Sunday, January 1, 2012

Bahasa dan Tamadun Melayu – Sejarah dan Masa Kini January 30, 2010 Oleh Anak Waris | Kategori Bahasa, Sembang-Sembang Artikel ini telah dibaca sebanyak: 4,624 kali iklan Gambar hiasan - kartun bahasa Sedar atau tidak, bahasa Melayu semakin terpinggir dan yang lebih sedih lagi terjadi dalam kalangan masyarakat Melayu sendiri. Ramai antara kita yang menganggap bahasa Melayu tidak mempunyai kelas jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris, sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan bahawa bercakap dalam bahasa Melayu boleh menjatuhkan kredibilitinya dan dianggap bodoh! Sikap sesetengah masyarakat yang memandang rendah keupayaan bahasa Melayu itu amat memalukan dan seolah-olah mereka tidak tahu bahawa bahasa dan tamadun Melayu telah wujud dan berkembang pesat sejak sekian lama. Berdasarkan sejarah budaya, bahasa dan kesusteraan Melayu, banyak bukti mengatakan bahawa bangsa Melayu merupakan salah satu bangsa yang memiliki tamadun yang besar. Seperti yang dipetik dari Dewan Masyarakat, Dr. Hassan Ahmad menyatakan:- “bangsa Melayu mampu menciptakan tamadun besar dahulu kerana mereka berfikir dalam bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu ragam tinggi, bukan bahasa pasar”. Sebagai perbandingan, tamadun Melayu sebenarnya lebih tua jika dibandingkan dengan tamadun Inggeris. Seharusnya kenyataan ini menempelak mereka yang meremehkan bahasa Melayu dan menganggap bahasa Inggeris lebih bertamadun dari bahasa Melayu. Malah mereka juga percaya bahawa bangsa Melayu hanya mampu menjadi bangsa yang maju setelah belajar daripada orang Inggeris atau mengetahui bahasa Inggeris. Hakikatnya, dari abad ke-7 hingga abad ke-12, bangsa Melayu sudah menubuhkan sistem peraturan hidup sosiopolitik yang teratur dikenali sebagai negeri (dan kerajaan) di Srivijaya, Palembang. Di negeri itu, menurut laporan I’tsing, mubaligh Cina yang beberapa kali singgah di pusat kerajaan Srivijaya, bahasa yang digunakan untuk belajar, mengajar, dan mempelajari agama Buddha ialah bahasa Melayu yang dikenali sebagai bahasa “kunlun” dan kemudian ditukar kepada istilah “bahasa Melayu kuno”. Dari abad ke-7 hingga abad ke-11, orang Inggeris belum pun ada negeri sendiri. Antara abad ke-5 hingga abad ke11, bahasa Inggeris kuno (Old English) yang digunakan oleh penduduk di kawasan yang sekarang dikenali “England” ialah bahasa Jermanik Barat. Karya agung dalam bahasa Middle-English yang pertama ialah Cantenbury Tales, dipercayai dikarang beberapa tahun sekitar 1400. Bahasa Inggeris karya Chaucer ini terlalu sukar difahami kecuali dalam kalangan segelintir pengkaji bahasa. Jadi karya ini terpaksa diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris moden. Manakala pada pertengahan abad ke-14, di dunia Melayu sudah lahir sebuah karya dalam bahasa Melayu bertulisan jawi iaitu hikayat Raja Pasai. Hikayat ini menceritakan kisah Raja Pasai dan Merah Silau, memeluk agama Islam dan menjadi raja negeri kerajaan Samudera-Pasai yang pertama, bergelar Sultan Malik al-Salih. Bahasa Melayu yang digunakan dalam karya ini adalah bahasa Melayu moden. Hari ini sesiapa sahaja yang membaca karya ini dengan mudah dapat memahaminya, tidak perlu diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu moden. Dan hikayat ini dikarang lebih awal dari hikayat Cantenbury Tales. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu moden telah wujud dan berkembang lebih awal dari bahasa Inggeris. Pada zaman Pasai berkembang sebagai pusat ilmu dan pusat perkembangan pengajian agama Islam, England masih lagi mundur. Bahasa Inggeris belum berkembang sebagai bahasa ilmu hingga abad ke-15. Eropah pula baru celik – dicelikkan oleh tamadun Islam – dari Zaman Gelap (Dark Age) pada abad ke-12. Hakikatnya untuk memartabatkan bahasa Melayu di dalam negara pun amat sukar apatah lagi untuk diterima pakai oleh orang asing. Sungguhpun kedudukan bahasa Melayu dijaga Perlembagaan dan pelbagai usaha dilakukan untuk memartabatkannya, masih banyak lagi masyarakat Melayu beranggapan bahawa bahasa Melayu belum mampu mengangkat taraf bangsa Melayu itu sendiri. Kemajuan dan pembangunan bangsa mestilah dengan menggunakan bahasa Melayu. Barulah bahasa Melayu akan dipandang orang. Barulah yang mengaku bangsa Melayu, tetapi tidak mengendahkan bahasa Melayu sebagai bahasa utama mereka, akan buka mata! Untuk perbincangan.. wasalam. Berkongsi sumber:- Dewan Masyarakat – petikan 1. Padilah Haji Ali. 2. Dr Hassan Ahmad, kertas ucap utama dalam Seminar Peradaban Melayu. Artikel sama yang berkaitan: Bahasa Cerminan Tamadun Bangsa Tamadun yang baik dan sihat, hanya boleh dihasilkan oleh manusia yang sihat. Manusia perlu berhubungan sesama mereka.... Bahasa Rojak Elakkan mengguna bahasa rojak. Kesannya bukan hanya merosakkan bahasa malah menyebabkan generasi baru tidak akan dapat menguasai... Bicara Bahasa – Agenda Pemerkasaan Bahasa, Agenda Bersama Setelah 53 tahun negara kita merdeka, bahasa Melayu masih berhadapan dengan pelbagai cabarannya, antaranya cabaran daripada bahasa... Bahasa Melayu Dipinggir Bangsa Sendiri Mari berfikir sejenak.. Bangsa Melayu tidak harus malu menggunakan bahasa sendiri. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua-franca dan... Coret-Coret Pengarang – Nasib Buku Bahasa Melayu Semakin ilmiah buku yang diterbitkan dengan jumlah halaman yang lebih tebal, maka semakin sukarlah sesebuah buku yang... Sub topik: Bahasa Melayu, Tamadun Melayu

No comments:

Post a Comment