PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, January 23, 2012
POLITIK PPSMI MENJELANG PRU KE-13?
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi
KEPUTUSAN kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) ibarat pepatah api padam, puntung berasap.
Di sebalik keputusan itu, golongan yang taksub dengan mitos bahasa Inggeris sebagai bahasa sains dan matematik tidak mengenal penat untuk ‘mendesak’ kerajaan kembali kepada dasar terbabit dengan apa saja cara termasuk memberi pilihan kepada ibu bapa.
Mereka menggunakan apa saja alasan termasuk dengan memetik tinjauan Newsweek tentang 100 negara terbaik di dunia pada tahun lalu yang menyenaraikan Finland, Korea Selatan, Kanada, Singapura, Jepun, Switzerland, Estonia, United Kingdom, Ireland dan Belanda sebagai 10 terbaik dalam konteks pendidikan.
Ironinya, hanya Singapura yang tidak menggunakan bahasa ibunda, manakala sembilan negara lain adalah negara yang berpegang teguh dengan konsep pendidikan berlandaskan bahasa ibunda seperti ditegaskan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Desakan mereka itu juga turut disiarkan dalam akhbar bahasa Inggeris dari semasa ke semasa seolah-olah menjadi pandangan umum, sedangkan PPSMI dimansuhkan sebelum ini adalah kehendak majoriti rakyat yang menggunakan pelbagai cara termasuk seminar dan memorandum.
Mantan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Datuk (Dr) Baharudin Zainal atau lebih dikenali sebagai Baha Zain berkata, pihak yang melakukan desakan itu mahu memerangkap Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri yang bakal berdepan dengan pilihan raya.
“Mereka melihat tindak-tanduk pemimpin politik khususnya UMNO yang terpaksa mengambil hati pelbagai kelompok termasuk pengundi atas pagar. Golongan elit ini mengambil kesempatan daripada situasi dan realiti politik baru untuk membuat desakan berbentuk ugutan secara tersirat ini,” katanya kepada Sastera di kediamannya di Gombak, baru-baru ini.
Pada masa sama, Baha Zain turut menyelar pihak terbabit kerana mendesak kerajaan memberi pilihan dalam pelaksanaan PPSMI yang secara tidak langsung menunjukkan sikap memandang mudah kepada sistem pendidikan dan perkara main-main yang boleh diubah sesuka hati. (Baca seterusnya dalam http://bharian.com.my tulisan Nazmi Yaakub 11 April 2011)
Komen:
Ternyata belum pun sempat PPSMI dimansuhkan telah kedengaran suara-suara yang mahu PPSMI diteruskan. Tidak kira bagaimana caranya. Yang penting kedua-dua mata pelajaran itu akan diajar dalam bahasa Inggeris. Banyak pejuang bahasa sudah mengagak bahawa belum pun sampai waktunya memansuhkan PPSMI akan ada suara-suara begini. Dan suara ini semkin meningkat momentumnya. Dan adalah dirasakan orang yang pertama akan berbesar hati melihat penerusan PPSMI ini tak lain dan tak bukan advokatornya mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu BERNAMA hari ini melaporkan dari Besut bahawa Pakar dan pendidik bahasa Melayu membantah sebarang usaha untuk melaksanakan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China Beijing, Profesor Dr Awang Sariyan berkata kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI.
"Keputusan itu bertepatan dengan hasrat mengembalikan martabat dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961 dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.
"Langkah kembali kepada sistem dua aliran (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris) meskipun dalam subjek-subjek bidang Sains dan Matematik, hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan pembinaan negara," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata peningkatan penguasaan bahasa Inggeris sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan pelaksanaan PPSMI.
"Usaha itu hanya boleh dilakukan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri dan bukan melalui PPSMI," tegasnya.
Katanya Kementerian Pelajaran sendiri telah mengumumkan program Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan tanpa mengganggu perancangan memartabatkan bahasa Melayu.
Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Profesor Madya Dr Hashim Othman pula berkata tidak perlu PPSMI diadakan semula semata-mata berdasarkan desakan sesetengah pihak.
Katanya PPBMM menyokong bahasa Inggeris diajar kepada pelajar sekolah dan pernah mendesak agar mata pelajaran itu diwajibkan lulus dalam peperiksaan awam di negara ini.
Bagaimanapun katanya, usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar tidak patut dilakukan dengan mengorbankan kedudukan bahasa Melayu dengan perlaksanaan PPSMI.
Menurutnya, PPBMM secara tegas membantah sebarang usaha bagi mengembalikan PPSMI tanpa kompromi.
"Kita harap kerajaan memikirkan secara mendalam sebelum melayani desakan golongan tertentu untuk mengembalikan semula PPSMI kerana ia boleh membawa banyak implikasi buruk kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu," katanya. (BERNAMA 14 April 2011)
Beginilah nasib bahasa Melayu yang kononnya adalah bahasa kebangsaan di negara ini. Ada sahaja masalahnya. Ada sahaja halangannya untuk dimartabatkan. Barangkali ia dikaitkan dengan jumlah dan sikap penutur bahasa itu yang tidak sepenuhnya diamalkan seperti halnya bahassa Indonesia di Indonesia.
Malaysia memiliki bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka yang tersergam indah 30 tingkat tingginya di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Tetapi nampaknya ia hanyalah satu bangunan yang tidak memberi makna apa-apa kepada pemartabtan bahasa Melayu. Ia malah menjadi mainan politik pelbagai lapisan orang politik yang mempunyai
agenda sendiri-sendiri, terutama oleh lapisan yang masih mendewakan bahasa Inggeris. Laporan Newsweek di atas menarik perhatian.
Anda mungkin juga meminati:
DASAR PELAJARAN MALAYSIA MACAM COKLAT: SEKEJAP ADA SEKEJAP ...
KENAPA SINGAPURA TERUS MEMPERLEKEH MALAYSIA
BILA LAGI MAJALAH DEWAN BAHASA HENDAK ONLINE!!??
LinkWithin
Posted by A.F.YASSIN at 01:04
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment