Saturday, January 21, 2012

PAS perlu tukar Nama Rabu, 18 Januari 2012 Sudah sah, PKR sudah mengambil alih tuga PAS sebagai penjaga agama Islam. Maksud Kedah Times ialah penjaga Islam Liberal. PAS Selangor sudah tidak dibenar atau boleh dikatakan sudah dinyah atau disahkan sebagai bukan pejuang Islam lagi oleh DAP dan PKR. Apa yang ada lagi pada PAS? Apakah status PAS dimana PKR dan DAP? Mungkin PAS hanya budak suruhan. Mungkin juga PAS hanya parti sepak terajang PKR dan DAP. Sehingga potfolio agama Islam pun dijaga PKR- Parti Liberal Islam. PKR jaga Islam? PAS yang dulunya asyik menuduh UMNO sebagai assobiyah atau pejuang nasiolisma kini hanya sebuah tong kosong. Yang berdegar-degar bercakap pasal Islam tetapi teman setempat tidurpun tidak mendapat 'recognition' sebagai pejuang Islam. Kepada penyokong-penyokong PAS, apa nak jadi dengan PAS sekarang? Mari kita bersama tegakkan Aliff Baa Taa dalam UMNO. SHAH ALAM, 18 Jan: Dr Ahmad Yunus Hairi, Adun Sijangkang mengangkat sumpah sebagai Exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Nama Dr Yunus telah diperkenankan oleh Sultan Selangor dan mengangkat sumpah di hadapan baginda Sultan hari ini. Beliau dijangka akan menyertai mesyuarat Exco pertamanya selepas mengangkat sumpah. Rupanya PAS hanya layak jaga adat Melayu Majlis Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor diadakan Bilik Singgahsana, Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Turut berada di majlis ini adalah Adun Meru Dr Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor dan pimpinan kerajaan negeri yang lain. Sebelum ini, Dr Ahmad Yunus adalah Pembantu Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Sumber Manusia yang Exconya adalah Dr Halimah Ali. Di bawah portfolio ini, Dr Ahmad Yunus banyak membantu Halimah dalam urusan Briged Amal, Gems dan lain-lain projek di bawah Exco ini. Dr Yunus juga menjaga urusan belia negeri Selangor yang portfolionya dipegang oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri. Perlantikan Dr Ahmad Yunus dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang kepada Menteri Besar Selangor berdasarkan kouta kerusi ini adalah milik PAS. Dalam pilihan raya umum 2008 lalu, Dr Ahmad Yunus mengalahkan calon BN yang juga bekas Exco Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar dengan majoriti 2,081 undi. Dalam pilihan raya umum 2004, Abdul Fatah mengalahkan Dr Ahmad Yunus di kerusi Dun yang sama. Created By : Syburi Times Read Full 2 comments Kaum Nabi Lut yang engkar abad baru SANGGUPKAH ANDA SEMUA MENGHUNI DI NEGARA YANG JUGA DIHUNI OLEH KAUM SEJENIS YANG JUGA WUJUD PADA ZAMAN NABI LUT YANG KERJA MEREKA IALAH MENGENGKARI AJARANNYA BEBAS MELAKUKAN APA SAJA AKTIVITI MEREKA? Pada Januari 12 lalu, Dato Seri Anwar Ibrahim mengtakan sebarang bentuk peraturan yang menyekat kebebasan adalah undang-undang lapuk dalam wawancara dengan BBC News. Termasuk juga undang-undang liwat adalah lapuk. Kata-kata Anwar ini mendapat reaksi ramai ulamak. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria [baca AIDC sini]berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah. “Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama”, katanya. Kata-kata sama juga yang diucapkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Noh Gadot. Kata-kata Anwar Ibrahim ini yang dilakukan dengan akal yang waras sama seperti menghina dan merendahkan hukum Allah SWT. "Amalan sejenis LGBT ini adalah sesuatu yang keji, kotor, jijik dan dilarang serta ditegah oleh Islam. Baca blog salam semua sini. Kata-kata Anwar juga bermakna dia berpandaangan Al Quran itu kitab yang lapuk dan kolot. Hukum hakam mengenai zina, liwat ddan lain-lain amalan seks bebas dan luar tabii itu jelas datangnya dari Quran. Baca pandangan Big Dog pula sini. Entah apa respons PAS yang sentiasa keliru antara nak atau tidak mahu negara Islam, mahu mulakan hukum hudud atau tidak, ddan lain-lain kekeliruan PAS piss Pus. Anwar dikatakan akan menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM50 juta yang menyiarkan ulasan Anwar di Mumbai. Tindakan ini hanya tindakan yang mahu menahan Utusan Malaysia dari menyiarkan berita sedemikian. Terima Kasih Unspinners Created By : Syburi Times Read Full 2 comments Kompleks Bukhary tak sama Dengan Aman Central Pertama, Kedah Times nak tegaskan disini ialah tentang pengambilan tanah wakaf untuk didirikan kompleks komersial. Tanah itu diwakafkan untuk pembinaan surau. Maka adalah menjadi soalan kenapa tanah wakaf untuk surau atau madrasah dijual kepada pemanju. Kedua, ialah merobohkan surau/madrasah untuk membina kompleks komersial atas tanah wakaf adalah tidak wajar sama sekali. Ketiga, Tapak Masjid Alor Malai sehingga kini masih kosong dan terletak berhampiran dengan Tanah Perkuburan Alor Malai. Masjid Baru yang besar dibina berhampiran dengan kawasan tersebut juga. Tapak asal masjid tidak didirikan apa-apa bangunan. Jika nak kata Souq Bukhary (Kompleks perniagaan dan pejabat) dibina atas tapak masjid lama adalah SALAH sama sekali. Souq Bukhary dibina atas tapak pasa basah Kg Datuk Murad. Keempat, Kompleks Bukhary adalah pusat kegiatan Islam yang merangkumi Universiti, Rumah anak yatim, pusat perubatan dan pelbagai aktiviti keagamaan Islam dilaksanakan disini. Jauh beza dengan AMAN CENTRAL ... pusat komersial yang bakal adal SPA, Video Center, Kedai dan aktiviti komersial dan perniagaan. Kelima, kerja PAS memang suka putarbelit. Kerajaan PAS Kedah telah menyeleweng fakta dengan memberi gambaran tindakan meroboh Madrasah Salihiah sama seperti pembangunan Kompleks Al-Bukhary di Alor Malai yang dilaksanakan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam kes Madrasah Salihiah itu kerajaan PAS ingin merobohkan sebuah surau serta mengambil tanah wakaf untuk didirikan sebuah kompleks membeli belah. “Dalam pembangunan Kompleks Al-Bukhary, masjid yang sedia ada dirobohkan untuk pembinaan sebuah masjid yang lebih baik, luas dan selesa juga di kawasan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di Alor Setar hari ini. Beliau berkata, masjid baru itu boleh menampung lebih 3,000 jemaah berbanding masjid lama yang hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah. Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan semasa pembangunan projek Kompleks Al-Bukhary yang dimulakan sekitar tahun 2003, katanya penduduk juga telah menyatakan persetujuan bagi pembinaan masjid baru itu. “Berbanding dengan Madrasah Salihiah itu para jemaah dan waris tanah wakaf berkenaan menentang tindakan meroboh madrasah dan kemudian mahu membina surau ganti di dalam kompleks membeli belah,” kata Ahmad Bashah. Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abdul Ghani Ahmad dalam sebuah akhbar harian yang mendakwa tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan Madrasah itu pernah dilakukan kerajaan BN dahulu yang merobohkan Masjid Alor Malai untuk membangunkan kompleks Al-Bukhary. - Bernama Created By : Syburi Times Read Full 0 comments Nik Aziz Mesra Rakyat? Dalam ceramah Mat Sabu di Padang Bola, Kg Watt Siam Padang Peliang, Pendang Kedah pada 17 November 2011, beliau menggambarkan yang Kerajaan Pas Kelantan adalah kerajaan terbaik. Ini katanya kerana Nik Aziz adalah pemimpin pertama yang melawat Watt Siam di Kelantan dan ini menunjukkan yang pemimpin PAS mesra terhadap masyarakat Siam. Jadi Kedah Times amat bersetuju dengan Mat Sabu kerana selama 20 tahun lebih Nik Aziz mengetuai Kelantan, hanya sebuah masjid yang dibina kerajaan Negeri Kelantan. Nik Aziz lebih mesra bukan Islam daripada orang Islam sendiri. Nak tahu betapa mesranya Nik Aziz dengan bukan Islam, baca seterusnya. Kedah Times bukan nak menafikan hak orang-orang Siam beragama Buddha tetapi apa jadi dengan hak orang-orang Islam? Apakah hak orang Islam hanya dengan janji manis mulut sahaja? Atau syurga? Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah. Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat; 1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan. 2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya. Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan. Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan. Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan. Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara. Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih. Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala. Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun. Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam. Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas. "Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam. Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi. Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas. Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!! Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu. Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu. Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit. Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid. Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri. Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka. Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini. Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian. Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! RANTAU PANJANG 7 Dis. – Kerajaan Pas Kelantan mengakui hanya membina sebuah masjid, iaitu Masjid Jubli Emas Sultan Ismail Petra, di sini, daripada wang sendiri tanpa bantuan Kerajaan Pusat sejak mentadbir negeri itu lebih 20 tahun lepas. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun berkata, masjid lain di seluruh negeri dibina oleh Kerajaan Pusat. “Masjid Jubli Emas atau lebih dikenali Masjid China yang menjadi kebanggaan Pas ini dibina dengan perbelanjaan kerajaan negeri sendiri, tanpa satu sen dari Kerajaan Pusat,” katanya hari ini. Dan ini yang berlaku di Kedah. Kerajaan Negeri Kedah menonjolkan aktiviti-aktiviti mereka seperti yang dilakukan Nik Aziz di Kelantan. Sudah 4 tahun memerintah, tiada satu masjid baru dibina atau diganti sebaliknya tanah wakaf yang ghairah dijual.... 2x5 ... 5x2 Kepada Mat Sabu, jangan asyik terlalu banyak berbohong, nanti mulut busuk. Sedarlah diri siapa kita didunia ini. Created By : Syburi Times Read Full 1 comments PAS NAZAK TAPI UMNO BEKALKAN TANGKI OKSIGEN Selasa, 17 Januari 2012 WATAN BERTINTA PAS memang cukup bermasalah. Mendokong Ambiga, menobatkan Imam Al-Juburi Al Mahdi Al Anwari sebagai pemimpin utama. Lebih mengaibkan menobat Nabi Nik Aziz sebagai nabi mereka walhal nabi akhir zaman dan penamat segala nabi adalah Muhammad Rasullullah s.a.w. PAS juga berterusan dan tanpa mahu istigfar dan bertaubat terus bersekongkol dengan musuh Islam yang nyata DAP Kafir harbi. Read more: http://syburi-times.blogspot.com/#ixzz1mnj22czr

No comments:

Post a Comment