Monday, January 9, 2012

Amerika Simbol Keunggulan Hak Asasi Paling Munafik Written by Aziz AS font size decrease font size increase font size Print E-mail Rate this item 1 2 3 4 5 (1 Vote) Keganasan tentera rejim Israel ke atas rakyat Palestin Keganasan tentera rejim Israel ke atas rakyat Palestin Kuala Lumpur (Malaysiaaktif) – Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pembangkang di Malaysia, termasuk aktivis-aktivis yang condong kepada matlamat serong mereka asyik menggunakan hak asasi manusia sebagai senjata utama dalam pelbagai bentuk serangan ke atas kerajaan. Juga setiap kali isu-isu yang berjaya dikaitkan dengan hak asasi manusia (hampir apa saja boleh), mereka akan menuding jari ke barat, terutama ke Amerika Syarikat yang dijadikan paragon atau contoh misali bagi mensahihkan perjuangan mereka. Apakah benar Amerika Syarikat contoh unggul kebebasan dan hak asasi manusia? Sebelum kita mengupas sedikit sebanyak aspek itu, elok kita melihat sejauh mana Amerika Syarikat menegakkan hak asasi manusia sejak sekian lama? Jika benar Amerika Syarikat menghormati hak asasi manusia, mengapa negara itu terus menyokong rejim Israel yang bermati-matian mahukan supaya Palestin tidak diiktiraf sebagai negara berdaulat dan ahli PBB? Dalam apa yang dilihat sebagai menyerlahkan kemunafikan keterlaluannya, Amerika Syarikat pada Selasa (Isnin di sana) mengugut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan bantuan serta kerjasamanya dengan beberapa buah agensi antarabangsa utama. Akhbar The Los Angles Times yang berpengaruh di Amerika Syarikat pada Selasa melaporkan pentadbiran Barack Obama menyatakan keputusan untuk menghentikan pembiayaan kepada UNESCO beberapa jam selepas badan itu mengundi 107 berbanding 14 untuk menerima Pihak Berkuasa Palestin sebagai ahli penuh. Tindakan UNESCO itu mengaktifkan semula undang-undang Amerika era 1990an yang melarang Washington memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana badan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberikan status negara kepada wilayah Palestin. Sehubungan itu pegawai-pegawai Amerika berkata mereka akan menyekat pembayaran AS$60juta kepada UNESCO bulan depan, dan memberi amaran mereka akan juga menghentikan pembayaran kepada badan-badan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain sekiranya badan-badan berkenaan menyokong permohonan Palestin untuk mendapatkan keahlian penuh Bangsa-Bangsa Bersatu. Menurut beberapa diplomat, tindakan Amerika itu akan mengurangkan dana UNESCO sebanyak 22%, dan seterusnya akan memaksa agensi tersebut, yang fokus kepada usaha meningkatkan kadar celik huruf penduduk dunia, hak asasi manusia dan pemeliharaan tapak-tapak warisan sejarah dunia memberhentikan ribuan pekerjanya. Pada masa yang sama secara tindak balas, pegawai-pegawai Amerika memberi amaran kepentingan Amerika akan terjejas sekiranya Washington terpaksa bertindak sedemikian ke atas agensi-agensi antarabangsa yang amat diperlukan badan-badan korporat AS selain untuk pertahanan negara itu. Satu di antara badan-badan tersebut, ialah Organisasi Harta Intelek Dunia Bangsa-Bangsa Bersatu, yang membantu industri teknologi tinggi Amerika, industri hiburan dan lain-lain industri melindungi hak cipta, termasuk paten di seluruh dunia. Undang-undang kumpulan itu memerlukan setiap ahli yang gagal membayar yuran digugurkan keahlian. Palestin sejak sekian lama inginkan keahlian dalam badan-badan dunia lain, termasuk Organisasi Perdagangan Antarabangsa dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, tetapi ditentang Amerika Syarikat dan Israel. Palestin meminta keahlian dalam UNESCO selepas harapan untuk mendapatkan keahlian dalam PBB pada September gagal kerana Amerika Syarikat mengancam menggunakan kuasa vetonya bagi menyekat usaha Palestin itu. Oleh itu, apalah sangat dengan keterujaan para aktivis dan pembangkang di Malaysia berkiblatkan ‘kebebasan’ hak asasi manusia di Amerika, walhal negara itu sebenarnya petualang besar menyekat hak asasi manusia.

No comments:

Post a Comment