Monday, January 23, 2012

TOK BAH ONLINE Kita kongsi pendapat pro dan kontra tak jadi hal dan kita sebarkan! Sunday, 19 December 2010 DASAR PELAJARAN MALAYSIA MACAM COKLAT: SEKEJAP ADA SEKEJAP TAK ADA! Prof. Khoo Kay Kim: Ketokohnnya dalam bidang sejarah usah dipersiakan! Beberapa orang tokoh pejuang bangsa yang sudah masuk usia veteran terutamanya lulusan Maktab Perguruan Tanjung Malim (sekarang UPSI) mula menyuarakan raasa gusar terhadap lanskap politik Malaysia hari ini. Sikap berpuak-puak dn cauvinis setiap kaum terbesar semakin meningkat dan mencemaskan. Orang Melayu dengan sikap kemelayuannya, orang Cina dengan sikap kecinaannya, orang India dengan sikap keindiaannya. Di Sabah mula mucul parti baru yang diushakan Dr. Jefry Kitingan dengan slogan Sabah dan Sarawak untuk rakyat Borneonya. Datuk Wira Borhan Yaman: Lulusan MPSI punya semangat naasionalis yang tak luntur-luntur. Mahu ke mana dibawa negara ini ? Apakah kalangan bijak pandai dalam politik (pemimpin politik) semua parti tidak memikirkn akibat daripada bersikap cauvinistik begini? Barangkali mereka tahu dan faham tetapi kepeningan dan agenda tertentu menguasai fikiran. TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran nampaknya coba berbuat sesuatu untuk mengurangi sikap cauvinis ini dengan mewajibkan pelajaran Sejarah di sekolah. Sepatutnya ini sudah dilakukan lama dahulu, sejak tahun 1957 lagi. Masalahnya, dalam sistem politik negara, berganti menteri yang bertanggung jawab maka berganti pula dasar yang hendak diubah. Masih ingat dasar pelajaran ketika Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein menjadi Menteri Pelajaran dulu ? Tan Sri Abdul Aziz Tapa: Seorang lagi pejuang nasionalis luluan MPSI paling konsisten dalam semangat dan tindakannya. Misalnya Hishamuddin tak mahu dasar PPSMI yang dilaksanakan di zaman mantan PM, Tun Mahathir Mohammad dihentikan. Sekarang Muhyiddin mahu menghentikannya dan diusahakan dasar yang kembali memperkasa bahasa Melayu di samping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Di samping itu Muhyiddin sarankan supaya Sejarah dijadikan mata pelajaran teras dan wajib lulus. Golongan veteran yang tinggal beberapa kerat lagi itu mahu kerajaan bertindak tegas. Tidak hanya lip service. Akuilah bahawa selama ini dasar pelajaran telah gagal menyatukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Jangan buat dasar yang sekejap ada sekejap tak ada. Jangan ubah setiap kali menterinya berubah. Yang penting bagaimana caranya menyatukan rakyat dlam satu kesatuan yang utuh sehingga setiap suku boleh berfikir dalam satu bahasa dan satu minda. Kalau boleh saran warga veteran ini perkenalkan juga mata pelajaran Rukunegara dan Tatanegara. Dalam hal ini eloklah belajar cara rakyat negara asing menyatukan rakyat yang berbilang bangsa. Liat sahaja Amerika Syarikat, Peranchis, malah Indonesia sekalipun. Ambil iktibar daripada kejayaan negara-negara itu menyatukan rakyatnya. Misalnya di Indonesia pemimpinnya bersatu dalam tekad da numpah Pemuda Tahun 1928nya. Satu Bahasa, Satu Bangsa dan Satu Negara. Dunia boleh melihat bagaimana rakyat Indoneisa begitu patriotik dan bersemangatnya mereka terutama dalam mempertahankan negaranya. Masih ingat protes dan demonstrasi sebilangan rakyatnya membaling najis manusia di pintu kedutaan Malaysia di InJakarta tak lama dulu? Jangan takut untuk melaksanakan dasar begini di Malaysia. Bukan sahaja mata pelajaran sejarah patut diwajibkan kandungannya perlu pula disesuaikan dengan reliti sejarah itu sendiri. Jangan jadi seperti sebuah negara jiran yang mempastikan sejarah negara itu bermula dari kemasukan penjajah dan menidakkan fakta sebelumnya. Menerapkan nilai dan semangat cintakan negara ini memanglah sukar terutama kepada rakyat berbilang kaum seperti di Malaysia. tetapi kalau Amerika Syarikat boleh, Peranchis boleh, Indonesia boleh, takkanlah Malaysia tak boleh! Soalnya apakah pemimpin politik negara ini mempunya azam politik dan kekuatan semangat untuk menjana integrasi dan kesatuan bangsa Bak kata mat saleh: If there is a will there is a way! Anda mungkin juga meminati: POLITIK PPSMI MENJELANG PRU KE-13? KALAU CINA BOLEH BERSATU MENGAPA MELAYU TAK BOLEH? KENAPA SINGAPURA TERUS MEMPERLEKEH MALAYSIA LinkWithin Posted by A.F.YASSIN at 08:27 Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Reactions:

No comments:

Post a Comment