PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Tuesday, January 24, 2012
DAP, Kandang Lembu dan Kain Hijau
1. 'Apakah DAP itu sebuah parti perkauman? Didalam DAP juga ada melayu islam...'
2. Ayat di atas tu matpanah petik daripada blog kedahla, blog pro-PAS yang sangatlah mendalam kasih sayangnya kepada DAP. Sorry la, matpanah main petik sebahagian ayat bukannya keseluruhan perenggan. Bukan apa, tiru perangai depa juga...
3. Matpanah nak jawab apa yang ditimbulkan di atas tu macam ni saja: Kalau ada tiga empat ekor kambing dalam kandang yang mengandungi 10,000 ekor lembu, apa kita nak panggil pada kandang tu? Takkan kandang intregasi kut?
4. Itu baru soal bilangan, belum soal bau. Untuk makluman, bau lembu di kandang tu dah cukup kuat, cukup tebal dan cukup menusuk. Kalau setakat nak mai tutup dengan kain hijau saja, tak cukup bang oiii...
Posted by matpanah at 10:37 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
Jika Kepalanya Beruk...
Dalam emel yang tersiar di portal pro-pembangkang, freemalaysiatoday, seorang warga Pulau Pinang menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan lagak puak PKR yang tak ubah seperti kaki buli di jalan raya.
Peristiwa itu, katanya, berlaku pada 11 Jun yang lalu. Kerana hari tu hari Sabtu dan masih dalam musim cuti sekolah, Jalan Mt Erskine yang dilaluinya agak sibuk dan sesak.
“Saya sedang memandu bila tiba-tiba kereta yang di depan memintas masuk ke lorong saya dan hampir-hampir melanggar kereta saya. Kemudian saya menyedari pemandu itu sebenarnya memberi laluan kepada satu konvoi yang diketuai oleh dua penunggang motosikal yang memakai kemeja-T PKR. Mereka diikuti oleh sebuah Toyota Alphard hitam dan sebuah Mercedes hitam bernombor pendaftaran P1,” tulis pembaca tersebut.
“Penunggang-penunggang motosikal itu malah menahan lalu lintas di lampu trafik persimpangan Jalan Gottlieb dan mengarahkan mereka memberi laluan kepada konvoi tersebut,” tambahnya.
Dan kata si pembaca itu lagi, dia kemudiannya mendapat tahu konvoi itu membawa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Abdul Malik Kasim dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan ke Mt Erskine.
Sambil menegur gaya dan cara ‘mamat-mamat’ PKR itu, si pembaca tersebut, yang nampaknya daripada puak sebelah sana, masih menaruh harapan PKR akan berubah sikap.
Tu baru sikit. Sebenarnya kalau nak disenaraikan perangai buruk puak PKR ni, mau tercabut tulang siku. Tak kiralah apa pun kedudukannya, perangai depa lebih kurang sama sahaja. Eksyen tak tentu hala. Beraninya tak bertempat, bebalnya pun tak boleh dibuat ubat.
Lagi pun tak cerdik dan tak cukup ajar ni memang dah menjadi budaya PKR. Kalau kat atas masjid pun mereka sanggup berbuar onar, apatah lagi di tempat lain.
Allah Maha Kaya kerana tidak memberikan puak ni kuasa yang lebih besar. Setakat bagi sedikit untuk diuji. Kalaulah mereka benar-benar berkuasa, matpanah dah boleh bayangkan apa akan terjadi. Gamaknya ada yang berlenggang di tengah-tengah jalan dengan baju PKR depa. Kereta motor yang lalu, kenalah elak…kalau tidak, siap lu!
Tapi apa nak dihairankan. Apa sangatlah yang anda boleh harap daripada sebuah parti yang pemimpin ulungnya adalah manusia yang membina nama dengan ‘hoo-haa-hoo-haa’ dan yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita peribadinya bak kata orang tua-tua, jika kepalanya beruk, badannya tak mungkin kucing…
Posted by matpanah at 07:23 0 comments
Email This
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment