Monday, January 23, 2012

Nik Aziz boleh ditewaskan KOTA BHARU 4 Sept. – Ahli UMNO Kelantan perlu yakin dan tidak gentar untuk berhadapan dengan Pas pada pilihan raya umum akan datang kerana sejarah membuktikan parti itu termasuk Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah tewas di negeri ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat negeri ini mula menunjukkan perubahan dan ia seharusnya disambut dengan gerak kerja yang tersusun oleh keseluruhan jentera parti. “Hari ini juga hari penting kerana kesemua jentera kita membulatkan tekad untuk berjuang, kita kena ada keyakinan diri, jangan takut. Ingat, Pas pernah tinggal batu nisan di negeri ini, Nik Aziz pernah kalah pada 1986 kepada Mohd. Zin Abdullah dengan majoriti 259 undi,” katanya. Beliau bercakap kepada pemberita selepas Jamuan Hari Raya UMNO Kelantan dan Penyampaian Watikah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pelantikan timbalan pengarah jentera pilihan raya di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menjejaskan prinsip parti untuk memilih calon pilihan raya. “Semua ketua bahagian dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya Parlimen dan DUN, timbalan pengarah dilantik di peringkat DUN sahaja bagaimanapun timbalan pengarah tidak semestinya menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang,’’ ujarnya. “Kita masih berpegang pada prinsip parti iaitu calon yang boleh memberikan kemenangan dan mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri, kita akan menilai semua aspek sebelum memilih calon,” katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm *Tahniah UMNO Kelantan kerana bersedia gempur kubu PAS. Jangan ada cah keting dah le lepas ni. Posted by MymassaVoice on Isnin, 5 September 2011 at 8:32 PG 1 comments:

No comments:

Post a Comment