Tuesday, February 7, 2012

PAS - Desakan Keluar Dari Pakatan Rakyat Venue : Pejabat PAS Selangor, Pusat Dagangan Worldwide, Shah Alam, Selangor MEMORANDUM KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS) DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:- 1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam. 2. PAS jangan merelakan diri menjadi boneka kepada DAP dan PKR. 3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa. 4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir. 5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP. 6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakinan rakyat terhadap PAS. 7. PAS bukan alat kepada parti lain. 8. PAS jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN. 9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan. 10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam. 11. PAS mempunyai maruah sendiri. 12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. 13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor. GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR 1. Ada rakan rakan media yang berada di depan pejabat PAS Selangor sejak dari jam 9.00 pagi lagi 2. 3. 4. 5. 6. 7. Jurucakap dan ketua rombongan GKPPNS, Sdr Wan Hilman Wan Ibrahim, dari Gombak. Untuk memastikan kesahehan dakwaan kumpulan ini saya menyeru kenalan2 dalam PAS untuk menyemak senarai keahlian untuk memastikan dia ini ahli PAS yang berdaftar. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. WARKAH BUAT SAHABAT-SAHABAT KU PEJUANG PAS SELANGOR Salam Sejahtera Buat Pejuang Agama, Bangsa dan Tanah Air Ku Salam perjuangan berkekalan. Sedarkah kita bahawa perjuangan kita telah dinodai. Sedarkah kita bahawa perjuangan kita telah dicemari. Dimanakah letaknya maruah kita!. Kita sebenarnya telah ditipu oleh Pakatan yang kita bina. Ada duri dalam daging dan duri itu makin bisa. Kita kena buang segera. AWAS jangan terlambat. Siapakah penipu itu? Siapakah mereka? Siapakah PKR? Siapakah DAP? Apakah mereka pengkhianat perjuangan kita? Ya, memang benar! Mereka pinggirkan kita. Mereka adalah pemimpin yang tiada maruah. Mereka menipu kita. Mereka mengkhianati agama dan bangsa kita. Ayuh, jangan tunggu lagi. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur. Tegakkan perjuangan kita. Daulatkan parti kita sebelum kita binasa. Hapuskan Pakatan Rakyat! Hapuskan Pakatan Rakyat! Kerana pakatan palsu itulah menjadikan kita terus terpinggir. Kita diketepikan. Kita menjadi hilang maruah. Kenapa kita harus bersatu bersama keparat DAP. Sucikah mereka yang telah memijak kepala bangsa kita. Kenapa kita harus bersatu dengan PKR yang jelas mengikut telunjuk DAP bagi memastikan mereka terus berkuasa walaupun terpaksa mengorbankan maruah agama dan bangsa. Kerana mereka hanyalah dendalu. Menumpang tuah kita. Menumpah gagah kita. Kemudian memijak bahu kita. Kita jangan jadi bodoh. Tunjukkan kepada mereka bahawa kita masih bermaruah. AYUH BERSATU HATILAH WAHAI PEMIMPIN DAN PEJUANG PAS SELANGOR. KITA HARUS BERSATU HATI. KITA HARUS SEPAKAT DAN SEKATA. ROBOHKAN PAKATAN KITA. KITA HARUS BERSAMA. WAHAI PEMIMPIN PAS SELANGOR, KELUARLAH DARI KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SERTA MERTA, KELUAR! KELUAR! KELUAR. PAS BOLEH BERDIKARI! ROBBBBBBBOOOOOH PAKATAN!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment