PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Friday, December 16, 2011
Sunday, June 14, 2009
7 Kesilapan Tok Guru yang patut Ditegur & Diperbetulkan ...
Ramai orang PAS, sayangkan Nik Aziz.
Ramai orang bukan PAS, yang hormatkan Nik Aziz.
Ada orang PAS, yang "kurang senang" dengan Nik Aziz.
Ada orang bukan PAS, yang bencikan Nik Aziz ...
Nik Aziz adalah seorang Tok Guru yang disegani dan dihormati rakan & lawan. Seorang yang kelihatan warak dan kelihatan merendah diri selah-olah seperti orang biasa/kebanyakan, sedangkan beliau adalah Mursyidul Am merangkap Menteri Besar. Hakikatnya, beliau juga seorang ahli politik.
Apapun, Nik Aziz masih lagi seorang manusia yang pandangannya, pendapatnya, ideologinya terbatas sebagai seorang politikus dan sebagai seorang manusia (yang bukan Maksum dan bukanlah Malaikat) yang mana pastinya akan wujud khilaf , salah atau silap.
Setelah aku fikir-fikirkan dan aku nilai-nilaikan beberapa lama, nampaknya aku terpaksa senaraikan 7 KESILAPAN NIK AZIZ YANG SEPATUTNYA DITEGUR OLEH ORANG SEKELILINGNYA & ORANG YANG MENYAYANGINYA supaya beliau tidak terus hanyut dalam keadaan "tidak sedar melakukan kesilapan".
Cakap-cakap beliau selalunya akan menjadi "fatwa" / rujukan dan ikutan para penyokong, inilah yang akan membahayakan partinya (lantak pi la!), pengikutnya (lantak pi la!), Agamanya (ini ada kaitan dengan aku & umat Islam lain) dan Negaranya (ini juga ada kaitan dengan aku & rakyat keseluruhannya - termasuk generasi akan datang).
Impak dari pendapat Nik Aziz, kalau baik dan kena gaya, akan memberikan kesan baik kepada semua, tetapi kalau silap/salah tanpa ditegur, PASTINYA akan menjadi barah yang akan membantu musuh untuk melakukan kehancuran Islam & Negara ini.
NOTA: ALOQSTAQ BLOG : TUJUAN AKU MENERBITKAN ARTIKEL INI, BUKANLAH UNTUK TUNJUK PANDAI ATAU UNTUK "HINA" TOK GURU, TETAPI NIAT AKU UNTUK MEMBERI KESEDARAN DARI PERSPEKTIF APA YANG AKU LIHAT YANG BERLAKU KINI KEPADA SEORANG MANUSIA BERNAMA NIK AZIZ.
Bagi aku, antara salah silap yang Nik Aziz lakukan - dan perlu ditegur adalah :
1. MENYOKONG ANWAR IBRAHIM (INI SILAP PALING UTAMA!)
- Nik Aziz secara terang-terang menyokong serta menyanjungi Anwar sebagai seorang yang "layak" dipatuhi, disanjung, diikuti khasnya sebagai Pemimpin Besar & Utama dalam Pakatan Rakyat. Sedangkan sudah begitu banyak bukti yang jelas nyata menunjukkan Anwar adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak langsung untuk diangkat menjadi pemimpin, khususnya pemimpin No.1.
2. MENERIMA SEKONGKOLAN PAS-DAP
KERATAN AKHBAR SIASAH TERBITAN APRIL - MEI 2002 : MEMAPARKAN KATA-KATA NIK AZIZ MENGENAI DAP.
- Nik Aziz yang dulunya menganggap DAP = SYAITAN, kini menyokong pula DAP dan Pakatan Rakyat demi survival politik PAS. Percaturan ini (berpakat dengan musuh Islam) hanya akan memberi kesan buruk kepada Agama Islam dan umatnya di Malaysia. Konsep Negara Islam yang masih DITOLAK 100% OLEH DAP SEJAK DULU, hanya akan mengundang kemusnahan jika Pakatan berjaya menakluk Malaysia atas sokongan PAS (Nik Aziz).
3. TERLALU MEMPERCAYAI ORANG SEKELILINGNYA (Khasnya PUAK ERDOGAN) YANG MEROSAKKAN.
- Jelas nyata pada Sidang Muktamar PAS ke 55 minggu lepas, Nik Aziz menolak secara total idea Kerajaan Perpaduan yang diterbitkan dari minda Presiden PAS dan sekutunya. Nik Aziz tanpa segan silu mengatakan bahawa "Idea Kerajaan Perpaduan itu KARUT", sedangkan beliau masih berpegang dengan Pakatan Rakyat yang kononnya lebih jujur ikhlas berbanding UMNO/BN. Penolakan mentah-mentah idea Kerajaan Perpaduan ini memberi gambaran jelas bahawa Nik Aziz menerimapakai idea Pro-Pakatan oleh PUAK ERDOGAN (semua orang tahu, ianya dibayangi oleh Anwar).
4. MENGELUARKAN PENDAPAT-PENDAPAT YANG BOLEH MENGELIRUKAN PENGIKUT & ORANG RAMAI.
- "Tuhan Juga Mencarut" (Kerana menyokong buku "SHIT - PukiMak" Shahnon Ahmad)
- PAS sanggup bekerjasama dengan Syaitan, jika itu akan pastikan PAS menang pilihanraya.
- Tidak akan bekerjasama dengan UMNO kerana UMNO pernah "menolak" PAS sebelum ini (timbul akibat perasaan Nik Aziz berunsur dendam kesumat kepada UMNO), tetapi Nik Aziz kata tidak mengapa untuk PAS bekerjasama dengan DAP (yang sah-sah tidak setuju Malaysia jadi Negara Islam).
5. BERSETERU DENGAN ORANG UMNO (MUSLIM) ... TETAPI SANGGUP BERSATU DENGAN DAP.
- Kemana arah tuju PAS? Dasar awal penubuhan PAS telah jauh terpesong sejak PAS sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan. Ini menyebabkan matlamat PAS telah berubah dari Negara Islam dan Tegakkan Hudud : kepada : Negara Berkebajikan dan Samarata/Adil. (Demi menjaga hati puak keparat dalam Pakatan).
6. MENGGUNAKAN KEDUDUKAN SEBAGAI MURSYIDUL AM UNTUK CUBA MEMPENGARUHI AHLI PAS MENERIMAPAKAI PENDAPATNYA.
- Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS. Sepatutnya beliau menggunakan kedudukannya khusus sebagai seorang yang tidak berkecenderungan ke arah mana-mana pihak. Ini tidak, Nik Aziz "hentam" Presiden & Timb.Presiden PAS yang cuba mewujudkan idea Kerajaan Perpaduan, dan secara terbuka merasa seronok jika benar Puak Erdogan wujud dalam PAS. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan apabila lontaran pendapat dari seorang Mursyidul Am nampaknya berkecenderungan kepada sesuatu pihak (khususnya yang dibayangi Anwar).
7. TIDAK CUBA MENILAI DENGAN TELITI, SIAPA KAWAN & LAWAN (YANG SEBENARNYA)
- Nampaknya banyak perkara yang Nik Aziz lakukan dan luahkan sebagai pendapat (mungkin "fatwa"?), kelihatan ianya telah sedikit sebanyak di"ilham"kan oleh penasihat-penasihat perosak dan perosak itu berupaya memusnahkan Dasar Pas yang asal. Nik Aziz seolah-olah telah menutup pancainderanya secara total untuk menilai siapakah Anwar sebenarnya, siapakah Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebenarnya, siapakah puak Erdogan sebenarnya ...
Mungkin ada lagi kesilapan lain yang Nik Aziz lakukan sepanjang karier politiknya selain 7 yang aku senaraikan di sini yang sepatutnya DITEGUR dan DIPERBETULKAN oleh orang-orang sekeliling dan rapat dengan Nik Aziz.
Demi kebaikan sejagat (kerana bagi aku PAS merupakan parti kedua terkuat di Malaysia selepas UMNO). Jika PAS rosak, kesan daripada akibat itu kepada negara juga agak dahsyat. Semoga Allah memberikan HidayahNya kepada Nik Aziz agar kembali sedar kesilapan yang berlaku.
Bak kata Nik Aziz hari ini dalam Bernama Online : "Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita. Maknanya, NIK AZIZ JUGA TIDAK TERLEPAS DARI BUAT SALAH SILAP.
INGATLAH NIK AZIZ & ORANG PAS ... Kita bukan Maksum.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment