PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 6, 2012
Altantuya: PM jawab FITNAH
"PM tak nak jawab ka komentar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pasal Altantuya?"
Itu adalah antara soalan yang diajukan sahabat kami apabila terbaca salah satu komentar mengenai Altantuya di artikel bertajuk B.A.B.I. Banyak soalan mengenai komentar tersebut telah diajukan kepada kami yang intipatinya lebih kurang sama iaitu, "Apa betul ka tuduhan SAMM tu?"
Sebelum itu, ingin kami jelaskan bahawa PM yang dimaksudkan di sini bukanlah Perdana Menteri, mahupun Najib, tetapi sebenarnya PM tersebut hanyalah merujuk kepada Paneh Miang. Lagipun kami merasakan Najib sendiri pun dah malas nak melayan fitnah serta tuduhan SAMM yang diketahui umum merupakan soldadu upahan Brader Anwar Bin Ibrahim. Sudah 3 kali…DIULANG…3 kali Najib bermubahalah menafikan kaitannya dengan Altantuya, namun pembangkang tetap 'menyanyikan' lirik yang sama. Itulah yang dinamakan POLITIK PERSEPSI.
Jika anak anda sedari kecil hingga dewasa diulang ajar bahawa warna hijau itu melambangkan Islam, lama kelamaan pasti anak itu akan cenderung untuk percaya dengan kata-kata anda. Begitulah kaedah psikologi yang diguna pakai pembangkang melalui pengulangan kata (repetition) dan memanipulasi fikiran rakyat terhadap perkara yang tidak pun berlaku. Perkara yang sama diulang secara berkala tanpa henti seperti rasuah, bunuh, kejam etc. yang akan menyebabkan rakyat akhirnya terpedaya dan cenderung untuk percaya. Kami pernah menulis di bawah label Agenda Asing berkenaan strategi yang sama digunakan CIA untuk mewujudkan perasaan tidak percaya rakyat Rusia terhadap pemimpin dan kerajaannya. Jika berkesempatan, bolehlah dibaca semula.
Selain kenyataan yang pernah disiarkan di mainstream media sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan Altantuya; Najib juga telah bermubahalah di tiga tempat berasingan iaitu di sebuah masjid di Ijok, di Guar Perahu Permatang Pauh, serta di hadapan semua jawatankuasa Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta semua jawatankuasa Cawangan UMNO seluruh negara di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur. BERBEZA dengan Brader Anwar Bin Ibrahim yang sepatah haram pun TIDAK PERNAH bermubahalah bagi menafikan dirinya meliwat.
Komentar wakil SAMM dalam blog ini ada menyebut kononnya terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya. Secara peribadi, kami tidak melihat wujudnya misteri di sebalik kisah yang digembar-gemburkan pihak pembangkang selama ini. Hakikatnya, SAMM mempunyai agenda politik dengan memfitnah pemimpin kerajaan - supaya pemimpin idola mereka iaitu Brader Anwar Bin Ibrahim berpeluang ke mercu kuasa.
Disebabkan SAMM menulis komentar di blog Paneh Miang berkenaan kes Altantuya, maka kami mengambil kesempatan ini untuk merungkai beberapa perkara yang dibangkitkan SAMM mengenai Altantuya yang kononnya misterilah sangat...
Sekadar hiasan
PERSOALAN SAMM
Apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali? 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa?
FAKTA SEBENAR
Dalam sesebuah perbicaraan, contohnya pembunuhan – jika pihak peguambela mempunyai fakta/bukti yang menunjukkan adanya individu lain yang turut terlibat dalam pembunuhan tersebut, maka strategi 'advocacy skill' akan digunakan ke atas saksi utama di awal perbicaraan dengan tujuan untuk pembinaan kes pembelaan. Contohnya, peguambela akan bertanyakan soalan, "Setuju atau tidak jika saya katakan ada orang lain yang terlibat?"
TETAPI dalam kes Altantuya, peguambela mahupun peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya iaitu anak beranak Karpal dan Gobind Singh TIDAK PERNAH bertanyakan soalan tersebut kepada saksi utama iaitu pegawai penyiasat kes pembunuhan tersebut. Malah soalan sebegini juga TIDAK PERNAH DITANYA KEPADA MANA-MANA SAKSI DI SEPANJANG PERBICARAAN KES ALTANTUYA.
Ini membuktikan bahawa pihak peguambela serta peguam pemerhati kes Altantuya telah sedia maklum akan hakikat sebenar bahawa Najib tidak terlibat dalam kes tersebut. Malah Gobind Singh hanya berani menuduh Najib sebagai pembunuh di Dewan Rakyat kerana mempunyai immunity sebagai Ahli Parlimen. Tetapi bila Gobind dicabar mengulangi ayat yang sama di luar Dewan Rakyat, dia kecut untuk melakukannya kerana sedar bahawa tuduhannya itu langsung TIADA ASAS! Bertepatanlah gelaran yang sewajarnya untuk Gobind iaitu 'Singh is Chicken'.
Dalam afidavit Razak Baginda, beliau telah mengaku mengenali serta mempunyai hubungan dengan Altantuya. Beliau juga mengaku bahawa Altantuya sering mengganggu, mengugut serta meminta wang daripadanya. Ugutan wang itu hakikatnya tiada kena mengena langsung dengan wang komisen/rasuah etc. seperti yang sering difitnah pembangkang. Malah, Razak Baginda dalam afidavitnya juga mengaku bahawa beliau telah meminta bantuan daripada Musa Safri (pegawai polis pengiring Najib) yang kebetulan dikenalinya, agar dapat menghantar beberapa anggota polis yang kononnya bertujuan untuk membantunya. Hakikatnya, Musa tidak tahu menahu akan rancangan atau niat sebenar Razak Baginda; namun beliau tetap menghantar Azilah serta Sirul kepada Razak Baginda. Lagipun Musa tidak mengesyaki apa-apa kerana mengenangkan Razak Baginda adalah salah seorang kenalan kepada Najib.
Razak Baginda dalam afidavitnya turut mengaku meminta Azilah dan Sirul untuk menyelesaikan masalah gangguan Altantuya serta menjauhkan Altantuya daripadanya (get rid of her). Namun, Razak baginda juga menyatakan bahawa kenyataan beliau telah disalah ertikan oleh Azilah dan Sirul. Beliau menegaskan bahawa kenyataan "menyelesaikan masalah" itu tidak bermaksud menyuruh Azilah ataupun Sirul untuk membunuh Altantuya. Sebaliknya, Razak berkeras menyatakan bahawa tindakan membunuh Altantuya adalah dilakukan atas inisiatif Azilah serta Sirul sendiri, dan beliau tidak pernah memberikan arahan secara langsung ke atas pembunuhan tersebut.
Mahkamah cenderung untuk MEMPERCAYAI dan menerima afidavit Razak Baginda serta membuat keputusan untuk membebaskan beliau tanpa dipanggil membela diri. Kami difahamkan bahawa Jabatan Peguam Negara juga tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah melepaskan Razak Baginda, namun akur dengan keputusan tersebut.
Tambahan pula, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Najib turut terlibat dalam kes ini. Walaupun dikatakan Najib berkemungkinan berkawan dengan Razak Baginda, namun adakah anda yakin bahawa Najib mengetahui apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya? Analogi mudahnya, semasa anda membaca blog ini, adakah anda tahu apa yang sedang dibuat oleh rakan baik anda ketika ini? Adakah anda yakin untuk menyatakan bahawa rakan baik anda ketika ini tidak langsung ‘bermesraan’ dengan mana-mana wanita/lelaki? Atau…tahukah anda apa sebenarnya yang sedang dilakukan oleh suami/isteri anda ketika ini? Bagaimana anda boleh tidak tahu apa yang sedang dilakukan rakan/suami/isteri anda ketika ini, sedangkan anda dengan yakin dan beraninya memfitnah bahawa Najib tahu apa yang dilakukan oleh Razak Baginda dibelakangnya?
PERSOALAN SAMM
Secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah? Pistol, arahan siapa dan milik siapa?
FAKTA SEBENAR
Berdasarkan fakta kes, segala bukti yang mengaitkan Azilah dan Sirul telahpun dibawa ke mahkamah termasuklah pistol dan sebagainya. Anda boleh semak rekod perbicaraan dan jangan hanya buat fitnah membabi buta. Penggunaan C4 juga sebenarnya tidak hanya digunakan oleh pihak tentera, tetapi bahan itu juga turut digunakan oleh pihak UTK PDRM dalam latihan dan operasi mereka. Kami difahamkan C4 digunakan oleh UTK untuk memecahkan pintu atau dinding dalam beberapa kes siasatan jenayah.
Adakah anda pernah melihat bagaimana bentuk C4 itu? Jika anda pernah melihatnya, maka pasti anda juga tahu bahawa C4 itu dengan mudah boleh dialihkan tanpa dapat dikesan atau diketahui. Tambahan pula, Azilah dan Sirul merupakan anggota UTK, maka sudah tentu mereka mempunyai accessibility untuk membawa keluar bahan tersebut. Analogi mudahnya, jika anda tidak membuat semakan inventori, adakah anda tahu barang apa yang telah dibawa keluar oleh rakan sepejabat anda? Adakah anda akan sedar jika sampul surat, kertas A4, marker etc. sudah berkurangan di pejabat anda selagi semakan tidak dilakukan ke atas barangan tersebut? Dalam kes Altantuya, keadaan yang hampir sama berlaku ke atas C4 yang dibawa keluar dari stor simpanan sepertimana analogi yang diberikan tadi. Kelemahannya di sini apabila pegawai bertugas tidak membuat semakan inventori semasa C4 di bawa keluar dari stor simpanan, dan semakan hanya di buat sebaik saja siasatan terhadap kes Altantuya bermula. Difahamkan anggota yang bertanggung jawab menjaga stor simpanan senjata itu sudahpun dikenakan tindakan disebabkan kelalaian tersebut.
PERSOALAN SAMM
Benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah diperolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang?
FAKTA SEBENAR
Tuduhan tersebut TIDAK BENAR seperti yang telah diterangkan dalam persoalan awal sebelum ini. Ia tiada kena mengena langsung dengan komisen atau rasuah. Realitinya, Altantuya memeras wang daripada Razak Baginda kerana mengetahui kedudukan serta taraf Razak Baginda di Malaysia. Altantuya mengugut untuk merosakkan reputasi Razak dengan membongkarkan rahsia hubungan sulit Razak dengan dirinya pada masyarakat umum. Inilah realiti yang berlaku dan perkara ini turut dibentangkan di mahkamah. Malahan Altantuya turut membuat laporan polis sebelum berjumpa Razak dan antara kandungan laporan tersebut ialah - "Jika sesuatu berlaku kepada saya, maka pihak polis harus mencari Razak Baginda". Jelas tiada nama Najib dalam laporan polis yang dibuat oleh Altantuya yang turut disaksikan rakan serta sepupunya sendiri.
Begitu juga dengan rekod imigresen kemasukan Altantuya ke Malaysia yang turut dibentangkan sebagai bahan bukti di mahkamah semasa perbicaraan dan tiada sesiapa pun yang menghilangkannya. Jelas tuduhan SAMM adalah FITNAH semata-mata.
Sekadar hiasan
Pelbagai bentuk fitnah yang telah dilakukan pembangkang. Antaranya menuduh Rosmah turut terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Persoalannya, mengapa nama Rosmah hanya muncul dipertengahan perbicaraan kes Altantuya dan bukannya di awal perbicaraan? Apa motif pembangkang sebenarnya?
RPK pernah membuat kenyataan bersumpah mengaitkan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya. Namun setelah bukti dibentangkan di mahkamah, ternyata Rosmah mempunyai alibi kerana semasa pembunuhan Altantuya berlaku, pada masa dan tarikh yang sama juga terdapat rakaman yang menunjukkan Rosmah ketika itu berada dalam sebuah majlis (klik sini). Berdasarkan bukti tersebut, maka RPK telah menghadapi pertuduhan memalsukan akuan bersumpah dan sehingga kini RPK masih menjadi pelarian di luar negara kerana takut di dakwa serta masih kerap menabur fitnah dari luar negara melalui tajaan pihak tertentu. Maka jelaslah siapa yang sebenarnya telah membuat fitnah.
Selain itu wujud juga tuduhan kononnya Najib ber'sms' dengan peguam dan sebagainya. Namun ternyata tuduhan itu juga tidak benar. Jika ia benar, maka sudah tentu peguambela serta Karpal Singh yang bertindak sebagai peguam pemerhati sudah membawa bukti itu ke mahkamah.
Malahan Bapa Altantuya sendiri pernah menyatakan kepada Jabatan Peguam Negara, "Thank you coz has been fair to my daughter". Bapa Altantuya sendiri tidak pernah menuduh Najib, jadi bagaimana pula anda boleh sewenang-wenangnya menuduh beliau? Cuma bapa Altantuya ada melahirkan rasa tidak puas hati kerana Razak Baginda dilepaskan oleh mahkamah. Itu saja!
Kini timbul pula isu bahawa ramai rakyat Malaysia kononnya tidak pernah melihat wajah sebenar Azilah dan Sirul kerana mereka sentiasa berkelubung semasa keluar masuk mahkamah. Sehinggakan ada yang mendakwa bahawa hukuman gantung yang akan dikenakan ke atas mereka akan dipindahkan kepada orang lain demi untuk menyelamatkan Azilah dan Sirul yang kononnya dikambing hitamkan.
Tolonglah beb. Tak payah la nak buat cerita karut tu. Sepanjang proses perbicaraan, wajah Azilah dan Sirul dapat dilihat oleh semua yang hadir di mahkamah termasuklah hakim, peguambela, peguam pemerhati, orang awam serta wakil media pembangkang. Cuma standard procedure mahkamah tidak membenarkan kamera digunakan semasa perbicaraan berlangsung. Malahan bapa dan sanak saudara Altantuya sendiri sudah melihat wajah sebenar Azilah dan Sirul. Jadi bagaimana pula boleh timbul isu konon tertuduh akan ditukarkan dengan orang lain jika hukuman gantung dijalankan? Hakikatnya, mereka yang hadir di mahkamah sepanjang perbicaraan BOLEH MEMASTIKAN sama ada hukuman dilaksanakan terhadap orang yang sepatutnya diperintah gantung oleh mahkamah; dan dalam kes ini orang yang dijatuhi hukuman ialah Azilah dan Sirul.
Be realistic ok! Logik la sikit kalau nak menuduh tu. Lagipun suatu perkara biasa semasa seseorang pesalah ditangkap, mereka akan menutup wajah mereka di hadapan kamera dan media. Isu terbaru yang ditimbulkan ini merupakan salah satu fitnah paling kelakar yang pernah dibuat oleh pembangkang.
SAMM juga turut mendesak Najib untuk menyaman 19 media asing picisan bertaraf tabloid (gossip) yang telah memfitnah beliau, dengan alasan kononnya demi untuk menjaga maruah serta nama baik Malaysia. Sejak zaman Che Det lagi media asing sudah memfitnah serta memburukkan Perdana Menteri Malaysia. Malahan, Paklah juga pernah dipersenda serta difitnah oleh media asing. Tetapi kenapa pada masa itu tiada sesiapa yang ingin mendesak Che Det atau Paklah untuk menyaman media asing tersebut? Lagipun ramai yang sedia maklum akan PETUALANG sebenar di sebalik semua media asing yang sering memburukkan Kerajaan Malaysia.
Hakikatnya semua orang tahu bahawa bukan itu NIAT sebenar SAMM. Demi maruah konon! Jika benar ianya bersabit dengan maruah negara atau kononnya SAMM malu sesangat dengan laporan tabloid asing tersebut, apa kata SAMM sendiri mewakili Malaysia untuk menyaman mereka. Bukankah SAMM juga sebahagian daripada negara ini, maka sudah tentu tiada masalah bagi SAMM mewakili Malaysia untuk menyaman 19 tabloid asing yang kononnya cuba untuk menjatuhkan maruah negara ini. Pasti SAMM sanggup untuk menghadapi proses perbicaraan kes saman yang kebiasaannya mengambil masa yang lama sehingga memakan masa bertahun-tahun. Jika anda pernah menyaman orang atau firma, sudah tentu anda memahami prosedur mahkamah sebegini. Realitinya, itulah niat tersirat SAMM menggesa Najib untuk menyaman tabloid asing itu semua, kerana proses perbicaraan yang panjang bakal mewujudkan lebih banyak polemik dan gossip yang tiada berkesudahan. Perlukah lagi tuntutan bingai SAMM ini dilayan?
Hari ini, sebahagian rakyat Malaysia terutamanya penyokong pembangkang lebih cenderung untuk mempercayai fitnah; dan ia menjadi bertambah buruk apabila mereka turut memainkan watak atau agen penyebar fitnah. Tiada kekesalan pada diri mereka akan amaran Allah s.w.t. berkenaan bahayanya fitnah. Mungkin mereka lebih suka memakan daging saudara sendiri di akhirat kelak.
Kebanyakan mereka yang memfitnah sebenarnya tidak pun melakukan siasatan atau penyelidikan sendiri terhadap kes Altantuya. Mereka hanya bercakap kerana mendengar orang lain bercakap. Malahan mereka sendiri tidak berada di tempat kejadian, mahupun melihat sendiri bagaimana, serta siapa yang membunuh Altantuya, TETAPI ajaibnya, mereka berani pula menuduh si polan..si polan itu membunuh. Itulah REALITI PEMBANGKANG di Malaysia. Fitnah sudah menjadi makanan ruji mereka. Mangsa liwat yang bermubahalah atas nama Allah s.w.t. diperlekehkan, tapi orang yang pernah disabitkan kesalahan pula disanjung dan dipuja.
Warga Paneh Miang bukanlah bertujuan untuk membela atau mempertahankan Najib dalam kes Altantuya. Bahkan, kami juga banyak mempertikai serta mengkritik, bukan sahaja Najib, malah ramai lagi pemimpin, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Tujuan artikel ini hanyalah semata untuk berkongsi dengan pembaca akan FAKTA SEBENAR kes Altantuya yang telahpun dibicarakan di mahkamah. Kami mengutarakan hal ini kerana kami sudah JELAK membaca serta mendengar kenyataan pihak pembangkang yang tidak bercakap berlandaskan fakta, tetapi lebih banyak menjurus kepada fitnah dan tohmahan.
Pesan kami, sebelum anda berniat untuk berbicara tentang perkara yang tidak anda ketahui atau fahami secara faktanya, fikirlah dahulu kesannya kepada diri serta negara ini pada masa hadapan. Alam ini ada TUANnya, dan jika anda tidak berpuas hati dengan mahkamah manusia, akan ada MAHKAMAH ALLAH yang boleh anda harapkan. Wallahualam.
Klik forum di sini dan di sinun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment