PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Sunday, January 22, 2012
KALAU CINA BOLEH BERSATU MENGAPA MELAYU TAK BOLEH?
Presiden Perkasa, Dato' Ibrahim Ali.
Itu kolumnis Utusan Malaysia, Zaini Hassan menilai keputusan Pilihanraya Sarawak sebagai bukti orang Cina telah bersatu sejak lama dulu. Kesannya orang Cina melalui DAP yang meletakkan 15 calonnya menang 13 di semua kawasan majoriti pengundi Cina. Menurut kolumnis ini orang Cina di Malaysia telah menguasai bidang eokonomi. Yang belum hanya bidang politik. Kini mereka sedang mengatur strategi dengan DAP sebagai peneraju utama menuju pencapaian sasaran menguasai bidang politik.
Kata Zaini, " Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia. Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihanraya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini."
Walaupun kolumnis ini menyanjungi dan menghormati orang Cina tetapi di sebalik tulisan itu tergambar rasa musykil dalam kalangan orang Melayu sendiri malah dalam hati kolumnis ini juga bahawa kenapakah orang Melayu masih belum sedar daripada bermimpi di siang hari. Atau sepatah kata orang Indonesia "masih ngelamun terus."
Orang Melayu sebenarnya telah lama berpecah, sejak PAS ditubuhkan daripada tulang rusuk UMNO awal tahun 1950an dulu. Hari ini Melayu pecah lagi dengan tertubuhnya PKR ketika bermulanya slogan Reformasi ciptaan pemimpin de-factonya DS Anwar Ibrahim.
Dalam UMNO sendiri pun, belum ada kesepakatan yang menyeluruh. Masih ramai belum mahu berubah dan nampak gaynya seperti yang diterjemhkan Perdana Menteri DS Najib Tun Rzak, kalau UMNO tak berubah UMNO akan diubah. Sentimen perkauman semakin membimbangkan di kalangn bukan Melayu. Dalam pada itu, Melayu UMNO, terutamanya, masih lagi leka dan berfikir bahawa semuanya akan selamat kerana kononnya takkan hilang Melayu di dunia. Tidak ada kudrat mahu benar-benar berubah. Jangan terkejut dalam tempoh tak sampai satu dekad lagi negara ini akan terlepas daripada pegngan politik orang Melayu. Pada masa itu sebuah lagi Singapura mungkin menjadi kenyataan.
Strategi PAP Singapura (baca: Lee Kuan Yew) mengubah lanskap politik negara pulau itu cukup halus dan meresap. Hari ini lanskap kependudukannya hampir bersifat homogenous (Melayu cuma tinggal 13% berbanding Cina lebih 70%). Kerajaan PAP menguasai segala-galanya. Baagaimana ya dengan perkembangan parti Melayu Singapura (Singapore?) yang dinamakan Parti Kebangsaan Melayu Singapore itu?
Pulau Pinang kini dikuasai DAP. Persepsi kebanyakan orang Melayu Pulu Pinang sudah mula menampakkan strategi PAP yang semakin mengena. Tak tahulah sama ada pemimpin Melayu daripada dua pihak (kerajaan dan pembangkang) sedar atau tidak. Tetapi keputusan pilihanraya Sarawak baru-baru ini ibarat mimpi ngeri orang Melayu dan rakyat pribumi.
Baik Najib, baik Dato Seri Abdul Hadi Awang, baik Anwar Ibrahim, baik Datin Seri Wan Azizah, fikir-fikirkanlah. Ketepikanlah agenda dan strategi politik masing-masing. Mulakanlah apa yang ingin dislogankan Perkasa, sebuah pertubuhan Melayu - 1 Melayu, 1 Bumi. Ketepikanlah ego kepartian.
Pemimpin Melayu, Najib terutamanya janganlah terlalu obses dengan projek transformasinya. Berikanlah juga perhatian kepada anak-anak buah Melayunya yang mengendalikan potfolio penting dalam kabinet. Hentikanlah anak-anak buah bercakap kosong seperti "tidak teragak-agak akan mengambil tindakan". Please walk the talk! Jangan dok asyik mengeluarkan kata-kata "amaran" sahaja tanpa tindakan susulan. Jangan jadi macam gula-gula coklat, sekejap ada sekejap tak ada.
Anda mungkin juga meminati:
DI ISTANA MEREKA BERKUMPUL: NAJIB-HADI-MUHYIDDIN-NIK AZIZ?!
KENAPA SINGAPURA TERUS MEMPERLEKEH MALAYSIA
BILA MELAYU DIGESA TINGGALKAN KETUANAN MELAYU
LinkWithin
Posted by A.F.YASSIN at 12:12
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment