Friday, December 16, 2011

Niat Licik Disebalik Tuntutan Penggunaan Nama Allah (Bhg 1) Pihak kerajaan kini sedang berhadapan dengan dua saman dari dua kumpulan Kristian kerana mengharamkan penerbitan Kristian yang menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada tuhan. Pada Disember 2007, Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan penerbitan akhbar Roman Catholic, The Herald kerana menggunakan istilah Allah untuk merujuk kepada tuhan. Kes ini menunggu pembacaaan pada Februari 27hb, 2009. Anihnya, pertubuhan Sikh, Malaysian Gurdwaras Council (MGC) turut masuk campur. Sidang Injil Borneo dilarang membawa masuk bahan cetak terbitan asing yang serupa pada Ogos 15, 2007. Walaupun bahan-bahan tersebut telah dikembalikan atas budi bicara pihak berkuasa, SIB telah mendaftarkan saman mahkamah pada Januari 16hb, 2008. Tarikh mahkamah terbaru adalah bulan Disember ini. Semasa perayaan Krismis baru-bari ini, Perdana Menteri telah menerima jemputan perayaan dari Christian Federation of Malaysia (CFM). Dalam Majlis tersebut, Naib Pengerusinya, Reverend Eu Hong Seng mengulang tuntutan tarikbalik pengharaman penerbitan Bible Bahasa Melayu yang dibuat di bawah Seksyen 22 Akta Keselamatan Dalam Negeri. Kesemua ini menampakkan kesungguhan mereka untuk menggunakan Allah dan kalimah Islam dalam penerbitan dan Bible Bahasa Melayu. Pada mulanya mereka merayu, kemudian menuntut, bertambah hari mendesak, dan akhirnya menjadi saman mahkamah. Mereka sedia mencampur adukkan agenda mereka dengan politik kepartian dan menggunakan rangkaian gereja untuk menentang kerajaan. Pendirian kerajaan diputarbelit dan digembar-gemburkan oleh pertubuhan-pertubuhan aktivis ugama dan undang-undang sebagai penafian hak berugama. Adakah ini soal hak kebebasan berugama? Adakah amalan ugama Islam di Malaysia menafikan hal berugama agama lain? Seorang penyumbang Forum MyKMU yang bernama samaran Andak telah membuat satu analisa panjang mengenai isu ini. Analisanya mengenai isu ini telah disunting dan disiarkan bersiri. Menurutnya, ini bukan soal hak. Umat Islam di Malaysia tidak pernah mempersoalkan hak pihak Gereja untuk menggunakan kalimah 'Allah'. Penggunaan Allah sebagai merujuk kepada tuhan diperakui telah diamalkan oleh gereja di sebelah Malaysia Timor. Pihak gereja dan pertubuhan Kristian mempunyai niat licik dalam menuntut penggunaan istilah Allah. Walaupun penganut Kristian berbangsa Arab menggunakan istilah itu, ramai pendita Kristian berpendapat penggunaan kalimah Islam untuk amalan Kristian adalah bersalahan. Andak berpendapat tujuan mereka, tidak lain dan tidak bukan, untuk mengelirukan dan memurtadkan umat Islam yang kurang pengetahuan agama di Malaysia. Ini adalah melanggar peruntukan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan dalam hal kebebasan berugama. 1. Adakah Tiada Wujud Istilah Lain Untuk Diguna? Pihak Gereja bebas untuk menggunakan istilah Inggeris seperti 'God', 'Lord' dan 'Father'. Jika tiga istilah berkenaan masih belum cukup, maka pihak Gereja masih boleh menggunakan istilah Bahasa Melayu seperti 'Ilahi' dan 'Tuhan'. Adakah pihak Gereja menganggap bahawa penganut-penganut Kristian di kalangan Bumiputera, terutamanya di Sabah dan Sarawak, terlalu jumud, jahil dan bodoh sehingga tidak berupaya memahami istilah Melayu seperti 'Tuhan'? Adakah pihak Gereja menganggap sebarang doa yang menyebut istilah 'Tuhan' tidak akan dimakbulkan, tetapi doa dengan kalimah 'Allah' boleh? Adakah pihak Gereja mengajar penganut-penganut mereka bahawa Tuhan bukan Maha Mengetahui dan tidak faham doa yang menggunakan istilah 'Tuhan'? Seorang pembaca Malaysiakini, Fathima Idris mempersoalkan tindakan bermuka-muka pihak Gereja yang beriya-iya mengatakan kalimah 'Allah' adalah istilah umum, tetapi tidak pula mahu menggunakannya dalam terbitan berbahasa Inggeris, Tamil dan Cina: … if Allah is a general word then why does Herald use the word “Allah” only in its Bahasa Malaysia section? Why not refer to God as Allah in their English, Tamil and Chinese sections the same way the Arab Christians refer to God? Clearly this is being done to proselytise to Muslims, which is clearly against the constitution. This is why Muslims oppose it. 2. Memudahkan Murtad Ketika umat Islam di Malaysia leka dengan 'perjuangan' politik hingga mengabaikan tuntutan dakwah, mubaligh-mubaligh Kristian bersungguh-sungguh menjalankan aktiviti pemurtadan orang-orang Islam. Projek mubaligh Kristian di bawah Joshua Project kelolaan kumpulan U.S. Center for World Mission telah dengan teliti memprofailkan masyarakat Malaysia. Penggunaan nama Allah adalah taktik memurtadkan umat Islam. Arbibi Ashoy menulis di Malaysiakini bahawa taktik yang sama yang diguna oleh Gereja Katolik di Indonesia digunakan di Malaysia, berikut: There is suspicion that the Catholic Church in Malaysia is using the same tactic used by the Dutch Catholic missionaries in Indonesia. Since Islam came to Indonesia at an earlier period and the Indonesians had already embraced Islam, the Dutch missionaries used phrases common in Islam in order to attract Muslims in Indonesia by making them feel familiar and comfortable with Christianity. These included the use of terms like ‘Allah’, ‘Baitulmal’, ‘rezeki’, ‘al-Masih’, etc. Tambahnya lagi, niat jahat Gereja Katolik ini dibenci oleh penganut agama lain dan tidak disenangi oleh penganut Kristian sendiri. Baca berikut: In Malaysia, on the other hand, the British, who are Protestants, did not engage in proselytising and left the Malay sultans to handle issues of religion. The fact is that proselytising amongst Muslims is banned in Malaysia. Actually, proselytising by Catholics has offended many which is why it is also banned in many Christian Orthodox countries like Greece. Proselytising by Catholic Christians towards Orthodox Christians became a source of enmity in the past that eventually led to the adoption of the Balamand Declaration. Perhaps in Malaysia, Christians and Muslims should adopt something like the Balamand Declaration and agree on the use of terminology for each religion. Mubaligh-mubaligh Kristian mengakui keberkesanan buku-buku yang ditulis dalam bahasa Melayu, berikut: In December 1981 the government imposed a ban on the sale and distribution of the Alkitab (Bible) and the Perjanjian Baru (New Testament). Both publications of the Christian scriptures in the Indonesian language, which bears close similarities with the Malay language, had been imported from Indonesia since the mid-1970s. They were extremely popular with the younger generation of Malaysian Christians who have been educated largely in the Malay language. - Christian Mission in Malaysia: Past Emphasis, Present Engagement & Future Possibilities Dari tulisan di atas, siapakah yang dimaksudkan sebagai “younger generation of Malaysian Christians who have been educated largely in the Malay language”? Iban? Kadazan? Yang pasti, termasuklah Melayu sendiri! Sejak tahun 1985, gereja-gereja di Malaysia yang sering bercanggah pendapat antara satu sama lain telah mengenepikan persaingan antara mereka untuk bersepakat dalam memperjuangkan penggunaan kalimah 'Allah'. Bible Society of Malaysia melaporkan berikut: The Use of “Allah” In respecting the unanimous decision of the Heads of Malaysian Churches both in the 1985 meeting (sponsored by the Bible Society of Malaysia) as well as in the 1989 Kuching Consultation of the Heads of Churches (sponsored by the Christian Federation of Malaysia) for keeping the name ‘Allah’, BSM as the servant of the Malaysian churches felt obliged to honour that decision. Keputusan sebulat suara ini bukan sesuatu yang sukar difahami kerana penggunaan kalimah 'Allah' memang jelas adalah strategi mubaligh Kristian untuk memurtadkan umat Islam. Strategi tersebut dinyatakan oleh kumpulan Internet Evangelical Coalition di laman web People of the Book, berikut: We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be totally misunderstood by most Christians and Muslims. Of course, the Scriptures are the ultimate authority in everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. Bersambung ... Bhg 2 Dicatat oleh Pesanan Keramat di 12/29/2008 04:00:00 PM

No comments:

Post a Comment