Sunday, January 8, 2012

Suatu hari Ibrahim bin Adham telah berkata : "Wahai penduduk Bashrah, hati kamu semua telah mati sebab ditutupi oleh sepuluh perkara sebab itulah doa kamu tidak dikabulkan." 1. Kamu semua mengetahui marifat Allah, tetapi kamu semua tidak memenuhi hak-hakNya. 2. Kamu semua membaca al-Qur'an tetapi kamu semua tidak mengamalkan apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Qur'an. 3. Kamu semua mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu semua MENINGGALKAN SUNNAHNYA. 4. Kamu semua mengaku syaitan itu musuh kamu tetapi kamu semua mengikuti dan membantu mengerjakan perbuatannya. 5. Kamu semua mengaku akan masuk syurga, tetapi kamu semua tidak mengamalkan perbuatan untuk mendapatkan syurga. 6. Kamu semua mengaku akan terselamat dari api neraka Jahannam tetapi kamu semua membuat kerja yang akan menceburkan kamu ke dalam neraka Jahannam. 7. Kamu semua mengaku bahawa mati itu akan berlaku tetapi kamu semua tidak bersiap-siap untuk menghadapi mati itu. 8. Kamu semua sentiasa mencari kecelaan saudara-saudaramu tetapi kamu tidak cuba mencari kecelaan kamu sendiri. 9. Kamu semua telah merasai nikmat pemberian Allah SWT tetapi kamu semua tidak mahu bersyukur kepadaNya. 10. Kamu semua telah menguburkan orang-orang yang telah mati di antaramu tetapi kamu tidak mahu mengambil iktibar dari itu. Renung-renungkan kesalahan diri kita...baru kita renungkan kesalahan orang lain. Muhasabah untuk diri sendiri sebenarnya......

No comments:

Post a Comment