PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Thursday, December 15, 2011
Parti FATAH yang tewas ditangan HAMAS dalam Pilihanraya Umum 2006, masih diiktiraf “kerajaan”nya oleh Amerika, Israel dan Kuasa-kuasa Besar hingga ke hari ini. Apakah erti “D.e.m.o.k.r.a.s.i” seperti ini pada Barat sebenarnya ? Kelihatan “Presiden” Mahmud Abbas (tengah) yang telah lama tamat tempoh bersama “kerajaan Fatah” pimpinan Fayyadh yang telah tewas pilihanraya masih beroperasi di sana sini dan dilayani oleh Kuasa-kuasa Besar, pimpinan Arab dan negara-negara di dunia.
Ahli Parlimen Ikhwan Muslimin di Mesir.
Pertandingan dalam Pilihanraya Umum Mesir pada November ini adalah salah satu bentuk tarbiyah, dakwah dan perjuangan sedang perjuangan di bumi Mesir mempunyai ciri-ciri khususnya yang tersendiri berbanding dengan negara-negara umat Islam yang lain. Ini termasuk :
Mesir adalah negara Arab yang terbesar (jumlah penduduk 80 juta) an yang terkuat disegi ketenteraan seperti yang disabdakan oleh Nabi saw, ” Jika Allah membuka Mesir untuk kamu (umat Islam), ambillah dari Mesir itu tentera-tentera, kerana tentera tersebut adalah sebaik-baik tentera di muka bumi”, dan seperti yang tercatat dalam sejarah Islam dimana Tentera Salib menang di Syam tetapi tewas di tangan tentera Mesir dalam Perang Al-Hittin. Tentera Monggol mara dan menang di Baghdad dan bumi Syam tetapi tewas juga ditangan tentera Mesir di Ain Jalut. Israel juga tewas di tangan tentera Mesir pada 6 Oktober 1973.
Negara Mesir terletak bersempadan dengan negara haram “I.s.r.a.e.l” yang menjadi pusat kepada projek Kuasa-kuasa Besar Dunia. Banyak tenaga, fikiran, wang dan nyawa musuh-musuh Islam telah, sedang dan akan dicurahkan kepada projek pembinaan negara asing ini sedang Mesir adalah negara umat Islam yang paling hampir dan mampu untuk mengalahkan tentera Israel, sekaligus menggagalkan segala cita-cita dan impian Kuasa-kuasa Besar tersebut.
Mesir tempat bertapaknya Universiti Al-Azhar, gedung ilmu pengetahuan dan halaman tempat lahirnya ramai ulamak dan pejuang Islam sepanjang zaman. Mesir juga kampung tempat lahirnya gerakan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna yang mana sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini merupakan gerakan terulung yang membangkitkan umat Islam dari lena mereka dan merupakan saingan paling sengit terhadap projek kerosakan kemanusiaan yang diusahakan oleh Yahudi dan Barat pada hari ini.
Pilihanraya Umum di Palestin pada 2006 menyaksikan HAMAS (Ikhwan Muslimin Palestin) memenanginya dan menubuhkan Kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Ismail Haniyeh, sedang Gaza di Palestin sebenarnya adalah sebahagian dari wilayah Mesir. Ini membuktikan prestasi ideologi atau fikrah yang dibawa oleh Ikhwan Muslimin menjadi pilihan majoriti rakyat Islam Palestin, bahkan dimana-mana negara Arab termasuk Mesir. Sebarang pilihanraya bebas di mana-mana negara Arab akan berpihak kepada fikrah Islam yang sahih yang dicedok dari Al-Quran dan As-Sunnah yang dipelopori oleh Ikhwan Muslimin. Umat Arab Islam menolak mana-mana kerajaan mereka yang berkhidmat kepada agenda Barat dan membelakangi Rakyat.
Sebaik sahaja Iraq jatuh ke tangan tentera Amerika pada 2003, Presiden Bush mencanangkan “D.e.m.o.k.r.a.s.i” sebagai alasan menyerang Iraq, demi “memerdekakan” rakyat Iraq dari kekejaman dan kediktaroran Presiden Iraq, Saddam Hussein. Kegawatan pemimpin-pemimpin Arab diatas kekalahan teruk Saddam Hussein sangat menggerunkan. Atas ucapan dan arahan Presiden Bush, Syria menarik keluar tenteranya dari Lubnan, yang didudukinya sejak 1964 !!! Apabila Presiden Bush menyebut dia hendak “D.e.m.o.k.r.a.s.i” di negara-negara Arab, buat pertama kalinya saya melihat sepanduk kempen pilihanraya di sesetengah negara Arab yang belum pernah wujud pilihanraya sebelumnya !! Pada Pilihanraya Umum 2005 Mesir yang terakhir, Ikhwan Muslimin bertanding sebanyak 1/3 dari jumlah kerusi Parlimen. Pilihanraya dijalankan dalam 3 pusingan. Kesan dari slogan “D.e.m.o.k.r.a.s.i” oleh Presiden Bush, pusingan pertama Pilihanraya berkenaan dijalankan dengan ketelusan dan kebebasan yang agak baik, lebih baik dari pilihanraya-pilihanraya sebelumnya. Keputusannya Ikhwan Muslimin memenangi banyak kerusi yang dipertandingkan. Namun, pilihanraya Pusingan ke 2 dan Pusingan ke 3 menyaksikan perjalanan pilihanraya yang paling buruk dalam sejarah Mesir Moden. Dalam Pilihanraya Umum 2006 yang lalu, Ikhwan Muslimin Mesir memenangi 88 dari 444 kerusi Parlimen iaitu 1/5 atau 20% dari kerusi yang dipertandingkan. Ini satu nisbah kejayaan yang besar walaupun terdapat penipuan, tekanan dan pelanggaran dalam perjalanan pilihanraya tersebut. Adakah pihak berkuasa Mesir akan mengulangi senerio lalu dalam Pilihanraya Umum 2010 ini ?
Selagi ketua-ketua Arab berjalan di belakang Amerika yang didalangi Yahudi dan Israel, pilihanraya-pilihanraya mereka tidak melalui jalan mudah. Hakikatnya pilihanraya di banyak negara-negara Islam ialah pertandingan diantara Kuasa-kuasa Besar dan golongan Munafiqeen melawan Gerakan dan Umat Islam yang sejati. Sekiranya Umat Islam memenangi pilihanraya sekalipun seperti di Palestin, kerajaan dan umat Islam yang menang tidak akan melalui jalan yang mudah. Mereka akan dihukum dengan sekatan ekonomi, makanan, bahanapi dan ubatan.
Dari kiri : Mesir, Israel, Amerika, Palestin.
Semuanya telah digariskan. Ikut jer. (Foto; Presiden Perancis, Sharkozy (kiri) dan Presiden Mesir, Husni Mubarak (kanan).
Kemenangan Islam di Mesir bererti kemusnahan Israel yang terletak di sempadannya, dalam tempoh tidak lebih dari setengah tahun. Demikian analisa pakar politik dan ketenteraan. Kemusnahan Israel bererti kehancuran projek Barat dan Kuasa-kuasa Besar Dunia dalam memecahbelahkan tunggak Islam iaitu umat Arab, dan kebangkitan dan kemaraan Islam kali kedua dalam sejarah kemanusiaan mengalahkan Barat dan seluruh sistem-sistemnya. “Dialah yang mengutuskan Rasul dengan petunjuk dan Agama yang benar, supaya Agama itu mengalahkan semua agama dan sistem (di muka bumi), walau orang-orang kafir tidak menyukai” (Al-Quran). Foto: Perdana Menteri “Israel”, Benjamin Netanyahu dan Presiden Mesir, Husni Mubarak.
Dengan mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil rakyat yang bakal mengakhiri tempoh mereka atas sumbangan ikhlas mereka kepada negara dan rakyat, Mursyid Am Ikhwan Muslimin mengajak kesemua Ikhwan Muslimin agar menjadikan Musim Pilihanraya nanti sebagai hari kebanggaan hakiki terhadap Kebebasan dan apa sahaja yang berkaitan dengannya, serta Pilihanraya itu nanti diharapkan menjadi salah satu titik penentu kepada sejarah Mesir.
Kekuatan hakiki selepas Allah swt ialah pada jiwa-jiwa Umat yang hidup dan agung itu sendiri, bukan pada Kuasa-kuasa Besar Dunia maupun boneka-boneka mereka. Terjemahan banner di atas (foto Perdana Menteri Palestin yang sah, Ismail Haniyeh) : “Allahu Akbar ! Allah Maha Besar di atas segala perancangan golongan yang melampaui batas”. “Sesungguhnya kesudahan (kemenangan) itu adalah milik orang-orang yang bertaqwa” (Al-Quran). “Allah berjanji kepada orang-orang beriman dan beramal saleh dikalangan kamu. Dia akan menjadikan mereka pemimpin di muka bumi ini sepertimana Dia telah memilih orang-orang sebelum mereka memimpin. Dia akan teguhkan AgamaNya yang Dia redhai (Islam). Dia akan menukarkan (keadaan) mereka selepas mereka takut, mereka akan aman. Mereka beribadah kepadaKu. Mereka tidak mensyirikkan Aku dengan sesuatu pun” (Al-Quran).
Kita berdoa semoga Allah swt merubah keadaan umat ini dari kehinaan kepada keagungan, dari kelalaian kepada penghayatan Islam dalam kehidupan, dari tiada memiliki agenda hidup kepada bekerja keras untuk memenangkan Islam mengatasi sistem-sistem lain di bumi ini. Sesungguhnya Dia berkuasa melakukan sedemikian. Ameen.
Ustaz Halim www.inijalanku.wordpress.com
Like
3 bloggers like this post.
lasiaf87
@riQHakIm
Tilmeeza
Filed under: Uncategorized
« Evans masuk Islam setelah meneliti isi Al-Quran Kedaulatan Malaysia di Tanjung Pagar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment