Monday, February 6, 2012

Kebelakangan ini orang bukan Melayu kelihatan semakin berani mempertikaikan apa jua perkara yang bersangkut paut dengan orang-orang Melayu. Mungkin juga keberanian itu didorong oleh sifat yang dimiliki dan ditunjukkan oleh orang Melayu itu sendiri. Sikap orang Melayu yang telah disalah anggap sebagai kelemahan dan rasa rendah diri orang-orang Melayu telah diambil kesempatan oleh orang bukan Melayu untuk memenuhi kehendak mereka. Desakan demi desakan dapat dilihat kini oleh orang bukan Melayu terhadap orang Melayu yang berkemungkinan bakal mengundang musibah. Salah satu aspek sikap orang Melayu yang terkenal ialah sifat sopan santun dan tidak suka menonjolkan diri. Dunia orang Melayu penuh dengan golongan bangsawan yang tidak dapat dipisahkan daripada raja dan para pembesar. Orang Melayu lebih suka mengalah dan memberi hormat yang merupakan salah satu asuhan turun temurun sebagai tanda bersopan santun. Sudah menjadi satu kebiasaan bagi orang Melayu untuk mengundur ke tepi bagi memberi laluan kepada orang lain. Bahkan mereka juga akan menunduk untuk menunjukkan tanda hormat. Manakala orang Melayu yang diberi laluan itu juga akan menunjukkan rasa hormat kepada orang yang memberi laluan dengan menundukkan diri semasa berjalan. Masing-masing menunjukkan budi bahasa yang tinggi dan inilah sikap orang Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Namun nilai budi bahasa yang tinggi itu tidak dihormati oleh orang bukan Melayu apabila mereka datang ke Tanah Melayu. Orang-orang Cina dan India yang datang dari negara yang penduduknya sangat ramai, tidak begitu mengambil berat tentang tingkah laku dan sopan santun. Mereka hanya tahu menghormati umur dan kekayaan semata-mata. Mereka tidak mahu cuba untuk memahami kebiasaan mengalah orang-orang Melayu. Mereka tidak menganggap bahawa amalan budaya Melayu ini sebagai suatu petanda asuhan yang baik. Tidak wujud kekaguman dalam diri mereka dan kerana itulah mereka merasa tidak perlu meniru mahupun mengamalkan budaya itu. Orang bukan Melayu merasakan mereka sangat istimewa kerana boleh berbuat sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh orang-orang Melayu. Bagi orang Melayu pula, orang bukan Melayu boleh dikecualikan kerana mereka tidak tahu adat Melayu dan mereka tidak patut dipersalahkan. Orang bukan Melayu selalunya diberi keistimewaan dan tidak diharapkan untuk menyesuaikan diri. Mereka dibenarkan berkata atau berbuat sesuatu yang dianggap kurang ajar atau kurang sopan oleh orang Melayu. Malahan orang Melayu tidak akan berkata apa-apa, apatah lagi untuk menegur sikap kurang sopan orang bukan Melayu kerana tidak mahu memalukan mereka. Orang bukan Melayu dianggap sebagai tetamu di negara ini dan memalukan tetamu adalah perbuatan yang buruk dalam budaya masyarakat Melayu. Rentetan itulah maka orang bukan Melayu tidak pernah mahu memahami dan sentiasa mencari jalan untuk berkonfrantasi dengan orang Melayu kerana menganggap sikap mengalah orang Melayu itu akan memberi keuntungan kepada mereka. Hakikatnya orang bukan Melayu tidak tahu bahawa sifat sabar yang selalu dipaksakan oleh orang Melayu kepada diri sendiri bukanlah suatu kelaziman. Selalunya akan wujud pergolakan dalam hati sanubari orang-orang Melayu. Pergolakan yang wujud dalam diri orang Melayu ini akhirnya pasti akan diluahkan. Apabila berlakunya pertembungan antara nilai diri yang telah dipupuk sekian lama dengan desakan mengenai hak yang semakin tercabar, maka akan wujud konflik dalam diri orang Melayu sehingga ke suatu tahap yang sukar untuk dikawal lagi. Tekanan dan kongkongan terhadap diri orang-orang Melayu akan dilepaskan. Sifat orang Melayu yang pemalu dan merendah diri akan berubah menjadi sesuatu yang mungkin tidak akan disukai oleh orang bukan Melayu. Walaupun peradaban dan ketamadunan Malaysia sedikit sebanyak telah menundukkan orang Melayu yang berupaya menyimpan dendam dan dapat mengawal perasaannya dengan lebih baik; namun orang bukan Melayu tidak harus melupakan bahawa sikap AMUK masih menjadi sebahagian penting daripada sifat peribadi orang-orang Melayu. Satu sifat asas dalam perwatakan Melayu yang tidak wajar didesak atau diperlekehkan dan perlu diberi perhatian khusus oleh orang bukan Melayu. Kini ada banyak cara untuk mengamuk dan diharapkan orang bukan Melayu di Malaysia hari ini berhati-hati dengan segala tindakan agar konflik kaum tidak akan sampai ke tahap itu. ...paneh miang

No comments:

Post a Comment