PEACENOTWAR MAKEFRIENDNOTENEMY FEAR ALLAH NOT MAN.ISLAM MEANS PEACE.ISLAM FOR ALL. MUSLIMS ARE NOT TERRORIST AND TERRORIST ARE NOT MUSLIM.PLEASE BE INFORMED THAT ALL PICTURES AND TEXT IN THIS BLOG ARE TAKEN FROM THE WEB UNDER FAIR USE TREATY AND FOR MY PERSONAL COLLECTION.IF THEIR OWNERS DO NOT LIKE THEIR PICTURES OR ARTICLES APPEAR IN THIS BLOG,PLEASE CONTACT ME TO DELETE..THANKS.
Monday, February 6, 2012
KEMBALIKAN SEMANGAT KEKUATAN ORANG MELAYU
Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 6 Januari 2011
Oleh : Hatta_Adnan
Hatta Adnan berasa amat kagum dengan pendirian dan kenyataan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, mengenai tengkarah dan perdebatan berhubung apa yang disebut sebagai ‘ketuanan Melayu’.
Sultan Ibrahim tepat menyatakan bahawa kata-kata ‘ketuanan Melayu’ seharusnya diganti dengan ‘kedaulatan Melayu’ kerana ia bukan membabitkan soal ‘tuan’ atau ‘hamba’. Benar sekali. Apa guna jadi ‘tuan’ jika sekadar boneka orang lain. Apa guna jadi ‘tuan’ jika tidak berdaulat, bermaruah dan berjaya.
Banyak pihak, terutama golongan politik dan NGO ‘politik’, cepat melenting dan mengeluarkan bermacam-macam kenyataan yang kononnya memperlihatkan ketegasan mereka. Ada yang mengadakan tunjuk perasaan dan ada yang membuat laporan polis.
Ada di antara mereka yang berapi-api mengeluarkan kenyatan sedangkan, pada hakikatnya mereka memperlihatkan kemunafikan perjuangan. Mereka yang dimaksudkan adalah yang menjadi pengerusi, pengarah atau menduduki lembaga pengarah firma dan syarikat milik bukan Melayu, yang menjadi rakan kongsi, sama ada melalui pelaburan sendiri, dilantik sebagai pepatung atau sebagai ‘rakan tidur’. Pada satu pentas tertentu, mereka melaung-laungkan ‘ketuanan Melayu’ dan pada pentas lain, mereka meraih laba daripada syarikat dan firma bukan Melayu.
Tidak guna melaung-laungkan ‘ketuanan’ jika kita tidak berdaulat.
Melayu yang berdaulat adalah Melayu yang bermaruah, memiliki harga diri yang tinggi, berpendidikan, berjaya dalam apa jua yang diceburi tanpa mengharapkan bantuan atau pertolongan orang lain. Melayu yang berdaulat adalah Melayu yang bukan menjadi boneka atau alat orang lain.
Orang Melayu hari ini berada di persimpangan dan di dalam satu dilema yang amat menakutkan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu semakin terhakis. Atau benarkah ada ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur dek gara-gara orang Melayu itu sendiri akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda pada hari ini. Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia?
Kalau tidakpun, jenis Melayu yang bagaimana yang akan jadi penghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur dan apabila orang Melayu sudah hilang kuasa? Akan berakhirkah perbalahan sesama Melayu ini? Mungkinkah pada akhirnya orang Melayu akan mengigit jari apabila Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak perduli terhadap Melayu lagi?
Berbalik kepada ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu.
Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja.
Perlu diingatkan bahawa perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancur leburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara.
Oleh yang demikian maka Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan Raja-Raja dan bangsa Melayu serta budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment