Tuesday, February 7, 2012

Video Seri Carcosa: PAS Akan Keluar Pakatan “This is a serious matter as it involves the morality of a leader. If it (allegations of sexual promiscuity) is true, we have to re-evaluate our political ties,” kata Harun Taib (Ketua Dewan Ulama Pas), (baca sini). PAS nampaknya akan berpisah dengan pakatan pembangkang jika sah perlakuan dalam video tersebut dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Untuk membuktikan perkara tersebut, Harun Taib telah menggesa Anwar Ibrahim bersumpah. "Apabila ada keterangan, orang yang kena tuduh pula boleh bersumpah mengikut Islam untuk memastikan dia tidak melakukan perkara seperti yang dituduh," kata Harun Taib. Perkara yang amat Anwar Ibrahim takuti adalah untuk mengangkat sumpah. Ketika kes liwat pada 1998, Anwar tidak bersumpah dan ketika kes liwat kini pun Anwar tidak pernah bersumpah. Harun Taib telah mencabar Anwar untuk menafikan bukan sahaja video tersebut tetapi kes liwatnya dengan mengangkat sumpah. Apa reaksi Anwar? Beranikah Anwar bersumpah sebagaimana yang dicabar oleh Harun Taib? Posted by Azrinizam Ibrahim at 11:49 PM

No comments:

Post a Comment