PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, December 18, 2011
Pesta Politik Murahan Parti Melayu Pas Di Mesjid Beraksi Lagi
Parti Melayu Pas sekali lagi ingin menjuarai pesta politik murahan pada hari Jumaat.
Parti China DAP sekali lagi dapat menonton percuma persembahan menarik umat Islam di bawah pengarahan Pemuda Pas.
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Solat Jumaat adalah perhimpunan besar mingguan umat Islam. Hadir ke mesjid mendengar nasihat dan rangsangan dalam khutbah serta berpeluang berjumpa saudara Muslim yang lain, tingkatkan ukhwah dan persaudaraan.
Tetapi kemuliaan dan kelebihan solat dan hari Jumaat tidak bermaksud begitu bagi Parti Politik Melayu Pas.
Sejarah penganjuran pesta politik murahan Pas berlaku pada hari Jumaat. Kebanyakan pesta politik menggunakan demonstrasi sebagai event utamanya.
Peserta pesta itu adalah para jemaah yang menunaikan solat Jumaat dan penontonnya juga adalah para jemaah yang hadir ke mesjid. Walaupun mereka hadir dengan suci hati menunaikan tanggungjawab Islam tetapi dikotori dengan pesta yang dibawa oleh Parti Melayu Pas.
Pas menggunakan hari Jumaat dan Mesjid tempat solat Jumaat kerana mendapat audiens percuma. Modalnya hanya loudspeaker dan sepanduk. Kandungan pestanya ialah maki hamun kepada pihak lain dan tulisan caci maki di sepanduk.
Suara lantang maki hamun dan sepanduk caci maki ini menghiasi mesjid orang Islam dan persekitarannya pada hari Jumaat. Natijahnya hanya untuk mengajak umat Islam bersatu dalam meningkatkan emosi kebencian
Sumber: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.
Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.
"Kita mengajak seluruh rakyat untuk menyertai himpunan yang akan bermula di Masjid As-Syakirin KLCC selepas solat Jumaat...
Pengarah, Pelakon dan krew pesta ini akan melalak-lalak, menjerit-jerit dan melaung-laungkan kata-kata bersemangat, berapi-api dan meruapkan bulu roma.
Tujuannya ingin mengaitkan kegagalan Mesir dan Tunisia mentadbir negara sehingga rakyat bangkit berdemonstrasi. Semoga dengan dakyah ini, para jemaah Solat Jumaat di mesjid itu akan terasa benci pula kepada Kerajaan Malaysia.
Jelasnya Para Pemimpin dan Ahli Parti Melayu Pas ini akan meneruskan aksi mereka. Manakala Para Pemimpin dan Ahli Parti China DAP sedang duduk-duduk depan tv menonton aksi dan pesta yang sangat menarik itu.
Anda mungkin juga meminati:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment