Sunday, January 1, 2012

yahudi telah mula menduduki Palestin sejak Perjanjian Balfort pada 1917 (betulkan ana jika salah), lalu bersambung dengan Perang 7 Hari di mana negara Arab diserang mengejut oleh Israel dan kalah. Rakyat Palestin dihalau oleh samseng yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Sekarang ini bagaimana? Bayangkan, 1.8 juta rakyat Palestin duduk di kawasan seluas hanya 352KM persegi sahaja! Serangan dilakukan berterusan namun Ustaz Adnan Khalid menyatakan rakyat Palestin tidak akan mengalah sehingga ke hujung nyawa. Diceritakan bagaimana kegiatan dakwah tersusun telah menyebabkan Parti HAMAS (Haraqat Al-Muqawamah Al-iSlamiah) memenangi pilihan raya dan dipilih oleh rakyat Gaza sekalipun mendapat tekanan dari luar. Pemimpin mereka juga sangat berkaliber dan sentiasa memberi semangat kepada rakyat Palestin. Kemudian, Ustaz Adnan Khalid menceritakan mengenai perjuangan yang berlaku di Palestin serta kekejaman yang berlaku. Ketika Operasi Cast Lead pada tahun 2008, seramai 229 orang terkorban pada hari pertama! Pada peperangan yang dipanggil Perang Al-Furqan, ramai para hufaz telah syahid di medan peperangan. Perang Ahlil-Jannah pada tahun 2000 pula menyaksikan muslimat Palestin keluar beramai-ramai mengepung tentera Israel yang pada ketika itu sedang mengepung sebuah masjid yang didalamnya ada 40 pejuang Palestin muslimin. Muslimat berjaya menghalau tentera Israel meskipun ramai yang syahid. Jihad dibuktikan bukan hanya tertakluk kepada lelaki tetapi juga wanita. Sejak zaman Rasululllah s.a.w lagi wanita telah menyertai peperangan bersama kaum lelaki. Jarak Masjidil Aqsa dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah HANYA 7603.488 KM Kekejaman Israel menyerang bukan hanya sekolah dan universiti, malahan kilang makanan dan masjid. Antara sasaran utama adalah masjid kerana masjid adalah tempat lahirnya para pejuang Islam dan didikan agama. Gaza telah melaksanakan program penghasilan hufaz di mana dalam tempoh 3 tahun sahaja, lebih 47,700 orang hufaz berjaya dilahirkan. Setiap hufaz ini diberi masa dua bulan untuk menghafal dan tiada yuran dikenakan. Grafiti di dinding-dinding bangunan menulis, “Hanya Quran dan senjata yang boleh memenangkan kita…” para hufaz ini diajar ilmu ketenteraan dan bersiap siaga jiwa, fizikal, serta spiritual. Kemudian ditunjukkan seorang remaja wanita Palestin yang masih muda sanggup syahid menjadi pejuang berani mati bernama Rim dan berjaya membunuh 16 tentera Israel. Ditunjukkan juga seorang ibu yang redha pemergian ketiga-tiga anak lelakinya yang syahid di medan peperangan. Sejak jatuhnya sistem khalifah, negara Islam dicangkuk oleh tali barut yahudi dan barat serta Eropah. Kini, kebangkitan dilihat bermula dari rakyat, atas tidak lagi tahan dengan penindasan yang berlaku. Bermula di Tunisia, dan kini merebak di Mesir, untuk menumbangkan kerajaan zalim Hosni Mubarak. 300 orang telah terkorban, dan angkanya bakal meningkat lagi apabila samseng upahan Hosni ini bertindak serta Israel menghantar tiga kapal terbang sarat dengan senjata. Apabila jatuhnya kerajaan Jordan dan Mesir ke kerajaan yang pro-Islamik dan anti-barat, maka semestinya ini akan memberi impak positif kepada rakyat Palestin dan InsyaAllah bumi Palestin yang diberkati akan dapat ditakluk semula dari Israel dan sekutunya. Menurut Ustaz Adnan Khalid, generasi kini hendaklah mendidik generasi akan datang agar menjadi seorang muslim yang beriman dan kuat dari segi akidah serta fizikal. Ana tidak hadir ke majlis ilmu disebelah malam kerana keluarga ajak makan malam. Seperti kata ustaz Jamnul, umat Islam perlu memahami fiqh al-awliyyat (keutamaan) dan dalam kes ini, berbakti kepada ibubapa adalah lebih utama dari menghadiri majlis ilmu…wallahualam. Semoga ana istiqamah dalam penulisan ana, wassalam. P/S : Info dari Muslim Brotherhood mengatakan ada tweeter dari UK Guardian menyatakan Hosni Mubarak dah keluar dari Mesir, betul ke? Muslim Brotherhood masih lagi dapat proses mengesahkan berita ini. Berkongsi : Share Like this: Like Be the first to like this post. Categories: Isu Semasa, Lifeline 4 Gaza, Tazkirah

No comments:

Post a Comment