakan politik baru yang diperbaharui. Biarpun datang pelbagai petunjuk daripada Allah, petunjuk kebenaran itu tetap dinafikan oleh para pengikut taksub sang proksi ini.
New Politics, New Order, New World.
THE BEST zion PROXY in Malaysia
MINDA sebilangan rakyat Malaysia dikawal rapi oleh proksi The Hidden Hand (THH), itu adalah satu kenyataan. Proksi ini adalah tokoh politik yang paling berjaya dalam mengawal minda para pengikutnya walaupun tidak majoriti, dia juga berjaya menutup segala potensi yang boleh membawa pemikiran semua pengikutnya daripada titik wajar kepada titik yang tidak wajar.
Mind Game adalah kepakarannya sehingga membuatkan seluruh proksi lain menjadi takjub melihat kebolehannya mengemudi minda para pengikutnya yang semakin hilang kewarasan terhadap sebarang pertimbangan yang tidak menyebelahinya.
Dia faham pola pemikiran orang Melayu, dia faham mengenai segala kelemahan yang ada dalam kotak minda orang Melayu, dia juga faham paten persepsi yang memandu kewarasan pemikiran orang Melayu yang akan menjadi pembelanya yang paling tegar, dan dia juga faham mengenai pemikiran orang-orang yang mahu menentangnya.
Proksi Melayu ini mungkin adalah yang terbaik bagi sang THH. Proksi terbaik dari kalangan semua proksi yang berada di negara-negara sedang bergolak, cuma bezanya negara ini (Malaysia) masih belum bergolak sebagaimana negara-negara terbabit. Dikatakan terbaik itu ialah, dia tidak seperti proksi-proksi lain yang mengaku apabila tembelangnya terbongkar dan masih mampu mengawal kewarasan para pengikutnya walaupun tembelangnya jelas terbongkar. Dia mungkin sekali proksi terbaik.
Kerjasama Pelampau Cina
Kewujudan proksi ini tidak lebih daripada menjerumuskan Tanah Melayu ke kancah neo-imperialism yang bersistem dunia baru. Neo-imperialism ini pula berselindung dalam wajah-wajah pertubuhan dunia, antaranya International Monetary Fund (IMF), National Endowment for Democracy (NED) dan beberapa lagi, sekadar menyebut beberapa nama yang mempunyai kaitan rapat dengan dana Zionis.
Pertubuhan-pertubuhan yang berada di bawah lidah George Soros itu mempunyai agenda besar. George Soros, pemusnah nilai mata wang dan penjahanam ekonomi dunia pada dekad akhir 1990-an itu mempunyai pertalian Yahudi Zionis dan mempunyai cita-cita besar dalam konteks yang hanya difahami oleh Zionis.
Selain Soros, banyak nama lain seperti William Cohen, Madeline Albright, James Wolfensohn yang mempunyai kaitan Zionis turut ada jaringan kerjasama dengan proksi ini. Untuk memetik banyak keterangan perkaitan proksi itu dengan nama-nama tersebut memerlukan banyak helaian yang berjela-jela panjangnya meskipun dokumen mengenainya tampil dengan pelbagai keterangan yang sukar dijawab oleh proksi itu sendiri. Untuk kali ini, kita hanya melihat perkaitan proksi ini dengan Soros. Manakala Soros pula jelas berpihak kepada keuntungan Zionis.
Pada akhir dekad 1990-an iaitu sekitar 1997 dan 1998, Soros bertindak menjahanamkan ekonomi beberapa buah blok negara melalui spekulasi mata wang. Akibatnya, blok-blok negara di seluruh dunia termasuk blok ASEAN mengalami kesan kejatuhan ekonomi yang teruk. Di blok ASEAN, Indonesia dan Malaysia mengalami kesan paling buruk.
“if you build a playground, the children will play. if you give them guns, they will shoot themselves”
Keadaan menjadi lebih buruk apabila Indonesia menerima tawaran pinjaman daripada IMF bagi tujuan memulihkan ekonomi. Dalam dasar kapitalis, wang mampu melakukan segala-galanya termasuk memulihkan ekonomi. Namun, pinjaman wang daripada IMF menjadi kesilapan buat Indonesia apabila menanggung bebanan hutang beserta faedah dalam tempoh yang sangat lama. Selama menanggung hutang, Indonesia terpaksa akur kepada segala kehendak IMF yang mahu wangnya dikembalikan, IMF masuk campur dalam hal ehwal ekonomi kerana kononnya mahu memastikan hala tuju ekonomi republik itu dipandu dengan baik bagi membolehkan wangnya dikembalikan.
Pencipta Krisis
Malaysia juga mungkin terjerumus dalam bebanan hutang IMF. Badan tabung kewangan dunia itu bagaimanapun terpaksa akur dengan pendirian Malaysia untuk menangani krisis ekonomi dengan kaedah tersendiri tanpa campur tangan pihak asing. Dalam masa yang sama, IMF tetap mengintai peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai subjek dalam senarai Receivable Accounts mereka. Malaysia juga ada ‘pencadang’ yang mencadangkan negara ini menerima tawaran pinjaman IMF.
Hasil kerja tangan Soros dalam menjahanamkan ekonomi dunia pada lewat 1990-an adalah sampel terbaik untuk kita menilai niat jahat seorang manusia berdarah Yahudi campuran itu. Contoh Soros ini diambil kerana ia mungkin contoh terbaik sebelum kita melihat kepada benang halus yang melingkari proksi terbaik ini.
Nilai matawang jatuh merudum
Kejatuhan ekonomi dunia pada dekad itu adalah contoh terbaik untuk kita menilai niat sebenar Soros dalam memastikan seluruh dunia berada dalam belenggu hutang yang mengikat segala kemampuan perkembangan ekonomi sesebuah negara daripada terus berkembang, bebanan hutang terhadap IMF atau terhadap negara-negara lain akan membuat sesebuah negara penghutang (debtor) itu sukar untuk maju dan stabil secara ekonomi, malah terpaksa akur terhadap negara pemiutang dalam sebarang keputusan ekonomi. Lihatlah saudara kamu di Indonesia.
Negara penghutang terpaksa akur kepada negara pemiutang dalam membuat sebarang keputusan ekonomi kerana negara pemiutang itu mahu wang mereka dikembalikan. Keadaan yang tercipta adalah tidak berbeza dengan penjajahan, tetapi dalam bentuk skim baru. Andai ada di kalangan kita yang mengatakan Soros itu tidak sejahat yang disangka atau ada pula yang menganggap Soros sebagai wira ekonomi dunia, sila jelaskan.
Untuk melihat kewujudan proksi Melayu ini dalam kedunguan politik Malaysia, kita wajar melihat siapa Soros terlebih dahulu. Soros adalah penyangak yang menjahanamkan ekonomi banyak negara pada ketika itu. Selepas ekonomi banyak negara telah tumbang disebabkan oleh tangan Zionis itu, maka Soros menawarkan ubat iaitu pinjaman melalui IMF seperti dalam kisah kemelut ekonomi dunia pada 1997 dan 1998.
Soros juga adalah individu berhati Zionis yang menyumbangkan dana kepada golongan-golongan pelampau dan pemberontak di beberapa buah negara. Malah, NED yang dibayangi Soros juga secara rasmi membuat beberapa kenyataan umum mengenai peranannya menyediakan dana kepada beberapa siri pemberontakan di Asia Barat sehingga mencetuskan huru-hara yang bersistematik dan risiko pemberontakan itu cukup terhitung dengan kemas dan baik.
Semasa kemelut ekonomi dunia, Malaysia hampir diseret ke kancah hutang IMF. Misi NED dalam mewujudkan huru-hara di beberapa buah negara di dunia adalah satu usaha yang serius. Ia adalah satu usaha untuk menjulang ‘demokrasi baru’ melalui ‘politik baru’ dalam ‘dunia baru’. Malaysia juga sedang menuju ke arah kehancuran itu kerana proksi itu mempunyai perancangan yang lebih dahsyat pada masa akan datang.
“Let them themselves pull the trigger.”
Kekacauan tidak menguntungkan sesiapa dalam sesebuah negara. Kesan dalam tempoh yang panjang akibat kekacauan itu pula lebih merugikan. Apabila sesebuah negara menghadapi kekacauan atau huru hara, maka pertumpahan darah akan berlaku kerana masing-masing mahu menjaga survivalmasing-masing. Itu adalah peraturan survival yang didasari kepentingan diri. Dalam konteks ini, proksi itu lebih mementingkan survival politiknya.
Untuk melihat proksi ini, kita harus melihat Soros, Cohen, Albright dan Wolfensohn kerana proksi itu berada di belakang mereka semua. Nama-nama itu sentiasa membayangi setiap tindak tanduk proksi Melayu itu. Apabila ada orang yang mahu menjahanamkan proksi itu, maka musuh proksi itu akan sentiasa dihimpit para ejen Zionis dan sebilangannya pula terpaksa lari ke luar negara.
Siapakah proksi terbaik itu. Teka-teki ini akan terjawab dengan sendiri apabila semua pengikut taksub mula menangis menyesali setiap perbuatan mereka dalam menjerumuskan negara sendiri ke tangan orang yang tidak sepatutnya.
Apabila timbul huru-hara akibat kedunguan pengikut taksub itu yang gagal berfikir dengan waras setelah pelbagai keterangan dan bukti datang daripada pelbagai sudut, aku tidak akan teragak-agak untuk kembali ke negara ini bersama orang-orangku dan memerangi pengikut-pengikut taksub itu sekiranya mereka gagal memperbetulkan setiap kesalahan mereka semasa bersama memperjuangkan perjuangan sia-sia sang proksi itu.
- CRUDGEL
matlamat mereka menawarkan NWO
sebagai jalan keluar dari masalah
Selamat menuju era baru kolonial baru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment