Sunday, January 22, 2012

Posted in Uncategorized | Leave a Comment » h1 Nik Aziz Berdolak Dalih Elak Debat February 10, 2011 KOTA BAHARU, 9 Feb – Pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Aziz Nik Mat yang berdolak dalik mengenai isu debat berhubung beberapa kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah, didakwa merupakan helah untuk mengelakkan debat itu diadakan. Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan Prof Madya Mohd Noor Deris mendakwa persetujuan bersyarat yang dikenakan Nik Abdul Aziz itu adalah taktik untuk mengelak perdebatan itu menjadi kenyataan. “Kenyataan Nik Aziz yang sentiasa berdolak-dalih berhubung isu perdebatan itu sebagai helah politik untuk mengelakkan perdebatan itu dapat diadakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beberapa hari lalu akhbar tempatan melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Pada Jumaat lepas, Menteri Besar Kelantan itu dilaporkan berkata tiada masalah sekiranya Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam, malah beliau juga bersedia berdialog dengan majlis itu bagi menjelaskan pendiriannya. Dua hari selepas itu pula, Nik Abdul Aziz dilaporkan meletakkan syarat supaya debat antara beliau dan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasi. Sebelum itu, mengenai cabaran Mohd Noor untuk berdebat dengannya, Nik Abdul Aziz menyifatkan veteran Umno itu bukan orang yang layak berdebat dengannya. Mohd Noor menegaskan beliau tetap bersedia berdebat dengan Mursyidul Am PAS itu secara “satu lawan satu” tanpa melibatkan pihak lain. “Sekiranya beliau bersetuju untuk bertaubat dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dengan fatwa yang memecahbelahkan umat Islam dan bersetuju untuk menarik balik hubungan dengan DAP yang terkenal dengan anti Islam, dan majlis taubat itu diadakan di Masjid Muhammadi, maka saya akan bertimbangkan untuk menarik balik cadangan debat saya dengannya,” katanya. Katanya debat itu wajar diadakan antara lain untuk memperbetulkan tanggapan serta kesucian ajaran agama Islam yang telah diputar-belitkan oleh pemimpin PAS, terutama Nik Abdul Aziz sendiri yang disifatkan sebagai asobiyyah. “Dalam hal ini ingin kami tegaskan bahawa PAS memperalatkan agama demi untuk kepentingan pangkat dan harta,” katanya. sumber: umno-online.com Posted in Uncategorized | Leave a Comment » h1 Anwar dan Lim Kit Siang dijulang penunjuk perasaan Mesir ? February 4, 2011 gambar oleh FB Padi Jantan Posted in Uncategorized | Leave a Comment » h1 Sindiket peralat anak yatim akhirnya tumpas! January 27, 2011 Syabas kepada pihak berkuasa yang telah berjaya menumpaskan kegiatan memperalatkan anak yatim ini. Mari kita berderma kepada anak yatim agar mereka tidak perlu mengemis untuk mencari dana. Moga rezeki kita akan ditambah Allah !!! Posted in Uncategorized | Leave a Comment » h1 Titah Sultan Selangor Jawab Kritikan Pemimpin Pakatan Rakyat – Sebarkan !!! January 5, 2011 KENYATAAN AKHBAR Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru. Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan. Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M. Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato’ Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Pada Majlis tersebut akan diadakan upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Selangor kepada D.Y.T.M. Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 D.Y.M.M. Sultan Selangor kerana ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada penerima-penerima sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke 65 D.Y.M.M. Sultan Selangor yang berlangsung pada 11 haribulan Disember 2010, D.Y.T.M. Raja Muda Selangor berada di luar negara. Selain daripada itu, pada Majlis tersebut juga akan diadakan upacara Angkat Sumpah Taat Setia Penjawat Jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Ahli Dewan di-Raja Selangor, pelantikan dan Angkat Sumpah Jaksa Pendamai Selangor, pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Pelantikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor. Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan. Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada Negeri Selangor. Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar. Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Y.B. Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau. Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A). Oleh itu, sindiran beliau yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda. Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai “Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA” oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN). Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di Negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat. Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor. Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor. Mengenai cadangan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato’ Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan. Tindakan Y.A.B. Dato’ Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor. Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor,Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu. (DATO HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI) Tarikh : 4 Januari 2011 sumber : http://www.selangordaily.com/?p=848 Posted in Uncategorized | Leave a Comment » h1 Khalid Samad dah dapat tauliah JAIS? December 23, 2010 di bawah bukti bertulis dan bergambar tazkirah Yb Shah Alam. saya masih keliru adakah tauliah sudah diperolehi atau tidak. Jawapannya ada dengan Jais! التولية واجب لكل استاذ و استاذة في كل بلاد ماليزيا Posted in Uncategorized | Leave a Comment » h1 Pegawai BTN digantung tugas – syabas Malaysian Insider Yang Celaka November 9, 2010 RM0.UM.08/11: Penolong Pengarah BTN Wilayah Persekutuan, Hamim Husin digantung tugas, diberi amaran kerana keluarkan kenyataan berbaur perkauman – Nazri Apakah benar dia mahu hina bangsa lain? Apakah kita terlalu menjaga sensiviti bangsa lain? Celaka lah siapa yang ambil tindakan tanpa usul periksa ini. Sebagai sokongan mari kita kempen desak hukuman gantung ditarik balik ke atas pegawai ini. Jangan biarkan musuh bertepuk tangan. Terutama malaysianinsider yang gembira dapat ‘gantung’ pegawai pembela agama bangsa negara bernama hamim husin. Ayuhlah saudara/i ku sekelian kita berjuang membela saudara kita yang dianiaya ini. Adakah botol kicap menghina kaum India ? Adakah sepet menghina cina? Filem sepet lagi rasis dari En Hamim! Fikirkanlah Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment