Tuesday, February 7, 2012

Hassan Ali: “Allah Pilih Saya Untuk Bertindak”. PAS Perlu Keluar Pakatan. GANASS. Oleh: HHalem. 1- Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali semasa sidang media di kediaman beliau di Pinggir TTDI Selasa, mengkritik pedas terhadap kepimpinan tertinggi PAS yang membuang konsep perjuangan negara Islam dan mengadaptasikan perjuangan Konsep Negara Berkebajikan. Ini semua kata Hassan dilakukan hanya semata-mata kerana PAS ingin berkerjasama dengan DAP untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional. Hassan mengesa supaya PAS kembali ke Konsep Negara Islam sebagai perjuangan asal, memperjuangkan kepentingan Melayu, mempertahankan Islam dan memartabatkan Institusi Diraja. "Siapa saja di luar PAS ataupun dalam PAS mesti letakkan parti di pancang asalnya. Perjuangan asas itu tidak boleh dipertikaikan...itu prinsip sebenar kita yang telah berpuluh-puluh tahun dipertahankan” "Bahkan ketika di awal penubuhan parti, ketiga-tiga prinsip itu adalah perjuangan asasnya...tiangnya itu, dindingnya itu, bumbungnya itu, semuanya itu. Dalam menubuhkan negara Islam, tiangnya adalah al-Quran, syiar dan syiah," 2- Hassan menempelak lagi bahawa DAP lah punca PAS merubah polisi perjuangan sebenar dan segala tradisi parti itu apabila ditanya kenapa prinsip Pas amat terpesong sekarang. "Memang benar, beberapa perkara perlu diubah suai apabila kita sertai PKR dan DAP tapi janganlah ubah suai Islam. Mungkin banyak faktor lain tapi apapun itu soal sejarah, saya tak nak sebut balik," Bagaimanapun, Hassan terus mengutuk PAS kerana kata beliau, untuk menubuhkan negara Islam, PAS memerlukan golongan ulama yang muktabar, berfikiran jauh dan berupaya menggarap nilai-nilai Islam dalam konteks kehidupan moden hari ini. Perkara-perkara sebegini belum ada lagi pada kepimpinan tertinggi PAS. Malahan beliau sebelum ini menganggap pemimpin PAS mengalami pemikiran tersumbat ‘mental block’. 3- Malah, Hassan berani menuduh PAS telah meniru konsep negara berkebajikan yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara pendidikan sekular yang hebat seperti Sweden, Norwary, Scandinavia, United Kingdom dan Australia. "Orang PAS tidak perlu menjalankan konsep (kebajikan) ini. Kita perlu kembali ke matlamat asal yang sudah tersasar. Apa yang saya lakukan adalah untuk mengembalikan perjuangan parti yang berpaksikan al-Quran dan Sunnah," Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia menganggap PAS tidak berjuang atas paksi Al-Quran dan Sunnah, sebaliknya beliau lihat PAS terumbang-ambing dan tidak konsisten dengan dasar perjuangannya. 4- Hassan mengangap dan masih percaya bahawa PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat, walaubagaimana pun beliau menyerahkannya kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan. "Perbincangan dengan lebih mendalam perlu dilakukan mengenai perkara ini. Pada saya, isu ini amat penting. Saya bertindak bukan atas sebab peribadi tetapi ingin melihat agama Islam, orang Melayu dan Institusi Diraja dimartabatkan," Hasan mendedahkan beliau tidak berkeseorangan dalam hal PAS perlu keluar dari ikatan Pakatan Rakyat, malah mendapat sokongan meluas daripada pemimpin dan penyokong PAS serta rakyat di negara ini. "Bisikan-bisikan ini bukan datang dari saya seorang...mungkin di dalam PAS tidak ramai yang ingin keluarkan kenyataan ini. Mungkin Allah pilih saya untuk bertindak...saya pun tak tahu," 5- Dengan pendirian dan luahan terkini Hassan Ali, kita boleh beranggapan bahawa saat-saat Hassan Ali didalam PAS menunggu masa untuk di kuburkan. Sebagai rumusan:- a- Hassan Ali semakin berani dan terang-terangan menolak Konsep Negara Berkebajikan Pas. b- Hassan Ali menganggap Konsep Berkebajikan Pas adalah tiruan dari negara Barat sekular. c- Hassan Ali berani dan terang-terangan membenci ikatan yang dijalinkan bersama DAP. d- Hassan Ali menganggap DAP lah punca masalah dalaman PAS sekarang. e- Hassan Ali tidak akan berumur panjang didalam PAS. f- Seperti kebanyakan pemimpin PAS, Hassan Ali menggangap, ‘Allah pilih beliau untuk bertindak” Selama ini anggapan rakyat terjawap dengan pengakuan iklas dari Hassan Ali sendiri tentang pendirian beliau terhadap DAP Komunis, ikatan Pakatan Rakyat dan penyatuan orang-orang Melayu Islam Umno-Pas. Garapan dan olahan pemikiran penulis yang tercetus dari sini>

No comments:

Post a Comment