Sunday, December 18, 2011

Mengubati Mulut Celupar Postby khaulah_insyirah on Thu Oct 08, 2009 11:10 am Adakah anda sedar anda bermulut celupar? Pernahkah anda berusaha untuk berubah tetapi tidak berjaya? Artikel ini membincangkan teknik mengubati penyakit mulut celupar daripada Al-Quran, khusus untuk mereka yang berniat untuk berubah, Insya Allah. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan. Petua ini berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar. Pertama, nabi menyuruh diam. Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa nabi pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.” Kemudian, nabi menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita. Menurut sahabat Ibnu Umar, nabi pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati. Berhubung dengan zikir, menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan, “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. Kedua-dua kalimat itu adalah ’subhanallah wa bihamdihi’ dan ’subhanallah hil azim’.” Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’ Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca “subhanallah wabihamdihi” 100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan. Ketiga, sahabat Huzaifah r.a. pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang keburukkan yang ada pada lisannya. Maka Rasulullah bersabda, “Bagaimanakah engkau dengan istighfarmu wahai Huzaifah? Sesungguhnya aku beristigfar kepada Allah s.w.t.seratus kali setiap hari.” Istighfar bermaksud memohon ampun. Ucapan istighfar yang dimaksudkan adalah sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, “Astaghfirullahazim” disertakan “perasaan menyesal” di dalam hati. Jika nabi yang maksum dan yang baik tutur kata beristighfar kepada Allah sebanyak itu, bagaimana pula agaknya jumlah kuantiti istighfar orang yang mempunyai penyakit lisan? Wallahu’alam. Selamat mencuba :) Bukan aku tak tahan dengan ujian Mu ya Allah, hanya nak mengadu pada Mu tempat aku kembali nanti.... .:: HaRuMaN MaWaR ::. User avatar khaulah_insyirah Ahli Emeritus Ahli Emeritus Posts: 1720 Joined: Wed Jun 08, 2005 4:44 pm Location: ardhullah Top Re: Mengubati Mulut Celupar Postby WARIS on Thu Oct 08, 2009 11:25 am Bagus artikel ni khaulah....tambah lah lagi.... Sebab tu selepas sembahyang di sarankan baca Subhanallah 33x...Walhamdulillah 33x ...Allahuakhbar 33x... InsyaAllah dosa akan diampunkan...itula janji2 Allah swt... Mulut celupar...mulut jahat...mulut busuk ...melambangkan situasi hati si mulut tersebut.... Kalau orang yg suka berzikir...kalau terkejut dia akan spontan sebut Allahuakhbar.... Tapi kalau org yg hatinya maksiat....terkejut dia akan sebut P*K* MAK.... :P Orang yg hatinya tak maksiat...bila marah dia akan sebut Astagfirullah atau masyaAllah... Bukan dengan sebut...BABI, P*K* MANG HANG....KAFIR LAKNAT NKO...CELAKA NKO... Orang camni kalau beri dakwah pun kita akan rasa keliru dan was-was nak terima dakwahnya...sbb hatinya dan mulutnya pun dia sendiri tak terdakwah... Tak gitu... :D Maaf...kalau rasa sakit tu MAKAN UBAT... :P WARIS Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..! Sila layari: http://enwaris.blogspot.com/ WARIS Ahli Kehormat Ahli Kehormat Posts: 9331 Joined: Wed Dec 28, 2005 4:03 pm Top Re: Mengubati Mulut Celupar Postby ABU SIRR on Sat Nov 14, 2009 12:00 pm Image Image Kebaikan Diam Oleh: zulikhwan "NABI Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah ke dunia ini bagi membawa dan menunjukkan teladan baik dan murni bagi menjadi ikutan umat manusia. Allah berfirman bermaksud : “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” [Al-Ahzab : 21] Al-Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah s.a.w dapat di teladani dalam beberapa aspek termasuk salah satu daripadanya adalah dalam aspek perkataannya. Baginda menjadi ikutan sebagai insan yang berbicara sesuatu dari hati nuraninya yang ikhlas. Baginda tidak berbicara dan berkata sesuatu yang tidak diperlukan, apatah lagi menuturkan sesuatu yang sia-sia. Baginda berbicara tentang sesuatu yang mempunyai hubungan dengan kepentingan umat dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Baginda sentiasa jujur dan benar. Rasulullah s.a.w berpesan bahawa sesiapa yang beriman dengan Allah s.w.t dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik atau diam saja. Di sini jelas antara perbuatan mulia yang disarankan oleh Baginda adalah supaya diam. Ulama tasawwuf juga menyarankan kita agar lebih banyak mendiamkan diri atau mengurangkan percakapan yang tidak berkaitan dan perkataan yang sia-sia supaya lidah tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh membawa bencana. Rahsia yang tersembunyi disebalik bersikap diam adalah meningkatkan tahap pemikiran, mengajar jiwa agar lebih warak dan mendekatkan diri kepada sifat takwa. Rasulullah s.a.w ketika menjawab pertanyaan Uqbah bin Amir mengenai perkara yang boleh menyelamatkan diri pada hari akhirat, dengan bersabda bermaksud : “Tahanlah lidah daripada berkata yang tidak sepatutnya, selesakanlah rumahmu dan menangislah diatas dosa-dosamu." Sabda Baginda lagi : “Seseorang hamba itu tidak bertakwa dengan sebenar-benar takwa kepada Tuhannya sehingga dia menjaga lidahnya." Diriwayatkan oleh Abu Naim Al-Asfahani, daripada Ibrahim bin Adham, Luqman Al-Hakim berkata kepada anaknya : "Hai anakku! Bahawasanya seorang lelaki dia akan terus bercakap hingga dia dikatakan bodoh, sedangkan dia bukanlah seorang yang bodoh. Dan seorang lelaki dia akan terus berdiam diri, hinggalah dia dikatakan seorang yang sopan santun, sedangkan dia bukanlah begitu." Kata Luqman lagi : “Barangsiapa yang tidak berbincang akan menyesal, barang siapa yang duduk bergaul dengan ulama akan menjadi alim dan barang siapa yang kurang percakapan kesihatannya akan berkekalan.” Dalam hal diam, al Imam Syafie berpesan : “Banyak orang berkata : "Mengapa engkau diam padahal engkau dimana padahal engkau dimusuhi?" “Aku katakan kepada mereka, menganggap sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila adalah kebajikan jiwa. “Dalam sikap diam juga ada penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu menyalak”. Al Imam Syafie berkata lagi : “Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tidak ada untungnya, paling tidak aku tidak rugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.” Pena Da'ie Image

No comments:

Post a Comment