PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, December 17, 2011
Demokrasi Melarang Campur Tangan Agama dalam Politik dan Negara
ARRAYAH.INFO, Kazakhstan, 30 September 2011 - Penguasa diktator Kazakhstan pada tarikh 22 September 2011 telah mengeluarkan undang-undang yang bermaksud melarang melakukan solat di jabatan-jabatan pemerintah, serta melarangan melakukan penyebaran syiar Islam di mana-manapun tempat-tempat milik pemerintah.
Pemerintah Kazakhstan menyatakan bahawa undang-undang ini berlaku juga bagi Angkatan Tentera Bersenjata dan Pasukan Polis. Sehingga berdasarkan undang-undang ini lengkap sudah penutupan semua masjid dan tempat-tempat pelaksanaan solat di semua tempat milik pemerintah tersebut.
Perlu diketahui bahawa pada tahun lalu penguasa diktator Kazakhstan melalui Jabatan Kehakiman telah mengeluarkan keputusan yang berupa larangan membawa dan menyebarkan 207 artikel media, termasuk buku, majalah dan sejumlah surah dari Al-Quran yang menyerukan pada “ekstremisme”.
Sementara pada tahun 2009 penguasa diktator Kazakhstan juga mengeluarkan undang-undang yang melarang perempuan memakai pakaian sesuai ketentuan syariah, seperti jilbab dan tudung.
Ketika itu, Menteri Pendidikan dan Sains Kazakhstan, Zhanseit Tuymenbaev melakukan pembelaan terhadap undang-undang tersebut dengan mengatakan bahawa "Mengenakan hijab menunjukkan bahawa individu itu sedang menganut keyakinan tertentu. Sementara Kazakhstan adalah negara demokrasi sekular."
Dengan demikian, menampakkan sekularisme dan demokrasi, serta menerapkan dan mendakwahkannya tidak dianggap menganut keyakinan tertentu menurut pandangan rosak Menteri Pendidikan Kazakhstan! Padahal semua tahu bahwa sekularisme dan demokrasi adalah keyakinan kufur yang memusuhi agama, serta memaksa dan menzalimi manusia. Undang-undang dan berbagai keputusan yang diambil oleh Kazakhstan sebagai negara demokrasi sekular adalah bukti nyata bahawa negara itu pemuja ideologi kuffur.
Para penguasa Kazakhstan sebagaimana para penguasa di semua Republik Asia Tengah, serta para penguasa Rusia yang sebelumnya telah mengadopsi komunisme tidak berbeza dengan para penguasanya yang mengadopsi demokrasi dan sekularisme setelah runtuhnya Kesatuan Soviet.
Sebab permusuhan kedua ideologi itu sama terhadap Islam. Komunisme menyeru pada atheisme di samping menyeru pada demokrasi. Sedang kapitalisme menyeru pada sekulerisme kehidupan, terutama dalam bernegara dan politik, dengan nama pemisahan agama dari kehidupan di samping juga menyeru pada demokrasi. Kerana sekulerisme itu melarang campur tangan agama dalam bernegara dan berpolitik, maka hal ini sama dengan ateisme komunis yang mengingkari keberadaan agama dalam negara, politik dan masyarakat.
Begitu juga halnya dalam praktik, prosedur dan keputusan adalah sama dengan ateisme, sebab sekulerisme membatasi agama hanya dalam hati nurani individu, seperti ibadah, keyakinan serta beberapa praktik keagamaan yang jauh dari negara, politik dan sistem kehidupan.
Oleh kerana itu kami melihat dan percaya bahawa kaum Muslim yang ingin konsisten dengan ajaran agama mereka, akan mengalami tekanan dan penganiayaan di semua negara yang mengadopsi demokrasi dan sekularisme.
Adapun demokrasi kedua ideologi itu berbeza. Demokrasi komunisme mengatakan bahawa kelas pekerja bawahan adalah pihak yang mewakili rakyat, maka merekalah yang membuat perlembagaan dan memimpin negara.
Sementara demokrasi kapitalisme secara ringkas mengatakan bahawa kelas pemilik modal adalah pihak yang mewakili rakyat, maka merekalah yang membuat perlembagaan dan memimpin negara.
Sedang dalam Islam diharamkan memberikan hak pembuatan perlembagaan dan kepemimpinan negara pada kedua pihak tersebut. [HT/arrayah.info/abuidris]
Sumber: Pejabat Berita Hizbut Tahrir, 29/9/2011.
You might also like:
Jalan Perubahan Tanpa Pilihanraya Demokrasi Sekular
Demokrasi Menyebabkan Umat Disesatkan dari Jalan Allah
Negara Islam Tidak Boleh Tertegak Melalui Demokrasi
Bolehkah Negara Islam Tertegak Melalui Demokrasi?
Selamatkan Perempuan dari Jeratan Demokrasi dan Kapitalisme
LinkWithin
Posted by abu idris at 11:30:00 PM 1 comments Links to this post
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook
Labels: Agama, Asia, demokrasi, Kazakhstan, Negara, News, politik
Reactions:
Khamis, 29 September 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment