PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Saturday, December 17, 2011
kau Shafie atau Wahabi?
Wahabi%20Myth2
kampung aku ada dua buah masjid, jarak antara satu masjid dengan sebuah masjid yang lain taklah jauh sangat
so dalam erti kata lain, orang kampung ada dua pilihan, sama ada nak pergi ke masjid A atau ke masjid B
namun dulu aku hairan juga, kenapa keluarga aku lebih suka ke masjid B tetapi tidak ke masjid A?
” Kita ikut mazhab Shafie…Masjid A tu masjid ‘orang muda’ Ril, kekadang rasa macam pelik kalau sembahyang kat sana, kalau Subuh depa tak baca qunut, orang masa sembahyang Jumaat azan dua kali tapi depa sekali ja, talqin pun depa tak mau baca bila dah kebumi mayat…tu yang malas nak pi masjid A ni, ” kata salah seorang saudara aku
mula-mula aku pelik juga, dalam hati ada gak berkata-kata, masjid A ni amal ajaran sesat ka?
bila aku dah semakin membesar baru aku tahu apa yang dimaksudkan dengan aliran ‘orang muda’ ni atau lebih popular dengan nama Wahabi
aliran Wahabi diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab di Arab Saudi pada 1701 dan ia popular di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania
Di Malaysia, ia dikembangkan oleh tokoh-tokoh Kaum Muda yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah sebelum kemerdekaan negara pada tahun 1957
asas-asal fahaman aliran ini dikembangkan daripada pandangan-pandangan Ibnu Taimiyyah – tokoh pembaharuan Islam pada abad kelima selepas kewafatan Nabi Muhammad – yang membawa idea menyucikan agama dengan kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah, menggalakkan ijtihad dan menolak bid’ah dan tahyul dalam agama
aku menulis pasal entry ni kerana sekarang di Perlis kecoh bila dua imamnya diberhentikan kerana dikatakan tidak mengamalkan aliran Wahabi, for ur info, Perlis lain sikit, depa memang kuat dengan aliran ‘orang muda’ berbanding negeri lain kat Malaysia ni
apapun aku harap orang-orang kuat agama seperti mufti, pensyarah, Jakim atau badan agama negeri-negeri kena banyakkan bincang dan keluarkan satu ketetapan berhubung isu aliran dan fahaman yang dah mula orang dok kalut sekarang
jangan bagi orang kita keliru…perbezaan bab-bab fekah ni bagi aku tidak boleh dibiarkan tanpa ada satu jawapan yang meyakinkan
orang Melayu di negara ini dah berpecah kepada banyak puak hanya kerana politik, jangan pula orang Melayu berpecah sekali lagi disebabkan kegagalan untuk memahami mazhab dan aliran seperti ini
so soalannya ialah, ko Shafie atau Wahabi?
wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment