Sunday, January 22, 2012

PART 2 - WARTAWAN HARAKAH TERIMA UGUTAN DARI PIMPINAN PAS!! Friday, December 30, 2011 Gelombang Rakyat No comments Mungkin sebelum ini ramai graduan penganggur yang ada prinsip kerohanian dan sahsiah yang mendalami ilmu Islam terutamanya wanita, dan meminati bidang kewartawanan akan merebut peluang keemasan ini untuk dipilih sebagai salah seorang warga wartawan Media Rasmi PAS Harakahdaily. Bagi mereka, panduan dari aspek etika pemakaian dan pergerakan yang ditetapkan amat serasi buat mereka terutamanya yang telah sekian lama berpakaian Muslimat yang berjubah dan bertudung labuh. Begitulah kesederhanaan wartawan yang mereka inginkan. Tapi hakikatnya, benarlah pandangan sesetengah pihak. Dalam mengecapi era serba moden ini, cabaran ini sememangnya benar2 sakit untuk ditempuh. Apabila pandangan zahir yang mencerminkan keperibadian seorang wanita Muslim dilacurkan dengan pengisian2 yang kotor. Mungkin itu yang sedang membelenggu beberapa wartawan Wanita Harakahdaily. Idea mereka disekat. Panduan 'dalam kain' yang tidak didedahkan pada awal permohonan pekerjaan sememangnya mengejutkan mereka. Beberapa arahan pihak2 tertentu menyekat kebebasan media tidak diduga menjadi prinsip sebuah akhbar milik Parti Islam yang zahirnya terkandung ayat2 suci Al Qur'an. Dipandang hebat sehinggakan akhbar ini tercatat penghormatan pengisiannya. Akan tetapi, pameran2 Al Qur'an itu adalah kubu pertahanan menyunttik elemen2 fitnah dan putar belit demi kepentingan politik kotor Kumpulan berhaluan kiri. Semua ini disedari beberapa bulan sebelum menjelangnya Muktamar PAS Pusat tahun ini. Mereka telah diarahkan dari pelbagai pihak yang tiada kaitan langsung dalam penerbitan Harakah. Beberapa nama disenaraikan sebagai rujukan mereka. Senarai nama itu dilarang sama sekali dijadikan bahan utama bagi setiap helaian akhbar ini. Nama Hassan Ali dan Ustaz Nasharuddin adalah antara yang terawal. 2 tokoh ini diboikot sebagai amaran peringkat pertama kerana kedua2 nya telah difitnah dengan memberi pelbagai gelaran seperti Agen UMNO, perintis Kerajaan Perpaduan, Penyelewengan malah lebih dahsyat, disogok beberapa Pemimpin UMNO bagi menjahanamkan parti. Mungkin pada awalnya tidak diambil serius Wartawan2 ini akan tetapi kepincangan penyelewengan Media semakin kemuncak apabila Muktamar PAS semakin hampir. Pada masa ini mereka diberikan pelbagai arahan yang semakin membosankan. Minat yang telus dan ibadah kerja yang mereka akad semakin dilacurkan. Beberapa Pemimpin dengan bongkak mengarahkan setiap program yang dihadiri mereka dipaparkan dalam helaian utama. Pendedahan laporan 16 September telah memperkuatkan rasa syak wasangka mereka. Buat pertama kalinya, kesemua cetakan akhbar Harakah ditarik balik oleh pemilik syarikat sendiri setelah diludah caci maki Diktator PAS Nik Aziz. Tajuk utama 16 September itu merujuk kenyataan Mustafa Ali yang didakwa pengasas sebenar pembentukan Kerajaan Perpaduan. Namun entah bagaimana, kini Mustafa Ali dilihat berubah secara total. Mungkin telah disuntik racun Erdogan. Malah apa yang lebih menyedihkan, ada wartawan terserempak dengan Hassan Ali lalu kesempatan peluang itu digunakan bagi menceritakan perkembangan terkini portfolio beliau selaku Exco Agama di Negeri Selangor. Namun, ketika pembentangan akhir sebelum dipaparkan ke dalam portal, Wartawan itu telah dicaci maki kerana bersengkongkol dengan insan yang didakwa AGEN UMNO. Malah diugut dengan gelaran ahli Neraka kerana bersengkongkol dengan Pemimpin yang dikaitkan dengan perkataaan "PEMIMPIN Jijik". Hassan Ali dan Ustaz Nasha terus dipinggir. Tiada wartawan Harakah berani tampl mahu merakamkan beberapa kenyataan dalam parti. Malah lebih terkejut, wartawan2 Harakah menolak sebarang jemputan untuk hadir membuat liputan program kemasyarakatan Hassan Ali di DUN Gombak Setia. HARAKAHDAILY kini lebih advance dari UTUSAN MELOYA. Oh ya, jika Utusan dipamerkan laporan2 yang meloyakan, Harakah pula kini tidak lagi Halal. Akan tetapi HARAMKAH!! Ada lagi pendedahan lebih panas selepas ini. Kisah WARTAWAN Wanita Harakah nyaris kena tampar dengan Mahfuz OMAR. Nantikan sambungan PART 3. Artikel Berkaitan : - 1. KULI KATA TUN M BODOH - "SAYALAH YG. BIMBING ANWAR BUNUH UMNO..!!" 2. PART 1 - MUSTAFA ALI 'DIBAYAR' JOIN PUAK PAS PRO ANWAR!!? Posted in: Anwar Ibrahim,Harakah,Hassan Ali,Kerajaan Perpaduan,Nasharuddin Mat Isa,Nik Aziz,PAS Pro Ulama'

No comments:

Post a Comment